Monday 18 February 2013

Menggapai Puncak-Puncak Gunung G7...


Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi Allah s.w.t, Dialah Yang Awal dan Dialah Yang Akhir, Dialah Yang Zahir dan Dialah Yang Batin.

Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!  Allahuakhbar!!! Allah Maha Besar, tiada Ia ditakluki oleh ruang dan waktu, tiada dapat  Ia dihadkan oleh akal pemikiran, dan apabila ilmu pengetahuan hendak mencapai dan menerangkan keadaanNya, maka hancur dan luluhlah ilmu itu. Mencair lah ia (ilmu) dalam keadaan ketidak tahuan…. Laista kamistlihi syai’un… tidak serupa dengan sesuatu…
Tiada Ia dapat dicapai oleh apapun kerana Dialah Yang Teratas tanpa arah, Dialah Yang Awal tanpa Masa, Dialah Yang Akhir tanpa kesudahan, Dialah Yang Zahir tanpa bentuk, dan Dialah Yang Batin tanpa keghaiban.
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan, Rahmatan lil ‘alamin, Sumber Cahaya di alam wujud, kekuatan pasak alam semesta, Penyeri segala nikmat dan barakah, Kecintaan dan Kerinduan Ahliullah, Syufaat yang diharap2kan… Baginda Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua sahabat2 khususnya warga Geng Aura Gunung, moga kita semua sentiasa didalam petunjuk dan hidayahNya pada setiap zarah titisan umur yang telah berlalu, yang sedang dilalui mahupun yang bakal akan kita tempuhi nanti.
Maafkan bahasa puitis dan titipan tinta perasaan kali ini, kerna ia perlu diteliti dengan cahaya akal yang memahami.. InsyaAllah…
Bila difikir2kan sendirian, serasa diri yang kerdil ini belum setahun jagung pun menyelami dan menghayati pengajaran2 didalam aktiviti pergunungan. Sejujurnya, terlalu banyak lagi perkara2 yang perlu dipelajari dan diperbaiki dalam aktiviti outdoor ini.

Jika diimbas kembali sebelum terzahirnya Group Geng Aura Gunung, kerap kali terilham didalam renungan basyirah, betapa sisa2 usia ini perlu saya penuhi dengan menghayati nikmat2 Kebesaran Allah di sebalik ciptaan2Nya di alam mulki ini. Penghayatan dengan penuh rasa takjub dan insaf. Rasa yang menjadi rahsia antara diri insan dan Robb-nya…
Mungkin asbab dari pancaran gelombang rasa yang melimpah ke ruang kosmos pemikiran sahabat2 dan setiap zarah kewujudan, tarikan takdir kearah tertubuhnya Geng Aura Gunung tidak dapat dibendung lagi. Umpama terkena renjatan nikmat alam semesta yang mengalir pada setiap darah dan nadi, diri ini bagaikan taksub dan terus menggila dengan dunia pergunungan.
Bermula dari pengetahuan yang “adum” atau kosong, diri ini dan rakan2 seperjuangan mengorak langkah demi langkah, pendakian demi pendakian, pelajaran demi pelajaran, yang membentuk keperibadian diri, mengasah dan membentuk jiwa2 lompong agar lebih teguh dan padat dengan hiasan sifat2 akhlak mahmudah.

Apa perlunya jerih payah memikul beban pendakian? Apa perlunya menempuh kedinginan melampau nafas (suhu) pergunungan? Apa perlunya comot tanah, lopak dan lumpur? Apa perlunya menempa calar balar luka ditubuh muhaddas (sifat makhluk) ini?...

Suka duka dan titis airmata perasaan, mengajar diri2 pendaki ini agar lebih kental dan kuat serta insaf akan kekerdilan diri ini dihadapan unsur2 tanah, air, api dan angin. Siapa lah kita dihadapan kuasa alam?

Alam semesta ini umpama tinta yang membentuk huruf2 perkhabaran rahsia ketuhanan, dari sekecil2 zarah sehinggalah ke sebesar2 penciptaan. Keunikan angka TUJUH tidaklah asing bagi mereka yang mahu memikirkan tanda2 Kebesaran Tuhannya..

7 petala langit, 7 petala bumi, 7 benua, 7 lautan, 7 warna pelangi, 7 pusingan tawaf, 7 kali sai'e, 7 syurga, 7 neraka, 7 anggota sujud, 7 ayat dalam surah Al-Fatihah, 7 Huruf dalam Bismillah, 7 peringkat alam insan... dan banyak lagi…

Atas dasar “rahsa” rahsia tujuh puncak gunung yang digelar G7, iaitu tujuh Gunung yang memiliki ketinggian lebih 7000 kaki di Semenanjung Malaysia, maka misi penaklukannya  saya atur, langkah demi langkah.
Pencapaian Puncak Gunung ;

G7 yang pertama – Gunung Yong Yap (7,110 kaki) – Ogos 2012

G7 yang kedua – Gunung Chamah (7,123 kaki) – December 2012

G7 yang ketiga – Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki) – December 2012

G7 yang keempat – Gunung Tahan (7,174 kaki) – Januari 2013

G7 yang kelima – Gunung Korbu (7,162 kaki) - Februari 2013

G7 yang keenam – Gunung Gayong (7,129 kaki) – Februari 2013

G7 yang ketujuh – Gunung Yong Belar (7,156 kaki) – Februari 2013

Tanggal 15 Feb 2013, jam 7.45pm, diri yang kerdil ini berjaya menamatkan misi menggapai puncak gunung G7 yang terakhir. Pengalaman yang unik dalam kurniaan ilahi, kesendirian dan keseorangan dalam bermalam di Puncak Gunung Yong Belar… Pengalaman Grad G7 yang benar2 indah dan bermakna. Saya yakin dan percaya, kejadian itu semua telah ditakdirkan Allah untuk saya bermalam semalaman berseorangan di Puncak Gunung Yong Belar yang sunyi dan indah dengan tasbih2 alam.
Apakah ceritera2 perjalanan pendakian dan penaklukan puncak2 gunung ini bertujuan menzahirkan bibit2 keangkuhan dan menonjolkan kekuatan diri ? Tidak… tidak sama sekali… hanyasanya sekadar berkongsi kisah2 nikmat keAgungan Allah di sebalik suka duka dan jerih payah pendakian…
Terima kasih kepada sahabat2 pergunungan yang banyak memberi tunjuk ajar, membantu dan memberi sokongan kepada diri ini.

Puncak2 gunung hanyalah titik2 destinasi, pengalaman didalam perjalanan dan pendakian adalah nota2 kehidupan yang sangat bermakna.

Perjuangan penaklukan puncak gunung ini masih jauh, moga2 Allah mempermudahkan segala urusan, memakbulkan segala hajat dan impian. Amin.. Ya Wajhal Karim…
Gunung Chamah

Gunung Tahan

Gunung Korbu
Gunung Gayong
Gunung Ulu Sepat
Gunung Yong Yap


Wednesday 6 February 2013

Kasut Hiking Untuk Hutan Khatulistiwa Di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim… Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua warga Geng Aura Gunung. Ni saya nak cerita sedikit berkenaan dengan kasut hiking saya, Brooks Cascadia 7.
Sebenarnya kasut ini dikenali sebagai kasut “trail running”, yakni kasut yang sesuai digunakan untuk larian di trek2 yang tidak rata, berlumpur, hutan, berbatu2 , sungai dan sebagainya. Jika tuan2 baca review di internet berkenaan dengan kasut ini, kebanyakan komen2 pengguna adalah sangat positif dan meyakinkan.
Brooks Cascadia 7 sangat popular bagi ahli2 sukan di barat. Dan, saya sendiri memilih untuk membeli kasut ini setelah saya direkomenkan oleh sekumpulan sahabat2 pendaki gunung dan setelah berbulan2  membuat kajian berkenaan dengan kasut yang sesuai untuk digunakan di Hutan Hujan Khatulistiwa seperti Malaysia ini dalam aktiviti trekking, mendaki gunung dan lain2 aktiviti outdoor.

Puas saya mencari di sekitar Kuala Lumpur size kasut yang sesuai dengan saya, hampir2 saya berputus asa akhirnya saya bertemu jodoh membeli kasut tersebut di Jusco Taman Maluri, Cheras. Itupun warna pilihan saya tiada stok, saya pilih je laa warna apa2 yang ada. Akhirnya saya dapat warna hijau kuning… J
Kasut Brooks Cascadia 7 ini secara rasminya saya gunakan ketika program mendaki Gunung Tahan melalui Merapoh – Kuala Tahan pada akhir Januari yang lalu. Ternyata prestasi kasut ini tidak menghampakan saya, perlindungannya terhadap kaki terutamanya bahagian jari2 kaki dan tapak kaki sangat bagus, saya melanyak kasut ini secukup2nya dengan melalui pelbagai permukaan trek, dari trek yang berbatu2 tajam, berlopak, berlumpur, meredah sungai, hujan, meniti diatas akar2 kayu dan macam2 lagi.

Kalau nak diikutkan hukum akal, harus hancur kasut ni… Namun ianya tidak berlaku. Cuma kasut ini agak licin apabila melalui trek2 batu berlumut dan akar2 kayu yang licin. Beberapa kali saya tergelincir di sepanjang pendakian, namun tapaknya seolah2 sedaya upaya akan cuba mencengkam permukaan2 trek seboleh mungkin. Jika nak diumpamakan dengan sistem brek kereta, umpamalah ia seperti sistem ABS… J

Cerita saya kali ini bukanlah untuk memberi review berkenaan dengan kasut tersebut, tetapi ada cerita yang lebih menarik di sebaliknya.

Sekembalinya saya dari trip mendaki Gunung Tahan, saya mencuci kasut tersebut, namun apakan daya, lumpur2 di trek Gunung Tahan lebih “angker”, menyebabkan kesan2 lumpur pada kasut tidak dapat dibersihkan 100%. Dalam erti kata lain, kasut saya sudah comot. Tak mengapa laa.. saya redha.. nama pun kasut “trail running”, kalau nak berkilat beli kasut pejabat laa kan..kan..kan..

Dua minggu selepas saya balik dari Gunung Tahan, saya akan menyertai program mendaki pergunungan Banjaran Titiwangsa pula yang dikenali sebagai Trans V2. Sewaktu saya berkemas2 untuk menyiapkan barang2 ke Trans V2, saya membelek2 kasut Brooks Cascadia 7 saya.
Tiba2…. Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!!... di bahagian hujung kasut tersebut, kelihatan tanda2 seperti gam telah tertanggal.. dan ada sedikit ruang lompong di bahagian hujung kasut tersebut.. walaupun sedikit, ianya amat merisaukan saya, kerana trip Trans V2 selama 8 hari ini memerlukan peralatan yang lengkap, saya tidak sanggup mengambil risiko kasut terkoyak sewaktu pendakian nanti…
Apa lagi, dengan semangat Rambo yang membara2 untuk membuat komplen, saya bersiap2 menuju ke Jusco Taman Maluri, Cheras dan terus menuju ke bahagian kasut2 sukan.
Dipendekkan cerita, setelah bertarung mulut dan mengeluarkan skill2 ayat power saya, akhirnya mereka bersetuju nak tukarkan kasut tersebut dengan yang baru. Namun, nasib tidak menyebelahi saya, size pulak takde. Pada mulanya wakil kasut Brooks di situ mengatakan stok hanya ada selepas Tahun Baru Cina, setelah di “ayat” oleh “Rambo” akhirnya dia bersetuju dan berjanji untuk menghubungi saya semula esok.

“Esok???? Kenapa bukan hari ni? Kenapa bukan sekarang? Hanya dengan satu panggilan telefon perkara boleh selesai”, rungut saya didalam hati. Namun saya beri peluang kepada wakil penjual tersebut walaupun “scanner” saya menunjukkan penanda aras merah, menandakan kemungkinan wakil penjual tersebut nak “buying time” dan nak lepas tangan..
Ok..tak pe.. tengok Rambo bertindak.. Saya balik rumah dulu, saya dapatkan info dimana outlet Brooks yang masih ada stok size kasut saya. Dan saya juga berjaya mendapatkan nombor telefon Pengurus Wakil pengedar kasut Brooks di Malaysia.

Hanya dengan menggunakan ayat2 simple, dia bersetuju untuk menggantikan kasut Brooks saya dan saya akan mendapatkannya pada petang ini juga.
Syukur Alhamdulillah, tepat jam 3.30 petang tadi saya dah dapat gantian kasut yang baru. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada staff AEON Jusco Taman Maluri dan kepada Mr Patrick, Pengurus Brooks yang mengendalikan masalah ini.
Besar sangat ke gam yang terbukak pada kasut tu?? Tak laa, sikit jer… tapi kata kasut international, so.. apadehal… Yang penting saya tak mau ada risiko masalah kasut dalam trip Trans V2 nanti...  J