Monday 31 December 2012

Bila Alam Semesta Mengajar Erti Kehidupan - (Persediaan)




Apakah anda sudah bersedia utk menghadapi..

1. Terputus hubungan dengan org yg tersayang
2. Tiada siapa yg menghormati pangkat anda dan siapa anda
3. Tiada siapa yg akan membantu jatuh dan bangun anda
4. Bersendirian dalam meneruskan susah dan senang kehidupan
5. Terputus dengan kesenangan dunia
6. Menerima hakikat bahawa anda hanyalah manusia yg tiada nilai apa2 melainkan nilai disisi Allah
7. Iklim, cuaca dan keadaan yg tidak menyebelahi anda

.... Hanya persediaan utk menghadapinya bakal menentukan segalanya...


Diantara pengajaran yg saya perolehi bila masuk hutan, adalah seumpama kita beralih alam.. Dari alam kehidupan yg biasa kepada alam yg tidak mengenal siapa kita... Alam itu tidak akan peduli siapa kita di mata dunia. Hanya mereka yg bersedia akan dapat meneruskan kehidupan.. Begitulah umpamanya alam barzakh nanti.. Hanya mereka yg bersedia saja yg mampu menghadapinya...

Tuesday 11 December 2012

Mendaki Gunung Irau 08 - 09 Dec 2012 - Geng Aura Gunung

Bermandikan Cahaya Pergunungan Irau
Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah s.w.t, dengan Puji-pujian yang tidak terbatas dengan kata2, Puji-pujian yang Agung dan tidak menyerupai segala sesuatu, Puji-pujian yang Maha Esa dari ZatNya yang Memuji DiriNya Sendiri dengan Puji-Pujian Yang Maha Sempurna.

Selawat Dan Salam keatas Nabi Junjungan, Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w, dengan selawat dan salam sebanyak bintang di langit dan sebanyak apa yang dilitupi oleh ilmu Allah s.w.t.

Baru-baru ini Geng Aura Gunung (Saya, Cikgu Zul, Redolf dan Aisyah) telah mendaki Gunung Irau Di Cameron Highland. Gunung Irau adalah Gunung yang ke sembilan tertinggi di Semenanjung Malaysia (6,924 kaki).

Pendakian pada hari tersebut dipermudahkan Allah s.w.t. Kami menjangkakan bahawa kami akan berdepan dengan hujan lebat dan trek yang sangat berlumpur. Namun, pada hari pendakian, cuaca sangat cerah, walaupun ada laluan trek yang berlumpur, ianya tidak sampai ke tahap yang melampau.

Keindahan pemandangan di Pergunungan Irau ini tidak dapat disamakan dengan foto, video mahupun kata2... Jika gambar2 yang saya kongsikan disini sudah dianggap cantik, pemandangan sebenar adalah jauh lebih cantik dari itu. Gambar2 di sepanjang pendakian di Gunung Irau ini diambil hanya dengan menggunakan kamera Smartphone, Samsung Galaxy S2.

Kami berkhemah di Anak Irau, iaitu pada ketinggian 6,666 kaki dari paras laut. Anak Irau adalah puncak pertama yang akan kita jumpa sebelum puncak sebenar. Kawasan Anak Irau ini agak luas dan sesuai untuk berkhemah. Setelah memasang khemah dan mengambil barang2 yang penting untuk dibawa ke puncak, kami meneruskan pendakian.

Gambar Di Puncak Gunung Irau

Gambar Pendakian Gunung Irau pada Bulan Oktober 2012, menggunakan kamera digital. Dari kiri - Rayzza, Saya dan Enal.

Thursday 29 November 2012

Gambar2 Pendakian lalu - Gunung Nuang 02 -03 Nov 2012



Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi Allah yang mentadbir sekelian alam, dari alam yang sebesar2nya sehinggalah ke alam yang sekecil2nya...

Kali ini saya nak berkongsi dengan pembaca sekelian gambar2 pendakian Gunung Nuang, Ulu Langat, Selangor. Pendakian ini adalah pada 02-03 Nov 2012. Gunung Nuang ini juga terkenal dengan banyak kisah-kisah mistik. Salah satu gambar yang kami ambil dibawah ini sebagai buktinya.. :-)


Cuba Zoom In pada bulatan merah tu, nampak tak? Kalau pandai cari ada lagi beberapa ekor kat dalam gambar ni.. :-)

Dari kanan, Cikgu Zul, Saya dan En Ariff

Khemah untuk 6 orang... tapi rasa2nya macam muat2 jer kami bertiga dalam tu..
Berehat sebentar di puncak Gunung Nuang

Bergambar bersama2 dengan pendaki2 lain

InsyaAllah esok petang (30 Nov 2012) saya nak ke Gunung Nuang lagi.. kali ni bersama Cikgu Zul, En Ariff dan lebih kurang 30 orang staf MBSB... Dan ulasan berkenaan dengan Gunung Nuang akan saya kongsikan selepas saya turun dari sana nanti..

Wednesday 21 November 2012

Mendaki Bukit Tabur West (18 Nov 2012)

Bismillahirrahmanirrahim.. syukur ke hadrat Allah s.w.t, saya masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman, walaupun dalam keterhadan masa kerana sibuk dengan tugas. Ini adalah kisah pendakian Geng Aura Gunung di Bukit Tabur West. Kali ini saya mendaki bersama Cikgu Zul. Bukit Tabur West terletak di Taman Melawati, dikenali sebagai Bukit Kapur oleh penduduk tempatan.

Bukit Tabur West ini digemari oleh para pendaki yang ingin mendaki secara "daypack", ini adalah kerana kawasan puncak adalah terhad dan tidak berapa selesa untuk berkhemah. Pendakian yang santai mengambil masa antara satu setengah jam ke dua setengah jam, ini bergantung kepada stamina dan cara pendakian masing2.

Anda dinasihatkan berhati2 ketika mendaki Bukit Tabur West, ini adalah kerana ada beberapa orang pendaki yang telah menemui ajalnya di sini kerana terjatuh, ramai juga pendaki yang telah mengalami kecederaan. Yang paling penting anda perlu sangat berhati2. Ini adalah kerana anda akan mendaki melalui permatang2 bukit yang hanya selebar satu hingga dua depa, di tepi2 anda adalah jurang yang sangat bahaya.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika di sana. 









Tuesday 20 November 2012

Mendaki Gunung Nuang (30 Nov - 1 Dec 2012)

 Sila Klik Pada Gambar di sebelah...

Peralatan Sendirian Berhad
1. Backpack (Beg)
2. Sleeping Bag dan Pakaian Mandi
3. Sleeping Mat
4. Headlamp & Torch Light 
5. Sudu, Cawan, 1 Set Mestin (atau pinggan)
6. Personal First Aid Kit
7. Air minuman sepanjang pendakian
8. Makanan / Snek / Coklat / Roti / Kurma / dsb

Peralatan Kongsi 
1. Khemah / Ground Sheet / Fly Sheet
2. Dapur / Gas

Ucapan Muqaddimah "Geng Aura Gunung"...



Bismillahirrahmanirrahim, Segala Puji Bagi Allah s.w.t, Tuhan Semesta Alam. Yang telah menjadikan yang awal dan yang akhir, sedangkan Dia tidak tertakluk oleh masa. Dan Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar2 didalam kerugian...

Selawat dan Salam yang penuh takzim keatas junjungan yang dimuliakan Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga2 kita semua sentiasa didalam petunjuk dan hidayah Allah s.w.t dan tergolong didalam golongan yang diterima sebagai golongan umat Baginda Muhammad Rasullah s.a.w.

Selamat datang saya ucapkan kepada sekelian pengunjung blog. Ini adalah blog terbaru saya, yang saya khususkan berkenaan dengan kisah2 aktiviti outdoor.

Blog ini diwujudkan rentetan dari Kelab Outdoor yang saya tubuhkan, yang telah saya namakan sebagai "Geng Aura Gunung" (Geng AG). Blog ini akan diisi dengan kisah-kisah, gambar2 dan video2 aktiviti outdoor "Geng Aura Gunung".

Untuk makluman pembaca sekelian, Geng AG ini terbuka kepada sesiapa sahaja... samada dia turut serta secara rasmi (join aktiviti outdoor Geng AG), atau berminat sahaja, atau menyokong sahaja...

Diantara aktiviti2 "Geng AG" adalah aktiviti2 outdoor / rekreasi seperti mendaki bukit, gunung, trekking hutan, photography, camping, dan macam2 lagi termasuk "ngeteh" di kedai mamak... semua aktiviti akan diselitkan dengan perkongsian ILMU dengan tujuan membina jati diri untuk dunia dan akhirat.. insyaAllah...

Akhir penangguhan kata2...  saya berharap agar blog ini dapat memberi banyak manfaat dan informasi kepada pembaca2 sekelian.. wassalam