Bismillahirrahmanirrahim. Segala Puji Bagi Allah s.w.t, Dialah Yang Awal dan Dialah Yang Akhir, Dialah Yang Zahir dan Dialah Yang Batin.
Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allah Maha Besar, tiada Ia
ditakluki oleh ruang dan waktu, tiada dapat Ia dihadkan oleh akal pemikiran, dan apabila
ilmu pengetahuan hendak mencapai dan menerangkan keadaanNya, maka hancur dan
luluhlah ilmu itu. Mencair lah ia (ilmu) dalam keadaan ketidak tahuan…. Laista
kamistlihi syai’un… tidak serupa dengan sesuatu…
Tiada Ia dapat dicapai oleh apapun kerana Dialah Yang Teratas
tanpa arah, Dialah Yang Awal tanpa Masa, Dialah Yang Akhir tanpa kesudahan, Dialah
Yang Zahir tanpa bentuk, dan Dialah Yang Batin tanpa keghaiban.
Selawat dan Salam keatas Nabi Junjungan, Rahmatan lil ‘alamin,
Sumber Cahaya di alam wujud, kekuatan pasak alam semesta, Penyeri segala nikmat
dan barakah, Kecintaan dan Kerinduan Ahliullah, Syufaat yang diharap2kan… Baginda
Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua
sahabat2 khususnya warga Geng Aura Gunung, moga kita semua sentiasa didalam
petunjuk dan hidayahNya pada setiap zarah titisan umur yang telah berlalu, yang
sedang dilalui mahupun yang bakal akan kita tempuhi nanti.
Maafkan bahasa puitis dan titipan tinta perasaan kali ini,
kerna ia perlu diteliti dengan cahaya akal yang memahami.. InsyaAllah…
Bila difikir2kan sendirian, serasa diri yang kerdil ini
belum setahun jagung pun menyelami dan menghayati pengajaran2 didalam aktiviti
pergunungan. Sejujurnya, terlalu banyak lagi perkara2 yang perlu dipelajari dan
diperbaiki dalam aktiviti outdoor ini.
Jika diimbas kembali sebelum terzahirnya Group Geng Aura Gunung,
kerap kali terilham didalam renungan basyirah, betapa sisa2 usia ini perlu saya
penuhi dengan menghayati nikmat2 Kebesaran Allah di sebalik ciptaan2Nya di alam
mulki ini. Penghayatan dengan penuh rasa takjub dan insaf. Rasa yang menjadi
rahsia antara diri insan dan Robb-nya…
Mungkin asbab dari pancaran gelombang rasa yang melimpah ke
ruang kosmos pemikiran sahabat2 dan setiap zarah kewujudan, tarikan takdir
kearah tertubuhnya Geng Aura Gunung tidak dapat dibendung lagi. Umpama terkena
renjatan nikmat alam semesta yang mengalir pada setiap darah dan nadi, diri ini
bagaikan taksub dan terus menggila dengan dunia pergunungan.
Bermula dari pengetahuan yang “adum” atau kosong, diri ini
dan rakan2 seperjuangan mengorak langkah demi langkah, pendakian demi pendakian,
pelajaran demi pelajaran, yang membentuk keperibadian diri, mengasah dan
membentuk jiwa2 lompong agar lebih teguh dan padat dengan hiasan sifat2 akhlak mahmudah.Apa perlunya jerih payah memikul beban pendakian? Apa perlunya menempuh kedinginan melampau nafas (suhu) pergunungan? Apa perlunya comot tanah, lopak dan lumpur? Apa perlunya menempa calar balar luka ditubuh muhaddas (sifat makhluk) ini?...
Suka duka dan titis airmata perasaan, mengajar diri2 pendaki ini agar lebih kental dan kuat serta insaf akan kekerdilan diri ini dihadapan unsur2 tanah, air, api dan angin. Siapa lah kita dihadapan kuasa alam?
Alam semesta ini umpama tinta yang membentuk huruf2 perkhabaran rahsia ketuhanan, dari sekecil2 zarah sehinggalah ke sebesar2 penciptaan. Keunikan angka TUJUH tidaklah asing bagi mereka yang mahu memikirkan tanda2 Kebesaran Tuhannya..
7 petala langit, 7 petala bumi, 7 benua, 7 lautan, 7 warna pelangi, 7 pusingan tawaf, 7 kali sai'e, 7 syurga, 7 neraka, 7 anggota sujud, 7 ayat dalam surah Al-Fatihah, 7 Huruf dalam Bismillah, 7 peringkat alam insan... dan banyak lagi…
Atas dasar “rahsa” rahsia tujuh puncak gunung yang digelar
G7, iaitu tujuh Gunung yang memiliki ketinggian lebih 7000 kaki di Semenanjung
Malaysia, maka misi penaklukannya saya atur,
langkah demi langkah.
Pencapaian Puncak Gunung ;
G7 yang pertama – Gunung Yong Yap (7,110 kaki) – Ogos 2012
G7 yang kedua – Gunung Chamah (7,123 kaki) – December 2012
G7 yang ketiga – Gunung Ulu Sepat (7,089 kaki) – December 2012
G7 yang keempat – Gunung Tahan (7,174 kaki) – Januari 2013
G7 yang kelima – Gunung Korbu (7,162 kaki) - Februari 2013
G7 yang keenam – Gunung Gayong (7,129 kaki) – Februari 2013
G7 yang ketujuh – Gunung Yong Belar (7,156 kaki) – Februari 2013
Tanggal 15 Feb 2013, jam 7.45pm, diri yang kerdil ini
berjaya menamatkan misi menggapai puncak gunung G7 yang terakhir. Pengalaman yang unik dalam
kurniaan ilahi, kesendirian dan keseorangan dalam bermalam di Puncak Gunung Yong
Belar… Pengalaman Grad G7 yang benar2 indah dan bermakna. Saya yakin dan
percaya, kejadian itu semua telah ditakdirkan Allah untuk saya bermalam semalaman
berseorangan di Puncak Gunung Yong Belar yang sunyi dan indah dengan tasbih2
alam.
Apakah ceritera2 perjalanan pendakian dan penaklukan puncak2
gunung ini bertujuan menzahirkan bibit2 keangkuhan dan menonjolkan kekuatan
diri ? Tidak… tidak sama sekali… hanyasanya sekadar berkongsi kisah2 nikmat
keAgungan Allah di sebalik suka duka dan jerih payah pendakian…Terima kasih kepada sahabat2 pergunungan yang banyak memberi tunjuk ajar, membantu dan memberi sokongan kepada diri ini.
Puncak2 gunung hanyalah titik2 destinasi, pengalaman didalam
perjalanan dan pendakian adalah nota2 kehidupan yang sangat bermakna.
Perjuangan penaklukan puncak gunung ini masih jauh, moga2 Allah mempermudahkan segala urusan, memakbulkan segala hajat dan impian. Amin.. Ya Wajhal Karim…
Gunung Chamah |
Gunung Tahan |
Gunung Korbu |
Gunung Gayong |
Gunung Ulu Sepat |
Gunung Yong Yap |