Sunday 19 April 2015

Hanya 20 minit boleh sampai ke Puncak Bukit Tabur (East)..???


Apa khabar semua..? Korang tunggu sambungan cerita Gunung Semangkuk ya? Ehh.. Gunung Tambuyukon ya?... Ehh... sambungan cerita Legend Trail Chamah -  Ulu Sepat ya? Ehh... sambungan The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's route) ya?... :-D

Sabar.. Sabar.. nanti aku sambung insyaAllah... (mana2 kisah yang aku ingat lagi la)...

Ni aku nak bagitahu korang, tanpa niat, hajat, nada, perasaan riak dan takabbur... :-D

Dua kali aku menemukan satu penemuan dengan tidak sengaja... Apa dia?.. Apa dia?...

Minggu lepas aku naik Tabur East lagi... Apaaa !!! Tabur East???... Hehehe... A'ah Bukit Tabur East jerrr... dan, dengan tidak sengaja aku telah berjaya sampai ke puncak Bukit Tabur East  dalam masa 20 minit sahaja... aku ulang yer... tak sengaja... bukan aku sengaja... :-D

Haaa???? Biar betik !!!...

Betul laa.. aku tak main2, aku pun heran, 20 minit jer dari starting point kat paip besar tu....

Dan... pagi tadi aku try laa naik dari laluan keluar Tabur East, yang lalu ikut kebun tu, yang tembus kat rumah2 banglo tu... Memang penat laa, pasal kalau naik ikut situ treknya mencanak... kali ni memang aku niat nak test dan nak tengok berapa cepat aku boleh sampai puncak ikut situ... Errmmm.. tak lah laju mana pun, aku sampai puncak Bukit Tabur East dalam 15 minit jerrr :-P

Apa tujuan aku tiap2 minggu naik Bukit Tabur East?, Selain dari mendaki, aku sibuk buat sessi fotografi kat atas puncak tu, untuk projek video editing aku yang masih tahap amatur lagi tu...

Nanti korang klik laa kat link youtube atas tu ya  atau klik kat sini. Tengok tau, jangan tak tengok, video amatur jer... :-)  Seperti biasa, guna setting HD untuk kualiti video yang lebih baik ya..

Terima kasih semua, kerana sudi berkunjung ke blog pendakian Geng Aura Gunung ni... :-)

Wednesday 8 April 2015

The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's Route - Gurkha Hut) - Part 2

 Sambungan...

Jika hari pertama kami sampai di Kem Garas pada jam 2.45 petang, hari ini kami sampai di kem Rhino Horn pada jam 2.00 petang. Kemsite ini sedikit terdedah dengan cahaya matahari. Dengan Ketinggian lebih kurang 10,900 kaki, sintom2 gangguan AMS sudah mula dirasai oleh beberapa orang dari kami.

Kemsite yang dikelilingi oleh batu2 gunung yang berceracak mempunyai keindahan sentimentalnya yang tersendiri.

Pada hari esoknya, perancangan asal kami adalah menuju ke kemsite Latingan dan seterusnya menuju kemsite Makadao untuk bermalam di situ. Panorama yang sangat indah dapat kita nikmati di sepanjang perjalanan dari kem Rhino Horn ini.

Di kawasan2 tertentu kita dapat melihat puncak gunung Tambuyukon dengan jelas, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia. Melihat pemandangan puncak gunung tersebut, menerbitkan rasa rindu dan nostalgia lamaku pendakian solo gunung Tambuyukon pada tahun lepas.

Dipendekkan cerita, kami sampai di kem Latingan pada jam 1 tengahari. Di sini ada punca air yang mengalir kecil, cukup untuk kita masak, minum dan membersihkan diri. Namun, perancangan asal kami adalah untuk meneruskan perjalanan dan bermalam di Kem Makadao, lebih kurang 4 jam perjalanan dari situ.

Guide mengingatkan kami, katanya; jika hendak meneruskan perjalanan ke kem Makadao maka kita perlu berjalan laju sedikit. Ini adalah kerana guide kami bimbang dan khuatir ada satu laluan yang sangat curam dan bahaya, jika kami lalu di kawasan tersebut apabila hari telah gelap/malam, berkemungkinan besar kita akan berhadapan dengan bahaya dan peluang untuk mendapat kemalangan adalah sangat tinggi.

Memikirkan tentang bahaya yang bakal di tempuh, kami teragak2 samada hendak meneruskan perjalanan atau bermalam saja di kem Latingan. Benar hari masih awal, baru jam 1.00 tengahari. Setelah menunaikan solat zohor, hasil dari perbincangan bersama, kami memutuskan untuk berkhemah saja di kem latingan dan meneruskan perjalanan ke kem Red Rock pada esok hari.

Keesokan harinya... Pemandangan yang sangat indah dalam perjalanan dari kem Latingan, melalui kem Makadao dan menuju ke kem Red Rock seumpama pemandangan "hijab2 yang tersingkap". Sangat indah, tidak dapat di zahirkan dan di samakan dengan gambar2 yang kami ambil dengan lensa kamera.

Pemandangan di Kem Makadao diumpamakan seperti dalam filem Avatar, dengan kabusnya, flora2 indah di celah batu2 gunung. Kem Makadao itu sendiri tidak lah besar, cukup untuk memuatkan lebih kurang 3-4 buah khemah, permukaan tanahnya di hiasi dengan rumput menghijau.

Ada satu perkara, satu persoalan, satu perasaan yang aku tak pasti dan tak pernah pula aku tanyakan rakan2 sependakian ku sehinggalah pada saat aku meluahkan perkara/penceritaan ini dalam tulisan kini.

Mungkin aku seorang yang merasakannya... atau mungkin rakan2 sependakian yang lain turut merasakan tetapi tidak meluahkannya...

Semasa kami di Kem Makadao, sebelum kami bergerak menuju ke kem Red Rock, Dr Ramli mencadangkan agar kami menunaikan solat jama' zohor dan asar di situ. Selesai menunaikan solat, semua para pendaki termasuk guide berada dalam mood diam.. tenang... tidak bersuara... sunyi sepi dan perkara ini berlarutan hampir satu jam. Yang aku perasan, alam dan penghuni di kawasan tersebut mengkagumi solat jemaah yang kami tunaikan di situ, mungkin kerana kawasan tersebut terlalu jarang di masuki orang. Wallahu'aq'lam.

...bersambung













































































































Tuesday 7 April 2015

The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's Route - Gurkha Hut) - Part 1

Misi Rahsia Terindah atau The Hidden View of Mount Kinabalu melalui Koutal Route - Bowen Route - Gurkha Hut (Part 1)  7 - 12 Mac 2015.

Misi pendakian kali ini di jayakan oleh enam orang pendaki yang masing2 mempunyai pengalaman pendakian berpuluh2 tahun. Masing2 mempunyai pengalaman dan kelebihan tersendiri. Dr Ramli, Sham Castello, Arie Hassan, Mohd Nazry, Big dan aku.

Perancangan rapi diadakan selama hampir setahun, pelbagai cabaran yang rumit untuk memohon permit kebenaran mendaki, masih tidak dapat meyakinkan kami bahawa misi rahsia terindah ini akan berjaya kami zahirkan, sehinggalah pada hari kejadian (7 Mac 2015), sesampainya kami di Mesilau Trail Entrance kami melihat 2 orang guide yang menunggu, barulah kami dapat menarik nafas lega, menandakan bahawa misi ini "berjaya dimulakan".


Kami memulakan pendakian lebih kurang pada jam 11.30 pagi, matlamat kami pada hari pertama ini adalah Kem Garas. Laluan trail yang terlalu jarang di lalui oleh para pendaki, samar2, di meriahkan lagi dengan pokok2 berduri di kiri dan kanan yang sekali sekala tersangkut2 pada backpack kami, seolah2 menyapa dan bersalaman menyambut kehadiran kami.

Dipendekkan cerita kami sampai di Kem Garas pada jam 2.45 petang. Kelihatan wajah Mohd Nazry dan Sham Castello yang "kekagetan", kerana pada kebiasaannya kami hanya berhenti mendaki dan sampai di kem site pada jam 5 atau 6 petang. :-P


Khabarnya sudah sebulan kawasan pergunungan tersebut tidak menerima hujan, aneh pada hari itu, cuaca agak mendung, setibanya kami di kem garas, seusai kami memasang khemah, tiba2 hujan turun... Satu rahmat dari Allah dan satu sambutan mesra untuk kami dari "penghuni" dan "pergunungan2" di situ.

Chef Masakan untuk team kami ialah Mr Big, beliau memang pandai memasak, masakannya sodappp... (puji sikit.. thanks Big..)

Malam itu kami semua tidur awal... jam 9 malam masing2 dah senyap... dah tidur...
memang macam tu pun, kalau mendaki gunung memang tidur awal... kalau kat rumah tak reti2 nak tido awal.. :-D


Keesokan paginya, halatuju kami adalah kem Rhino Horn.. Kami terpaksa pikul air dari Kem Garas kerana di Kem Rhino Horn tiada sumber air...

Perjalanan hari ini adalah dalam "mode" mendaki dan terus mendaki... Jika di Kem Garas sahaja ketinggian nya mencecah ketinggian Gunung Tahan, di Kem Rhino Horn pula ketinggiannya mencecah 3385meter (10,900ft).

Cabaran utama dalam misi pendakian kali ini adalah ketinggian yang melebihi 8,000 kaki yang akan menyebabkan ramai orang terkena penyakit AMS jika melarat boleh menyebabkan penyakit SMS, PMS, dan lain2 SSS lagi... (SMS, PMS dan SSS tu aku tambah2 je... tak wujud di alam nyata)

Diantara sintom2 penyakit AMS ini adalah sakit kepala yang teramat sangat, muntah2, tidak dapat berfikir dengan betul, halusinasi dan boleh membawa maut. Syukurlah dalam team pendakian ini, kami ada Dr Ramli yang menjadi penasihat dan pemantau pada kesihatan kami.

Selain dari masalah AMS, Oksigen yang menipis (sehingga 65%... kebiasaannya adalah 99%) menyebabkan pernafasan kami selalu terganggu dan kami cepat letih... apatah lagi apabila di ganggu oleh gas2 "nitrogen peroksida" (kentut) yang di lepaskan bertalu2 oleh si polan dan si polan... :-P

Suhu yang sangat sejuk hingga adakalanya mencecah 3 darjah celcius menambahkan lagi cabaran dalam misi rahsia terindah ini...

bersambung...




































































Sunday 5 April 2015

Pendakian Bukit Tabur (East) - World's Longest Quartz Ridge

Aku tahu korang mesti tertanya2 mana la sambungan kisah2 pendakian Gunung Semangkuk.. Chamah-Ulu Sepat Legend Trail.. Kinabalu Gurkha Hut... Pendakian Gunung Tambuyukon...

Pagi semalam (Ahad) aku mendaki Bukit Tabur East, terserempak dengan seorang pendaki yang tanya aku bila aku nak siapkan sambungan kisah pendakian Gunung Semangkuk... Aku cakap, aku malas nak sambung, saja nak bagi surprise.. korang pergi laa sendiri tengok apa ada kat Puncak Gunung Semangkuk tu... :-D   (aku gurau je)

Jangan marah haa... :-D insyaAllah pelan2 nanti aku sambung kisah pendakian semampu yang boleh ya..

Ni korang jangan terperanjat... Walaupun kisah Kinabalu Gurkha Hut pun dah lebih setahun aku tak habis sambung, untuk pengetahuan korang aku baru je balik dari "Misi Rahsia Terindah", The Hidden View of Kinabalu melalui Koutal's & Bowen's Route... macam zalim je kan... :-D

Nanti aku kongsikan kisah pendakian tu ya.. dah siap taip dah.. tinggal nak post je kat blog ni, insyaAllah...

Ok, sebelum tu... ni aku nak kongsi sikit video pendakian Bukit Tabur East yang aku daki semalam...

Apaaaa????? Bukit Tabur East jerrrr??? :-D

Korang jangan pandang rendah Bukit Tabur East tau... Bukit Tabur ni dah kira world heritage (warisan dunia)... Korang jangan tak tahu, Bukit Tabur adalah Rabung/Permatang batu kuartz yang terpanjang di dunia...

Yang penting, aku rasa video ni video yang terbaik pernah aku hasilkan... walaupun mungkin bagi sesetengah orang video ni biasa jer...

Aku naik Tabur East semalam pun semata2 sebab nak shooting video ni... So, harap2 korang dapat menghayati hasil nukilan aku yang tak seberapa ni...

InsyaAllah ada masa nanti aku post kisah2 pendakian lagi ya...

Untuk menonton dengan kualiti yang lebih cantik, gunakan setting HD ya...