Tuesday 8 January 2013

Cabaran Trek Lagenda Gunung Chamah & Ulu Sepat, 21-30 Dec 2012 (Part 3)

... Makaaannnnn!!!... Makaannnnnnn!!!... makcik kantin dah buat roll call... terdengar suara amy sayup2 memanggil dari pondok buluh yang satu lagi... Amy adalah chef kami dalam trip kali ini, masih teringat2 lagi menu sarapan pagi, roti prata cicah kuah sardin semalam... memang sodap... :-)

Kelihatan azam, sedang meniup bara api... macam nak "menurun" je..
Terima kasih yang tak terhingga kepada Amy (kat gambar sebelah tu yang pakai baju putih) yang telah bersusah payah memasak untuk kami, dan juga sahabat2 yg lain yang turut sama membantu memasak...

Gambar kat sebelah ni, kelihatan azam sedang meniup bara api, kononnya nak nyalakan api, kat sini nyamuk dan agas banyak sangat, semuanya tahap2 dracula belaka...

Tapi yang hairannya, dah banyak kali azam dan hafiz cuba menghidupkan unggun api, namun tidak berjaya... Setelah beberapa ketika, ternampak lah oleh saya segerombolan bala tentera semut keluar dari celah2 kayu yang hendak dibuat unggun api itu... Maha Suci Allah yang telah melindungi semut2 tersebut... patut lah unggun api tak nak terbakar... Rupa2nya ada makhluk Allah dalam kayu2 tu..

ok... dah sudah makan.. time to sleep... esok pagi kami nak mulakan pendakian Lagenda... :-)

Serasa saya, bila mendaki gunung lah saya akan masuk tidur awal... kalau kat rumah tu memang tido lambat je memanjang... jadi malam itu saya tido awal, bertemankan secret weapon saya untuk menentang serangan nyamuk dan agas... ubat nyamuk dan juga menyalakan bara api dalam pondok..

Esok pagi setelah bersarapan kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan... ini adalah hari kedua kami..

Jam menunjukkan pukul 9 pagi... "Angkat sauh!!!"... kedengaran jeritan dari nakhoda Sham Castello... satu perkataan yang boleh membuatkan mereka yang pancit boleh terkena penyakit darah tinggi... hanya mereka yang merasai sahaja yang akan memahami... hahaha...

Sempat lagi bergambar di teratak buluh sebelum memulakan pendakian..

ok... maka bermula lah perjalanan kami menyusuri trek lagenda yang sudah lebih enam tahun tidak dilalui oleh pendaki... Setengah jam yang pertama pada saya agak memeritkan, pendakian mencanak... lutut bertemu dagu.. melalui trek yang semak, penuh dengan pokok2 berduri dan buluh...

perghhh.... kenapa saya rasa macam nak pitam ni... tak rambo langsung mendaki macam ni... :-) Baru saya perasan... oooo.. beg berat... haaa... mana tak berat.. bawak powerbank untuk charge hp sampai dua ketul, itu je dah hampir sekilo beratnya... beg deuter aircontact pro je dah 3.2kg, coklat + kurma + kismis + roti + air je dah dekat 6kg, barang2 company hampir 5kg, pakaian + sleeping bag + headlamp, battery, torchlight, pisau + first aid kit dah dekat 4kg + khemah dan ground sheet dah hampir 2 kilo + belum kira dapur + gas + pek2 minuman hot chocolate, kopi, nescafe, gula dan lain2 barang... kurang2 pun total dalam 28-30kg...

alaahhhh... lebih kurang 30kg je... mana ada berat... Kalau angkat dalam 30 saat memang laa tak berat... tapi itulah yang saya pikul purata 11 jam perjalanan setiap hari... dalam keadaan trek yang mencanak, licin dan tidak stabil... hanya legend saja yang boleh buat macam tu... :-)

Ni Gambar saya di Kawasan Kem Pemburu...
Kalau tak silap saya, setelah hampir satu jam setengah pendakian, kami berhenti sebentar di Kem Pemburu... banyak pokok buluh di kawasan ini. Di kem ini ada sebuah bangsal usang yang pernah digunakan oleh pemburu yang memburu di hutan tersebut... kelihatan amat usang dan berhabuk.. mungkin kerana sudah terlalu lama tiada siapa yang memasuki kawasan tersebut...

Sambil menunggu sahabat2 yang lain sampai di kem pemburu, saya merebahkan beg deuter saya ke tanah... fuhhh.. baru lah terasa ringan bahu ni...

 errmmmm.... errmmmm... macam biasa laaa... bersambung... :-)   nantikan sambungannya di episod akan datang..

Monday 7 January 2013

Cabaran Trek Lagenda Gunung Chamah & Ulu Sepat, 21-30 Dec 2012 (Part 2)

 


... Menaiki bot dari Pengkalan Trojan ke Fort Kemar mengambil masa kira2 dua jam. Didalam bot, saya, Bro Dan dan beberapa sahabat yang lain berborak2 kosong sambil mengambil beberapa keping gambar pemandangan yang sungguh indah...

Sampai di Fort Kemar kami menaiki 4wd menuju ke Perkampungan Orang Asli Kg Lerlar. Perjalanan menaiki 4wd hanya mengambil masa kira2 satu jam.

Kami sampai di starting point di Kg Lerlar lebih kurang jam 2.30 petang... Oleh kerana sibuk dengan "backpack setting" saya adalah orang yang terakhir sekali berjalan di belakang... ketika ini baru saya merasakan ada sesuatu yang tak kena pada muatan Deuter AirContact Pro saya...

Dalam hati saya tertanya2... mengapa saya merasakan beg saya terlalu berat seperti memikul sebuah peti sejuk... Ada jin ke dalam beg aku ni..??? Saya mula mencongak2 barang apakah yang membuatkan beg saya rasa terlalu berat.. hampir 30kg rasanya..

Merasakan diri ini agak terkebelakang, saya mempercepatkan langkah sambil termengah2... Namun ditenangkan oleh Guide merangkap Host Trip Trek Lagenda, Sham Castello... "kita rileks2 jer ustaz... tak perlu laju2... ni baru hari pertama...", katanya sambil tersenyum.

Mendengar kata2 tersebut saya kembali menyantaikan rentak perjalanan... tetapi masih termengah2... Setelah hampir 20 minit berjalan menyusuri laluan2 kebun orang asli, kami tiba di satu kawasan yang agak semak, penuh dengan nyamuk dan agas yang ganas2... Yes!!!... Welcome To The Gate of the Legend... Inilah pintu masuk trek lagenda kami... Pintu masuk bagi mereka2 yang Legend... hehehe.. puji diri sendiri...

Masing2 tengah fikir kat mana aku nak pacak khemah ni...
Oleh kerana kelihatan ramai yang masih keletihan akibat perjalanan dari Kuala Lumpur malam tadi, Sham Castello selaku nakhoda kapal membuat keputusan untuk "menurunkan sauh".. "kita berkhemah disini", kata Sham...

"Haaa??? sekejap je trekking dah nak pacak khemah...", Saya berkata dalam hati...

"ok... sekarang ni kat mana aku nak pacak khemah", saya mencari2 tempat yang sesuai untuk memacak kan khemah yang masih belum pernah saya guna sebelum ini.. Khemah baru tuuu... Vaude Hogan Ultralight... memang sayang laa nak guna... macam hampeh... beli mahal2 tapi sayang nak guna... :-)

Setelah puas memerhatikan keadaan sekeliling, saya masih tak dapat memilih tapak yang sesuai... Tiba2 penglihatan saya tertarik kepada satu "keajaiban".. "wow.. ada pondok buluh".. Kelihatan ada dua pondok buluh usang peninggalan orang asli... lantai2 buluhnya pun banyak yang dah reput... Sambil mengangkat batang2 buluh yang menutupi pintu masuk pondok, saya menjengah kedalam... "waahh.. bagus ni.. tak payah laa aku pasang khemah.. tidur dalam pondok je malam ni"...


Keadaan pondok yang berhabuk dan penuh dengan botol2 kosong boleh membuatkan mereka2 yang pembersih macam saya stress... :-) tapi oleh kerana telah banyak latihan2 yang saya lalui sebelum ini, maka sedikit kekotoran didalam pondok tersebut boleh saya abaikan... "Inikan trip Lagenda.. trip rambo".. saya berkata didalam hati memujuk diri...

Tanpa melengahkan masa, saya terus menghamparkan "Ground Sheet" di dalam pondok... "Customize Ground sheet" yang saya potong khas sebagai pelapik ground khemah yang juga kali pertama saya guna kelihatan bersih berkilat... :-)  Settle... apa lagi.. saya bukak dapur.. masak air... dan minuman panas saya yang pertama dalam trip Lagenda ini adalah "Instant Chrysanthemum Tea", dalam bahasa Perancis bermaksud "Teh Bunga"... :-) Saya yakin Muhammad Ariff Azk (Geng Aura Gunung) takkan lupakan kesedapan teh ni.. Teh Gunung hanya bersama Ustaz Azrin... :-)

Selesai minum, saya menghamparkan pula tubuh yang agak keletihan ini, dan tidur...

Bersambung...

Wednesday 2 January 2013

Cabaran Trek Lagenda Gunung Chamah & Ulu Sepat 21-30 Dec 2012 (Part 1)

Sejak mendaftarkan diri untuk menyertai Cabaran Trek Lagenda Mendaki Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat (CUS) pada 21-29 Dec 2012, bermacam-macam andaian dan kerisauan yang bermain di fikiran saya. CUS adalah dua gunung yang termasuk dalam kategori G7, iaitu diantara tujuh gunung yang mempunyai ketinggian lebih tujuh ribu kaki di Semenanjung Malaysia.

Selain dari persedian stamina, persediaan survival di hutan belantara selama 9 hari juga perlu diteliti dan difikirkan. CUS yang terkenal dengan trek dan hutannya yang tebal, ganas, nyamuk, agas, binatang berbisa seperti ular, kala jengking, lipan, semut, binatang buas seperti harimau, beruang, gajah dan lain-lain lagi.

Berkemungkinan juga hujan sepanjang hari, suhu yang terlampau sejuk di kawasan pergunungan, serta bermacam-macam kisah yang menyeramkan dan merisaukan hati para pendaki yang ingin menyahut cabarannya.

Jika kita baca kisah-kisah pendakian CUS oleh pendaki2 yang telah terdahulu melaluinya, sudah pasti kita dapat membayangkan betapa mencabarnya trip ini, apatah lagi trip kali ini akan melalui dan menjejaki Trek Lagenda untuk ke puncak gunung, iaitu trek yang sudah tidak dilalui oleh para pendaki lebih dari 6 tahun.

Tibalah hari yang dinantikan, kami berkumpul di Stesen LRT Gombak sebelum menuju ke Grik, Perak dengan berkongsi-kongsi kereta. Saya yang telah sampai seawal jam 9.30 malam, menanti sahabat2 yang lain. Oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, perjalanan ke Grik hanya bermula pada jam 12 tengah malam.


 
Kami sampai di Stesen Minyak Petronas Grik lebih kurang pada jam 5 pagi. Sementara menantikan masuk waktu subuh, saya tidur sebentar didalam kereta. Selesai Solat Subuh, kami bergerak perlahan2 ke gerai berdekatan untuk sarapan. Dari Bandar Grik, kami ke Pengkalan Trojan, "pintu ke alam pendakian CUS".

 Merenung suasana dan persekitaran Pengkalan Trojan ketika itu, mengingatkan saya tentang kisah "Jurassic Park". "Pintu Masuk" ke tempat yang agak asing dan diluar kotak pemikiran suasana moden di bandar.

Dari situ kami akan menaiki bot untuk ke "Fort Kemar", tanah daratan yang menghubungkan kami dengan Cabaran Trek Lagenda CUS, cabaran terganas dan menggerunkan bagi para pendaki2 gunung.

Apa saja yang akan berlaku selepas ini tidak dapat kami jangka dan kami fikirkan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kami menyertai program ini, akan kami hadapi apa jua rintangannya. Dari Tegap Bersimpuh Baik Rebah Merempuh...

Bersambung...