Wednesday 26 March 2014

Mountaineering in Malaysia / Pendakian Gunung di Malaysia


Ini adalah hasil nukilan saya, kompilasi gambar2 dari Ekspedisi2 pendakian gunung yang lalu.

Didalam video ini, terdapat gambar2 yang diambil semasa saya mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Mulu, Gunung Pinnacle, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Tahan, Gunung Benum, Gunung Irau, Gunung Chabang, Gunung Kutu, Gunung Chemerong, Gunung Bunga Buah, Gunung Rajah, Gunung Semangkok, Gunung Kajang di Pulau Tioman, Gunung Yellow, Gunung Gerah, Bilah & Bieh, Gambar2 semasa Ekspedisi Gurkha Hut dan Aktiviti Via Ferrata di Gunung Kinabalu, Gunung Yong Belar semasa Ekspedisi Banjaran Titiwangsa, Ekspedisi pendakian Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat, Gunung 3 Boundarries, Gunung Tok Nenek, Bukit Tabur, Hutan Bekelah dan lain-lain lagi.

Ada banyak lagi gambar2 pendakian yang tidak saya sertakan, yang mungkin akan saya kongsikan pada masa akan datang jika keadaan mengizinkan.

Semoga video gambar berlagu ini dapat memberi manfaat, sumber inspirasi dan semangat kepada peminat2 aktiviti pendakian gunung.


*** Gunakan setting HD untuk kualiti gambar yang lebih cantik ***

wassalam

Sunday 23 March 2014

Misi Pendakian Gunung Yong Belar, Gunung Challi & Gunung 3 Boundaries (11, 12 & 13 April 2014) - PENYERTAAN DI BUKA

Copy Paste dari Google - Terima kasih tuan punya gambar..
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala Puji bagi Allah dengan puji2an yang tidak terhingga dan tiada penghujungnya, Selawat dan Salam yang berkekalan untuk Baginda Rasulullah s.a.w, Nabi junjungan yang diharap2kan syafa'at-Nya pada setiap detik dan ketika.

Untuk makluman sahabat2 sekelian, Geng Aura Gunung akan menganjurkan satu "Misi Pendakian" yang agak rare, angker dan bakal melonjakkan tahap ke-otai-an anda (ayat mesti power..), Misi Pendakian Gunung Yong Belar (G7) - Gunung 3 Boundaries - Gunung Challi (Merentasi Sempadan Negeri Perak, Kelantan dan Pahang) pada 11, 12 dan 13 April 2014.

Berikut adalah tentatif misi pendakian tersebut :

10hb April (Khamis Malam) - (Car Pool) Bertolak menuju ke Masjid Kg Raja di Cameron Highland, bermalam di situ.

11hb April - Selepas Sarapan, Bersiap2, Parking kereta di Sekolah Kg Raja, menaiki 4wd menuju ke starting point.

- Bermalam di Puncak Gunung Yong Belar

12hb April - 9.00 pagi bergerak menuju ke Kem Gurkha
( Kem Misteri yang angker dan unik :-P )

13hb April - 9.00 pagi bergerak menuju ke Gunung Challi- melalui permatang gunung dan pemandangan yang sangat indah (insyaAllah) - Melalui Puncak Gunung 3 Boundaries (Inilah peluang anda untuk mempraktikkan ilmu kesaktian anda, berada di 3 Negeri dalam satu masa)

- menuju ke trail entrance (starting point)
- menaiki 4wd untuk ke Sekolah Kg Raja
- Membersihkan / Mensucikan diri - berjimba2 di Cameron Highland atau terus pulang ke tanah jajahan masing2.

____________________________________________

Sila Klik GOING pada mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti ini.

https://www.facebook.com/events/426856497448500/?ref_newsfeed_story_type=regular
Atau boleh hubungi saya di 013 3239822 (sms) atau email saya di Auragunung@gmail.com

KOS untuk bayaran guide, 4wd dan pengurusan adalah RM150 seorang.

Sila bank in di akaun :
Maybank 1621 8850 9112
atas nama Noorul Alida Binti Zakaria

Sila buat bayaran penuh sebelum 02 April 2014. (Sila pm di inbox saya untuk maklumkan berkenaan pembayaran)

SILA BERIKAN :

Nama Penuh :

IC :

No Tel

Nama Waris dan No Tel Waris


Wang pembayaran tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan penyertaan mereka.

Makan, minum & Khemah adalah tanggungjawab sendiri, anda boleh pilih untuk setting secara solo atau setting secara partner atau berkumpulan.

____________________________________________

APABILA ANDA MENYERTAI TRIP INI BERMAKNA ANDA TELAH BERSETUJU DENGAN TERMA & SYARAT2 YANG TELAH KAMI TETAPKAN SEPERTI DIBAWAH.

DISCLAIMER SATATEMENT / PENAFIAN

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa dengan menyertai aktiviti-aktiviti G.A.G, semua peserta dianggap telah bersetuju dengan syarat- syarat yang terkandung di dalam penafian ini, dan bersetuju untuk melepaskan pihak penganjur, dan mana-mana peserta lain dalam perjalanan dari mana-mana liabiliti, tuntutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti dan tuntutan akibat daripada apa-apa kecederaan atau kematian atau ganti rugi yang berbangkit daripadanya.

Penafian Terma Penyertaan seperti berikut:

1. Peserta hendaklah bertanggungjawab ke atas peserta kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas peserta kanak-kanak itu dalam apa cara sekalipun.

2. Penganjur dan krew tidak akan menunggu peserta yang tidak hadir di lokasi pertemuan pada tarikh dan masa yang telah yang dipersetujui.

3. Peserta bersetuju bahawa program ini adalah aktiviti kembara dan jadual perjalanan yang dipersetujui adalah berfungsi sebagai panduan sahaja. Jadual program adalah flexible dan boleh berubah tertakluk kepada faktor-faktor luaran seperti cuaca, penilaian risiko, kecederaan dan lain-lain.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan /pembatalan / kelewatan yang disebabkan oleh syarikat penerbangan, kemalangan, mogok, peraturan kerajaan, keadaan cuaca atau bencana alam, dan lain-lain

5. Jika pembayaran diperlukan, pihak penganjur akan memaklumkan peserta dengan terperinci kos yang dikenakan. Contohnya khidmat guide, ration, sewa khemah, fly & ground, transportation 4wd, t-shirt.

6. Deposit yang dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan penyertaan kecuali peserta dapat mencari peserta lain untuk menggantikan tempatnya. Sebarang penggantian adalah atas budi bicara tunggal dan ketersediaan penganjur.

7. Peserta memahami dan bersetuju bahawa semasa perjalanan program, mungkin akan berlakunya kemalangan atau penyakit , ketidakstabilan politik dan bencana alam. Peserta bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan dengan perjalanan program dan berjanji untuk melepaskan pihak penganjur daripada semua tuntutan yang timbul daripada penyertaan tersebut.

8. Ini adalah program kembara, penganjur mempunyai hak untuk tidak membenarkan penyertaan anda jika anda mengancam kami dengan apa yang kami fikirkan tidak sesuai atau bagi apa-apa jua sebab lain.

9. Jika anda adalah peserta yang beragama Islam, segala tanggungjawab kewajiban agama seperti solat 5 waktu adalah atas tanggungjawab sendiri. Peserta juga dilarang melakukan perkara2 yang diharamkan samada dari sudut tuntutan agama Islam mahupun undang2 Negara Malaysia semasa mengikuti aktiviti anjuran G.A.G

9. Apabila anda telah mengesahkan penyertaan anda dan / atau ditandatangani senarai kehadiran dan / atau membuat pembayaran , ia dianggap bahawa anda telah membaca , bersetuju dan menerima terma dan syarat di atas .

__________________________________________

Sekian Terima Kasih,
Wassalam

Tuesday 11 March 2014

Pendakian Gunung Tambuyukon - (Ketiga tertinggi di Malaysia) - 5 & 6 Mac 2014 - PART 1

Dipuncak Gunung Tambuyukon
Sebaik sahaja selesai misi pendakian Gunung TrusMadi (Kedua tertinggi di Malaysia), keesokan harinya aku menuju ke daerah Ranau untuk Misi pendakian Gunung Tambuyukon (Ketiga tertinggi di Malaysia). Pertamanya aku perlu ke bandar Keningau terlebih dahulu. Dengan menaiki van dari Kg Sinua, aku menuju ke stesen bas Keningau. Menurut Dennis, guide di Kg Sinua, jika sewa satu teksi untuk ke Ranau lebih kurang dalam rm50. Waahhh.. biar betul, murahnya.. ok.. aku pun dengan penuh yakin dan percaya berhasrat untuk mengambil teksi ke Ranau. Tapi, bila aku tanyakan pemandu teksi di situ, mereka kata rm250... paling kurang pun rm200... Fuhhhh... tak berbaloi ni... aku perlu cari van... naik van ramai2 macam naik bas.. baru rm22.
Salah satu pemandangan dari kawasan puncak
Jam baru menunjukkan pukul 9.20 pagi, menurut budak lelaki yang jaga tiket van kawasan tu, jadual van yang bergerak ke Ranau selepas ini adalah pada jam 12 tengahari... Alamak.. lamanya... perjalanan ke Ranau dari Keningau pun ambil masa lebih kurang 2 jam, dan dari situ aku perlu ke Kinabalu Park untuk mendaftarkan diri serta menguruskan hal2 pembayaran pendakian. Dari Kinabalu Park, aku perlu menuju ke Sub Station Pos (Kg) Monggis, lebih kurang 2 jam perjalanan lagi dari Ranau. Ok lah... nak tak nak aku terpaksa lalui semua ni... sementara tu aku pun lepak dan memenuhkan perutku di restoran KFC di seberang jalan.

Hampir 2 Jam setengah aku menunggu, akhirnya tiba juga jam 12 tengahari dan van bergerak menuju ke Ranau sebagaimana yang telah dijadualkan. Setiba di Ranau, aku  hubungi sahabatku En Sabilin, sebagaimana yang telah diaturkan oleh sahabat baikku En Jupirin, Sabilin akan membantu menghantarku ke Kinabalu Park dan juga Pos Monggis. Sampai di Kinabalu Park aku ke menuju ke Jabatan penguatkuasaan, bertemu dengan staff di sana, mengisi beberapa borang pendakian, membayar duit permit dan insurans, akhir sekali aku perlu menghadap boss mereka... rupanya itu adalah salah satu procedure di sana

Oleh kerana Misi pendakian Tambuyukon ini di kategorikan sebagai hardcore dan Ekspedisi, maka mereka perlu melihat dan menilai pendaki2 yang ingin menyertai misi ini. Menurut mereka, ini adalah kali pertama, pendakian solo / seorang, dilakukan di Gunung Tambuyukon. Aku telah memecahkan record Kinabalu Park... Aku takdelah bangga pun, aku mendaki seorang diri kerana kawan2 yang lain tak dapat nak ikut aku sebab mereka tak boleh nak cuti lama2...

Aku di panggil masuk ke pejabat En XXXXXXX... namanya sengaja aku rahsiakan.. .mengapa? suka hati aku lah.. ini kan blog aku... :-D

Sambil2 beliau meneliti borang2 pendakian yang aku isi dia seperti mengamati wajahku... Jangan main2 bro... aku boleh scan... dan aku merasakan / terlihat... @#$%&*> ... biarlah ia menjadi rahsia... Oleh kerana aku memang macho dan handsome, bertubuh sasa dan bersuara jantan yang asli, maka aku dikira layak untuk meneruskan pendakian ini. :-P

SubStation Pos Monggis
Selesai semuanya, aku dan Sabilin bergerak menuju ke Sub Station Pos Monggis, lebih kurang 2 jam dari Ranau, sebelum itu kami singgah mengambil kawan beliau yang juga guide gunung kinabalu yang agak senior dan otai. Rupa2nya guide tersebut masih mengingati wajahku, baru aku ingat, aku pernah bertemu dengan beliau, ketika itu aku melakukan Ekspedisi Gurkha Hut di Kinabalu bulan Mei tahun lepas. Banyak perkara yang kami borakkan, termasuklah mengimbas kembali kisah almarhum sahabat sependakian, Nabil yang meninggal dunia dalam Ekspedisi Kotal Road di Kinabalu.

Laluan masuk ke Sub Station Pos Monggis sekarang ini dalam pembinaan lebuhraya, jalan yang berbatuan agak sesuai di lalui oleh pacuan 4 roda. Kami perlu mengharungi satu sungai, jambatan untuk kenderaan masih dalam pembinaan, sekiranya hujan lebat maka air akan penuh dan kenderaan pasti tidak dapat melepasi sungai tersebut.

Aku sampai di SubStation Pos Monggis lebih kurang jam 6.20 petang, dah nak masuk maghrib dah. Kelihatan 3 orang pekerja berada di sana, mereka menjadi kawan baik aku di sana. Pok, Lan, dan Norbi... rupa2nya mereka ini staff dari SubStation Poring, mereka ke sini kerana ada tugas. Menurut mereka staff Pos Monggis semua dah balik. Dan yang paling membuatkan aku gempar ialah, menurut mereka Pos Monggis tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan dengan pendakianku pada esok hari. Guide pun takde, sekarang ni mereka sedang sibuk dengan kerja peribadi masing2. Ada satu kumpulan pendaki masih didalam hutan Gunung Tambuyukon, dan menurut perkiraan, mereka akan turun ke SubStation Pos Monggis pada keesokan tengahari. Mungkin itu geng2 "Amri WildJunction"... aku ada berhubung dengan amri sebelum ini ketika di Kuala Lumpur dan dia ada beritahu aku berkenaan dengan misi beliau untuk mendaki Gunung Tambuyukon dan Trusmadi.

Tak mengapa lah.. esok.. esok punya cerita, malam ni aku tidur sini, lengkap dengan katil 2 tingkat, aku tidur sorang2. Kat sini elektrik guna generator, jam 12 tengahmalam mereka tutup. Kebetulan masa aku sampai, generator ada masalah, dan ketika itulah Sabilin menjadi penyelamat keadaan. Sabilin yang memang mahir berkenaan hal2 kejuruteraan, "merawat" generator yang telah berusia dan semput tersebut. Beliau berjaya, elektrik berjaya disalurkan ke substation Pos Monggis. Muqaddimah yang baik antara aku dan pihak Substation Pos Monggis... Semuanya telah diatur dan telah ditentukan Allah s.w.t.

Entah macamana mereka boleh tahu aku ni ustaz.. mungkin mereka tengok kat raincover backpack aku kut.. ada tertulis ustaz azrin... dari situ bermulalah jalinan silaturrahim yang lebih erat, salah seorang dari mereka ada masalah gangguan, dan dengan izin Allah aku merawatnya sekadar yang termampu.

Errmmmm... kenapa aku nampak macam2 kelibat kat dalam pos monggis ni? adakah kerana aku terlalu penat.. adakah imaginasi... atau... errmmmm... ok lah... aku pagar bilik ni lebih kurang... jangan kacau aku laa.. aku nak tidur.. esok nak bangun pagi...

Sungai di SubStation Pos Monggis
Aku bangun awal pagi pada keesokan harinya,  selesai solat subuh, aku makan nasi goreng kampung Brahim... terus terang aku katakan..  tekak aku dah tak boleh nak terima nasi Brahim ni.. masa buat Ekspedisi Trans Banjaran Titiwangsa dulu, inilah makan harianku... aku rasa macam nak terkeluar balik nasi ni... tapi apakan daya.. perut lapar.. kat sini takde kedai... aku paksa jugak perutku untuk menerima nasi ini walaupun sekadar di pinggiran usus...

Hari mula terang, aku dari tadi dah bersiap sedia untuk memulakan pendakian...  guide masih tidak timbul2 lagi, staff pos monggis pun belum sampai lagi... Aku berkira2 untuk bermalam di Kem Musang pada malam ini, 10km dari starting point... kalau ikut logik akal, mungkin antara 8-10 jam perjalanan untuk aku sampai ke Kem Musang... aku tak sanggup nak bermalam di kemsite yang lebih dekat dari itu kerana aku target untuk ke Puncak Tambuyukon pada awal2 pagi esok, kiranya aku dapat menikmati pemandangan matahari terbit dari kawasan puncak nanti.

Periuk Kera
Tiba2 kedengaran bunyi motor memasuki perkarangan substation pos monggis... Siapa tu.. Itulah En Awang... staff di situ, menurut beliau, ada masalah komunikasi antara kinabalu park dan pos monggis, maklumlah kawasan tersebut langsung takde line telefon. Namun aku agak hairan, kerana menurut staff di kinabalu park mereka telah beberapa kali menghubungi dan menghantar sms kepada staff di sini berkenaan dengan hal pendakian ku. Tak kisah laa.. sekarang ni bukan masa nak cari salah siapa.. mana guide.. mana guide... mana guide!!!???? Menurut En Awang, guide takde... staff mereka sedang pusing satu kampung cari guide... mungkin ada seorang guide yang "on standby" atau "on call". Waahhh.. macam hospital laa pulak ada "on call" ada "standby". Kalau takde guide hari ni, masak laa aku nak kejar masa, mungkin esok baru boleh start mendaki... Kalau ada guide pula, jam berapa baru boleh start mendaki... dan boleh kah aku sampai ke kem musang hari ini?... 10 km... 10 km... 10 km... keluar peluh hijau nak trekking macam ni...

Aku masih mantain cool.. maklumlah handsome, macho dan bergaya... mesti kena cool.. otai mana boleh panik... :-P

Aku berborak dengan En Awang... menurut beliau, geng2 amri wildjunction yang dijadualkan turun dari gunung hari ni pun mengalami masalah yang sama, informasi berkenaan pendakian mereka tidak sampai di Pos Monggis. Sudahnya mereka memulakan pendakian pada tengahari.

Menurut En Awang lagi, record dari starting point ke Kem Musang yang mereka buat adalah 7 jam... itu adalah kelajuan mereka.. kelajuan guide2 yang otai... Aku dah mula goyang... tapi masih bertenang... kalau mereka buat 7 jam, setidak2nya mungkin aku boleh buat dalam 9-10 jam untuk sampai ke kem musang. Jadi selewat2nya aku mesti memulakan pendakian pada jam 11 pagi dan itupun aku mungkin akan sampai di kem musang pada jam 8-9 malam. Teruk aku kena ragging dengan Tambuyukon kali ni...

Dari kisah-kisah pendakian, kami beralih kepada kisah-kisah politik.. dan entah macamana terbuka juga cerita berkenaan dengan kisah diri aku... En Awang memerlukan bantuan nasihat berkenaan masalah yang dihadapinya, oleh kerana masa tidak mengizinkan, aku ajarkan padanya beberapa kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan untuk membantu mengatasi masalah beliau. Kiranya diizin Allah kita bertemu lagi, insyaAllah aku akan bantu merawat kamu, tapi sekiranya tidak.. kamu boleh  berhubung dengan sahabatku yang juga perawat di Ranau.. siapa lagi kalau bukan en Jupirin.. :-)

Jam menunjukkan pukul 12.10 tengahari... barulah kelihatan susuk tubuh guide memasuki kawasan substation pos monggis.. waahhh.. inikah abang guide yang akan menemankan aku... namanya Lassius... sepanjang bermulanya aku bertemu dengan Lassius sampai lah hari aku turun semula ke starting point... aku asik terlupa namanya... susah betul nak lekat namanya kat kepala aku ni... terbelit2 lidah aku menyebutnya... dah balik KL ni baru aku dapat menyebut namanya dengan betul.

Aku dan Lassius
Aku tengok Lassius bawak beg agak besar, mungkin dalam 12-15kg campur dengan air minumannya. Dia melihat beg pendakian ku... "ini saja yang kamu bawa?, cukup ke semua peralatan dan makanan?", beliau bertanya dengan wajah yang agak khuatir, maklumlah, beg yang aku bawa untuk ke Tambuyukon kali ni hanyalah beg 48liter, Osprey Exos model 2014... dalam beg aku ni, ada khemah, ada tilam dan bantal "tiup", ada maggie 2 bungkus, ada nasi goreng kampung Brahim sebungkus... apaaaaa????? nasi goreng Brahim lagi???? nasi tu cuma untuk emergency, dan sudahnya aku tukar dengan sebungkus maggie Lassius sewaktu perjalanan turun ke starting point, alasannya tetap sama.. tekak aku dah tak boleh nak masuk dah nasi Brahim ni...

InsyaAllah.. menurut tenungan ma'rifat ku yang paling dalam, setelah ku sepadankan dengan langkah pendakian ku pada tepat jam 12.15 tengahari pada hari Rabu bersamaan dengan 3 Jamadilawwal, semua peralatan / makanan yang aku bawa untuk pendakian Tambuyukon ini mencukupi.
Starting Point
Sebelum pendakian bermula, aku berbincang dengan Lassius dan En Awang, aku beritahu pada mereka seboleh2nya targetku adalah bermalam di Kem Musang... En Awang beritahu, bahawa guide hanya bertugas sampai jam 6 petang, selebihnya dikira overtime, dan pandai2lah aku menilai untuk menambah2kan bayaran pada guide nanti. Aku ni jenis tak cerewet.. kalau aku nak berkira guna formula matematik tambahan, mesti aku dah kira masa yang terbuang sejak awal pagi tadi... takpe.. yang sudah tu sudah... kita melangkah ke depan... Lassius memberitahu aku, kiranya aku nak sampai ke Kem Musang awal, aku perlu pastikan setiap satu jam pendakian bersamaan dengan 2km. Fuhhh.. mencabar ke"otai"an aku ni... takpe... takpe... taknak banyak cakap... dalam kepala otak aku sekarang ni, kem musang..kem musang... kem musang.. apa nak jadi, jadilah...

Aku berdua dengan guide, memulakan pendakian... Lassius di depan dan aku mengekor dan mencucuk rapat di belakang... sambil berborak-borak mesra kerana tidak mahu menunjukkan kerakusan nafsuku untuk mengejar kem musang, Lassius hairan kerana aku datang mendaki Gunung Tambuyukon bersendirian. Aku teringatkan pesan orang tua2 agar sentiasa merendah diri di tempat orang... lalu aku hanya memberi alasan bahawa kawan2 yang lain tidak dapat cuti... walhal.. aku memang suka masuk hutan sorang2 pasal tak suka berebut kemsite... kuang..kuang..kuang... :-D

Tak sampai pun 10 minit pendakian, tiba2 aku terserempak dengan Amri WildJunction... "ustaz!!!...", sapa beliau... sambil bersalam2an dan mengadu perihal masalah ketiadaan guide yang menimpa mereka.. Setelah mengucapkan kata2 semangat kami pun membawa haluan masing2. Guide masih di depan, dan aku masih mengekor rapat... Lassius termengah2... menurutnya, kali terakhir beliau mendaki Tambuyukon adalah pada September tahun lepas... dan baru aku tahu, rupa2nya malam tadi Lassius tidur lewat, jam 3 pagi baru tidur, tiba2 pagi tadi ada staff pos monggis datang ke rumahnya minta agar dia menjadi guide pendakianku.

Kami berbincang, dan dia membenarkan aku untuk jalan dahulu... pucuk dicita ulam mendatang... bagai mengantuk disorongkan bantal... aku setuju dan akan menunggu beliau di pondok perhentian yang pertama, iaitu pondok Kulat. Setelah lima minit trekking kelibat Lassius mula hilang dari pandanganku. Pondok Kulat terletak lebih kurang hampir 2km dari starting point. Dan aku berjaya sampai di Pondok Kulat pada jam 1.15 tengahari... waaahhhh... lajunyaaaaa.. bisik hatiku kehairanan... mungkin sebab nak kejar Kem Musang punya pasal.. tu yang agak laju tu...
Pondok Kulat
 Di Pondok Kulat, aku tunggu Lassius hampir 15 minit. Aku berbincang lagi dengannya, aku tunggu kamu di Kem Kapuakan, lebih kurang 6km dari pondok kulat... Aku cadang untuk menyelesaikan pendakian ini dalam tempoh 3 hari 2 malam, dan aku berjanji pada Lassius, jika ditakdirkan Allah misi ini dapat diselesaikan lebih singkat dari itu, dalam tempoh 2 hari 1 malam, aku tetap akan membayar upahnya berdasarkan perjanjian asal 3 hari 2 malam, dan malahan insyaAllah aku akan bagi lebih lagi dari tu sebagai bonus... Aku bukan orang kaya.. tapi aku kesian tengok mereka... orang kampung.. kerja kampung.. nak bagi anak2 makan.. anak2 nak sekolah... anak2 nak belajar... jadi guide gunung... bukan senang nak mendaki gunung.. tinggal anak isteri... kalau harga standard rm70 sehari... aku rasa tak berbaloi... bukan senang nak daki Tambuyukon ni... rm70 sehari pada aku memang tak padan dengan tenaga yang dikeluarkan dan tanggungjawab yang ditanggung. Aku bukan orang kaya nak bayar lebih2 sangat... tapi aku memang kesian pada mereka...

Dipendekkan cerita, aku jalan dulu.. menuju ke kem Kepuakan, lebih kurang 6km lagi... tinggalkan Lassius di kem kulat. Dia nak setting backpack nya semula, nampak macam berat sangat, mungkin dia akan tinggalkan barang2 yang dia rasa tidak perlu.. gantung dalam beg plastik di pondok kulat.

Aku trekking berseorangan... berbekalkan pengalaman pendakian2ku yang sudah, aku mengamat-amati trail tambuyukon yang kadang2 agak samar... tambahan pula dengan ada beberapa trail lama... hampir 1 jam trekking, aku sampai di Pondok Kera... waaahhhh... lebih kurang hampir 1 jam = 2km, satu perkembangan yang baik... kalau berterusan macam ni, insyaAllah aku boleh sampai Kem Musang sebelum maghrib...

Pondok Kera ni macam Pondok Kulat juga.. ada macam pondok rehat, kemudian ada tangki air yang mengandungi air bersih yang dialirkan dari sungai... jernih dan bersih airnya... ada tandas... aku rehat dalam 5 minit dan teruskan perjalanan... selepas ini Kem Wuluh... trail semakin samar... ada satu kawasan yang memang sangat mengelirukan... peluang untuk tersasar di kawasan ini adalah sangat tinggi.. namun syukur Alhamdulillah akhirnya aku sampai di Kem Wuluh... Tidak ada pondok di kawasan ini, tetapi masih ada tangki air bersih, ada petak kemsite...

Kem Wuluh
Aku ada lebih kurang 2km lagi untuk sampai ke kem Kepuakan... so far so good... 2km 1 jam. Bukan jalan mendatar tau... naik turun... naik turun.. naik turun...

Di Kem Wuluh ni ada sungai yang dinamakan sungai Wuluh. Menurut ceritanya, sungai Wuluh ni airnya tidak bagus untuk dibuat minum sebagai minuman harian. Ini adalah kerana air Sungai Wuluh ini mengandungi kandungan besi yang tinggi. Kalau nak minum puas2 boleh minum air di Sungai Kepuakan... minumlah sampai kering sungai tu pun tak mengapa.. :-D

Selesai mengambil gambar dan berehat seketika, aku teruskan lagi perjalanan ke Kem Kepuakan... korang pernah mendaki gunung kan.. biasalah.. macam2 yang aku tempuh... lintas sungai.. meniti atas kayu balak untuk menyeberang sungai.. naik turun bukit... dalam kepala otak aku ni tak de lain... kem musang.. kem musang.. kem musang... aku pun pelik... aku rasa macam ada paru-paru spare je masa pendakian ni... memang laa penat.. tapi aku dah tak fikir apa.. jalan terussss.... akhirnya, aku sampai di Kem Kepuakan... Alhamdulillah... aku sampai di sini tepat jam 3.50 minit petang... bermakna lebih kurang 3 jam 35 minit dari starting point... Waahhhh... kalau aku boleh henjut lagi 1 - 2 jam ke kem musang ni, mesti aku dah pecahkan record awang.... mereka pun buat 7 jam... macam tak percaya je....
Sungai Wuluh

Di kem Kepuakan, aku menunaikan solat, dan membentangkan ground sheet ku menunggu Lassius... aku mundar mandir di sekitar kem kepuakan, menikmati pemandangan semulajadi di sekelilingnya... bosan berjalan2 aku duduk semula... semangatku begitu membara untuk ke kem musang dengan segera... namun, oleh kerana dah berjanji dengan Lassius, maka aku terpaksa tunggu juga dia di sini... tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, dah lebih satu jam aku menunggu di kem kepuakan... ni tak boleh jadi ni... kalau macam ni sudah tentu aku akan sampai malam di kem musang....

Hati ku dah mula risau.. apa jadi dengan Lassius... dia injured ke... dia memang jalan perlahan ke.. dia sangat kepenatan ke.. dia pewai ke... takkan aku nak pergi rescue pulak... kemudian baru aku terfikir... ehhhh... siapa guide ni... aku guide ke, dia guide.... hehehe... ok..ok... rileksss... aku bercadang nak susun batu2 kecil nak bentuk tulisan yang menyatakan aku dah bergerak ke kem musang... aku tak nak sampai malam... setidak2nya, kalau Lassius sampai lambat pun kalau dia baca mesej batu2 yang aku susun tu, takde laa dia risau...

Baru je aku nak bangun nak kutip batu2 kecil, tiba2 kelihatan susuk tubuh Lassius dari jauh... aku melambai2 kan tangan kepadanya... lega rasa hati... masih sempat lagi ni... jam dah menunjukkan hampir jam 5.20 petang...Rupa2nya Lassius mengalami kekejangan otot... dia terpaksa memperlahankan pendakiannya... takpe Lassius.. aku faham... aku tak kan paksa kau... kau kena ikut rentak pendakian kau sendiri.. jangan ikut aku.. aku otai... kuang..kuang..kuang... ("otai" tu aku tipu je.. aku tak cakap macam tu)...
Kami meneruskan pendakian, kali ni aku kena buka kasut, nak kena redah sungai kepuakan.. tak laa besar dan dalam mana sungai tu... tapi memang kena buka kasut kalau tak nak kasut basah...

Sekali lagi aku mendahului di depan (tanpa rasa riya' dan bangga), kali ni aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena... pendakian dari kem kepuakan ke kem musang lebih mencabar dari tadi... pacak..pacak..pacak dan terus pacak... bila nak habis pacak ni... susuk tubuh Lassius sudah tidak kelihatan... bunyi tapak kaki dia pun dah tak kedengaran... aku dah tak fikir apa dah... matlamat aku seboleh2nya tak nak sampai Kem Musang waktu malam... waktu Maghrib masuk dalam jam 6.30 petang... aku paling malas nak ambik headlamp dalam beg... walhal bukan susah benar pun... aku sanggup lagi mendaki dalam gelap dari ambil headlamp dalam beg...
Menurut Lassius, nanti aku akan bertemu dengan satu simpang yang ada papan tanda menunjukkan arah substation serinsim, iaitu trail yang menuju ke arah Gunung Nambuyukong... Bukan Tambuyukon tau...

Jadi aku hanya perlu terus sahaja, jangan belok ke kanan... Aku sampai di simpang tersebut lebih kurang jam 6.20 petang... hari dah hampir gelap... aku mempercepatkan langkahku... tiba2 kelihatan papan tanda yang menunjukkan KM10.... waaahhh.. dah 10km aku trekking... mana kem musang ni... mana kem musang ni.. bisik hatiku... aku berjalan lagi.. turun naik bukit... turun naik bukit... akhirnya, aku sampai di Kem Musang tepat jam 6.50 petang... kira dah agak gelap laa tu... aku pun pasang khemah ultralight ku... kali ni aku bawa khemah Big Agnes Flycreek... kenapa pasang khemah pula? kenapa tak pakai flysheet je? aku lupa nak cerita dari awal tadi... Gunung Tambuyukon ni memang terkenal dengan populasi pacat yang agak meriah.. Dari starting point sampai lah ke Kem Musang ni (5,000kaki dari paras laut) masih ada pacat yang mencuba nasib untuk menghirup darah pendaki... cuma kali ni nasib aku agak baik... pacat agak kurang... mungkin musim kering... atau mungkin mereka dah kenyang hisap darah geng2 amri wildjunction beberapa hari lepas... kih..kih..kih...

Oleh kerana aku tak nak biarkan diriku di"seram"kan oleh pacat, maka aku akan tidur dalam khemah, tak sanggup laa aku kalau2 tengah baring2.. tengah2 tidur tiba2 pacat masuk dalam sleeping bag... atau masuk dalam telinga.. fuhhhhh.. serammmm...
Big Agnes FlyCreek
Aku dah siap pasang khemah... dah siap berkemas... aku dah duduk dalam khemah pun... Lassius tak sampai2 lagi... hari dah gelap... sunyi betul kat sini... memang laa sunyi.. dalam hutan... :-D

Lebih kurang 45 minit berlalu akhirnya Lassius pun tiba... syukur ke hadrat Allah... dengan izin dan limpah kurniaNya, sampai juga kami di Kem Musang... berjaya juga kami untuk bermalam di sini... walaupun ikut hukum akal macam mustahil je... total masa trekking yang aku ambil untuk ke Kem Musang ialah 5 jam... Awang... aku dah pecahkan record kau dengan tidak sengaja.... ni semua lambat dapat guide punya pasal...
Ok.. dipendekkan cerita, kat Kem Musang ni ada water point.. kena jalan lebih kurang dalam 5-7 minit... air nya mengalir kecil, tetapi memang cukup kalau nak mandi (kena tadah laa)... apatah lagi nak buat minum.. nak buat memasak memang cukup....

Malam tu kami tidur awal... Lassius awal2 lagi tak sedar yang dirinya dah tertidur... lepas makan ubat untuk muscle yang aku bagi padanya, lepas dia makan terus senyap sunyi dalam khemahnya... dia dah tertidur...

Aku merendahkan semula frequensi adrenaline ku supaya segala enjin2 organ dan urat sarafku lebih tenang dan aku boleh tidur. Kami dah janji nak start trekking ke puncak Tambuyukon esok seawal jam 3 pagi. Kalau boleh nak tengok matahari terbit sewaktu di puncak gunung.. insyaAllah...

Bersambung...

Monday 10 March 2014

Part 2 - Pendakian Gunung Trusmadi (Melalui Kg Sinua) - Gunung Kedua tertinggi di Malaysia (2 & 3 Mac 2014)

Kelihatan puncak gunung Kinabalu dari Gunung TrusMadi
Sambungan dari Part 1.....  Malam itu aku tidur awal... seawal jam 8.30 malam... Masih kedengaran suara wak dan kawan2 yang lain bermain teka-teki sambil ketawa terbahak-bahak... Aku tersenyum sendirian didalam khemah ultralight ku ini...

Entah mengapa sukar pula aku melelapkan mata malam ini... esok awal2 pagi nak mendaki ke puncak... dalam sedar tak sedar tiba2 kedengaran bunyi jam loceng, mengejutkan aku.. Sudah pukul 1.15 pagi. Aku bergegas bangun dan bersiap-siap.

Tepat jam 2.15 pagi, setelah taklimat ringkas diberikan oleh guide, kami memulakan pendakian, perlahan-lahan.

Pendakian ke puncak didalam gelap gelita itu hanya ditemani oleh lampu-lampu headlamp. Aku rasa mengantuk sangat2... Asal guide berhenti menunggu orang belakang, aku akan mengambil kesempatan itu untuk duduk dan memejamkan mata.

Pendakian kurasakan begitu sukar... aku mengantuk... mengantuk dan mengantuk... kelihatan pokok-pokok didepan berbayang-bayang... rasa macam nak pitam pun ada...

Setelah agak jauh kedepan, guide menyarankan kami berhenti rehat untuk menunggu kawan2 di belakang. Aku tidak membuang masa terus duduk, kulekapkan muka pada lutut, aku pejamkan mata dan tidur. Agak-agak dalam 10 minit juga aku dapat lelapkan mata. Rupa-rupanya kawan2 yang berehat bersama aku semuanya tidur juga... Setelah kawan2 dibelakang agak hampir dengan kami, guide mengajak kami semua meneruskan pendakian ke puncak. Kali ini, aku rasakan lebih segar, maklumlah dapat tidur 10 minit atas trail... :-)
Puncak Gunung Kinabalu dari Puncak Gunung TrusMadi
Subuh menjelang tiba, aku berhenti sebentar di trail untuk menunaikan solat subuh, ketika ini aku sudah berseorangan, ada yang sudah kedepan, dan ada yang masih di belakang. Selesai solat aku teruskan perjalanan. Setapak demi setapak...  pancaran sinar matahari mula kelihatan menembusi di celah-celah daun pokok. Warnanya kuning keemasan.

Lebih kurang 300 meter sebelum sampai ke puncak, ada satu kawasan yang dipenuhi pokok-pokok yang rendah, dari tepi tebing permatang kelihatan jelas Gunung Kinabalu. Aku teringatkan kawan-kawan Geng Aura Gunung, yang ketika ini juga sedang menuju ke puncak Gunung Kinabalu dari tempat penginapan mereka di Gunting Lagadan. Adakah mereka semua dah sampai ke puncak? Wallahu'aq'lam.

Setelah puas mengambil beberapa keping gambar, aku teruskan perjalanan ke puncak, ketika ini, hari telah terang. Di sepanjang perjalanan menghampiri puncak kelihatan banyak pokok-pokok periuk kera yang berlainan rupa dari pelbagai spesis.

Akhirnya, aku sampai ke Puncak Gunung Trusmadi, Gunung yang kedua tertinggi di Malaysia. Aku menarik nafas lega. Penat sungguh ku rasakan... adakah kerana tak cukup tidur... atau memang pendakian ini agak sukar...

Entahlah... Aku mula terfikir, mampukah aku meneruskan misi pendakian solo ku, mendaki Gunung Tambuyukon setelah turun dari Gunung TrusMadi ini? Biarlah... yang penting selepas ini, aku nak turun ke starting point dulu. Harap-harap esok hilang lah serik penat pendakian TrusMadi ini.. :-)


Setelah bergambar dan berehat hampir satu jam, aku turun semula menuju ke kem 2, mengikut kata guide, jika sesiapa yang sudah siap awal, boleh lah terus turun ke starting point. Turun dari puncak, aku mengamati sungguh2 pemandangan di sekitar, bukit bukau.. tumbuh-tumbuhan... langit yang membiru... aku leka mengambil gambar... beberapa orang kawan-kawan yang lain memintas, dan aku biarkan sahaja kerana aku nak ambil gambar puas2. Entahkan bila aku akan datang ke sini lagi.

Beirut di puncak gunung
 Selesai bergambar, aku teruskan perjalanan, dan aku sampai semula di "kem 2" lebih kurang jam 12.10 tengahari. Aku mengemaskan khemah dan peralatan2 pendakian, setelah selesai makan tengahari aku turun dahulu bersama beberapa orang kawan-kawan yang lain.

Kumpulan yang pertama sampai semula di starting point lebih kurang jam 6.10 petang. Dan aku berjaya menjadi orang yang pertama masuk ke bilik air dan mandi.. :-)

Malam ini, kami akan tidur di sini. Awal pagi esok aku akan menaiki van ke Pekan Keningau dan seterusnya ke daerah Ranau, menuju ke Kinabalu Park, mendaftarkan diri untuk pendakian Gunung Tambuyukon pula pada 5 Mac. Manakala kawan2 MPSJ yang lain akan ke Kota Kinabalu untuk bermalam di hotel dan seterusnya pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang seterusnya.
..... Bersambung di kisah Pendakian Gunung Tambuyukon, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia....











Pendakian Gunung Trusmadi (Melalui Kg Sinua) - Gunung Kedua tertinggi di Malaysia (2 & 3 Mac 2014) - Part 1

Di Puncak Gunung TrusMadi
Begitu cepat masa berlalu... Betapa sisa-sisa umur ini semakin menuju kepada Penciptanya... Entahkan bila... esok.. lusa.. tidak ketahuan... yang pastinya, dunia ini hanyalah persinggahan...

Gunung Benom... Rajah... Tahan... Telapak Buruk.... Liang-Tumang Batak dan Semangkok bersama G.A.G... Gunung Suku.. Yellow-Pass... Mulu... Pinnacle... terlalu banyak lagi yang belum aku kisahkan di blog ini... banyak lagi yang ingin aku kongsikan cerita-cerita pendakianku.... Namun apakan daya, keterhadan masa dan kemampuan diri,  menangguhkan perkongsian kisah2 pendakianku di blog ini, apatah lagi sambungan2 kisah yang tergantung tidak bertali kerna tidak sempat aku sudahkan...

Malam semalam, aku baru pulang dari Sabah, dalam menyempurnakan Misi Pendakian Gunung Trusmadi, melalui trail Kampung Sinua. Ianya adalah gunung yang kedua tertinggi di Malaysia. Dan... sejurus turun dari Gunung Trusmadi, aku terus menuju ke Kampung Monggis untuk Misi Solo ku pula, mendaki Gunung Tambuyukon, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia.

Pendakian Gunung Trusmadi aku jayakan bersama pendaki-pendaki Gunung dari MPSJ, dengan dikelolakan oleh Kak Ana, wartawan dari utusan, pendakian ini berjaya disudahkan dalam tempoh 2 hari 1 malam. Dikatakan, Puncak Gunung TrusMadi ini dapat dilalui melalui tiga denai. 1. Melalui Tambunan, 2. Melalui Kg Sinua, 3. Melalui Apin-apin Keningau. Dan menurut kata penunjuk arah gunung, laluan denai Gunung Trusmadi melalui Kg Sinua adalah laluan yang paling sukar diantara ketiga2 laluan tersebut. Kebanyakan pendaki yang mendaki Trusmadi ini akan mengambil masa 3 hari 2 malam, manakala kami sepakat bersetuju untuk melakukannya dalam tempoh 2 hari 1 malam.

Pertemuan kali pertama di Terminal 1, Lapangan Terbang di Kota Kinabalu memberikan aku beberapa kejutan yang tidak disangka. Ada beberapa orang pendaki yang turut serta dalam misi ini, rupanya pernah bertemu dengan ku sebelum ini untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan beberapa masalah. Kali ini, kami bersama dalam satu pasukan untuk mendaki Gunung Trusmadi.

Pada tarikh yang sama ini juga, sahabat2 pendaki dari Geng Aura Gunung seramai hampir 40 orang menuju ke Kinabalu Park untuk menyempurnakan Misi Pendakian Gunung Kinabalu yang dikelolakan oleh En Ariff, admin di Geng Aura Gunung. Dengan tidak terduga, aku bertembung dengannya di Terminal 1 ini, sebelum kami berpisah menuju ke destinasi misi masing2. Bermakna, dalam bulan ini, Geng Aura Gunung berjaya menjejakkan kaki di Puncak Gunung Yang Pertama, Kedua dan Ketiga tertinggi di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi dan Gunung Tambuyukon. Tahniah Geng Aura Gunung.
Bertemu Ariff di Terminal 1 Airport, K.K.

 Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kampung Sinua terasa begitu jauh, seingat aku kami bertolak dari lapangan terbang dalam jam 11.45 pagi dan kami sampai di Kampung Sinua dalam jam 6.15 petang.

Kelihatan pembinaan lebuhraya sedang dijalankan di kawasan yang berdekatan, asbab dari itu, laluan masuk ke kampung Sinua tidak lagi mewajibkan kenderaan 4wd. Van yang kami naiki pun sudah cukup berjaya meredah jalan tanah merah yang tidak rata untuk ke Rumah Penginapan kami pada malam pertama itu. Jangankan Van, kereta kelisa "Wak" (macik susanti) pun dengan selambanya meredah jalan tanah-tanah yang tidak rata itu.
Van masuk laluan berlumpur, terpaksa di tolak

Rumah penginapan yang sederhana besar itu mampu memuatkan kami seramai lebih kurang 20 orang, dilengkapi pula dengan dapur, peralatan memasak. Agak selesa sebagai rumah rehat untuk misi pendakian yang sebegini.

Malam itu kami bersiap2, packing barang untuk pendakian esok. Dijangka kami akan memulakan pendakian seawal jam 7.30 pagi.
Yang duduk tu namanya"Wak", penghibur dikala "pewai"

Diawal pagi keesokan harinya, masing-masing bersiap sedia dengan beg galas dan peralatan pendakian. Turut serta bersama kami, Beberapa orang "guide" dan "porter".

Pada hari biasa apabila tiada pendaki yang datang mendaki, mereka bekerja sebagai pesawah, iaitu menanam padi. Kalau dilihat dari pandangan zahir, susuk tubuh mereka tidak lah sebesar mana, tetapi mereka mampu memikul barang2 pendaki yang berat nya lebih 30kg menuju ke kemsite (rasa2nya lebih kurang 8-9km dari starting point).
Baru sampai...

Dipendekkan cerita, setelah selesai taklimat ringkas, senaman regangan ringkas, bacaan doa, kami pun memulakan perjalanan / pendakian.

Seperti biasa, aku berada di barisan hadapan... bukan apa.. nak teman kan guide.. takut guide pewai.. (kononnya laa...)

 Perkara pertama yang kami lalui ialah, pemandangan sawah padi di kiri dan kanan.
Makan malam

Sehinggalah kami bertemu dengan "Trail Entrance" yang sebenar... waahhh... kena cross sungai ni... untuk mengelakkan kasut basah, terpaksalah aku buka kasut dan setokin.
Porter... bersiap2 packing barang

Ada dua sungai yang perlu dilintasi, yang mana tidak dapat tidak, perlu juga kita buka kasut jika tidak mahu kasut basah.

Buat permulaan, kita akan menempuh trail balak yang lama... ada banyak pacat...apaaaaaa????? pacatttt???? :-) Nasib baik sekarang musim kering, jadi pacat2 tersebut tidaklah seganas macam hari2 biasa...

Dipendekkan cerita, setelah beberapa jam menempuh trail balak, akhirnya kami memasuki "pintu rimba sebenar"... keadaan hutan berubah secara drastik, pokok2 dilitupi lumut2 tebal yang kita kenali sebagai mossy forest.


Penanaman padi di Kampung Sinua
Rumah penginapan kami di Kampung Sinua
Mode pendakian juga berubah sedikit, lebih pacak dan curam dari trail balak tadi, menyebabkan adakalanya kita perlu berpaut pada akar2 kayu.

Lebih kurang satu jam meredah mossy forest, akhirnya kami tiba di satu kawasan lapang berbatuan. Itulah "Kem 2", kemsite kami untuk malam ini. Rupa2nya pihak guide di Kg Sinua telah menyiapkan "khemah" yang selesa yang boleh memuatkan kira-kira 16 orang, lengkap dengan "katil".

Beberapa orang pendaki lain yang membawa khemah memasang khemah sendiri, manakalah aku pula memasang "Khemah Ultralight" DIY.. Fly sheet yang telah diubah suai agar boleh ditutup seperti khemah.

Ada sumber air lebih kurang 800 meter dari kemsite. Oleh kerana kami dah upah porter, maka menjadi tugas mereka membantu mengambil air tersebut untuk kegunaan kami.

InsyaAllah, kami akan bangun tidur seawal 1.30 pagi untuk memulakan pendakian ke puncak gunung pada jam 2.00 pagi esok. Bersambung...

Bersiap sedia untuk memulakan pendakian
Sessi taklimat














Berbaris....Sedia..!!!! :-)

Guide merangkap porter





















Trail Entrance... pendakian bermula..

Perkara pertama... melintas sungai... :-)












Inilah hasil kreativiti "Khemah ultralight"

suasana di kemsite

"khemah" yang telah disediakan pihak guide
siap ada katil

memasak untuk makan malam

makan malam

pemandangan dari tepi permatang

Gaya nak bagi orang jeles.. :-)