Thursday, 23 April 2015

Pendaki Gunung Merana Diganggu Hantu Jerangkung Kerana Buang Sampah Di Hutan


Isu pendaki gunung / penggemar aktiviti rekreasi yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di hutan ni dah lama diperkatakan..

Dah berbuih mulut pendaki2 gunung yang berkempen tentang hal ini.. namun, saban bulan, saban tahun isu ini nampaknya semakin serius...

Malam tadi aku jumpa kawan, seorang pendaki gunung yang baru saja masuk/mendaki Gunung Semangkuk, gunung yang tertinggi di Selangor, gunung yang menyimpan banyak kenangan2 indah aku...

Menurut pemberitaan kawan aku ni, di kemsite Sungai Merah, (kawasan berkhemah sebelum menuju ke puncak Gunung Semangkuk ) dah banyak sampah... Musibah apakah ini?

Ramai yang tanya aku macamana nak pergi Gunung Semangkuk, dan aku percaya, ada ramai lagi pendaki2 gunung / penggemar aktiviti rekreasi yang teringin untuk menjejakkan kaki di Puncak Gunung Semangkuk...

Ada pendaki2 yang berjaya meneroka, merentis jalan2 ke puncak2 gunung yang baru, gunung2 yang tak pernah di jejaki orang sebelum ni, dan pendaki2 ini tidak bersedia untuk berkongsi log /info gunung2 tersebut, kerana mereka khuatir, jika gunung2 ini di popularkan, maka akan ada pendaki2 yang tidak bertanggung jawab mengotorkan kawasan tersebut, membuang sampah, merosakkan trail, merosakkan / menebang pokok sesuka hati tanpa keperluan. Lama kelamaan keindahan gunung2 ini musnah oleh tangan2 manusia yang tidak bertanggungjawab.

Contoh yang paling terkini ialah Gunung Irau, di Cameron Highland.. trail nya semakin rosak, sampah di buang sesuka hati...

Benarlah kata2 seorang pendaki gunung, "Gunung2 ni kalau nak musnah tak perlu tunggu jentolak, manusia2 tak bertanggungjawab yang masuk/mendaki gunung tu sendiri yang akan memusnahkan gunung2 tersebut, sedikit demi sedikit"

Korang tahu tak "Penghuni" Gunung Semangkuk tu macamana? pernah tengok? pernah nampak? Bukan aku nak menakut2kan tapi nasihat aku, jangan buang sampah tak tentu pasal dalam hutan... kita tak jangka apa mudharatnya pada diri nanti... mudharat pada alam sekitar tu dah tentu2 dah...

Seboleh2nya sebelum nak masuk hutan kita dah sediakan satu beg plastik khas untuk sampah2 yang kita nak bawak keluar nanti. Kita kena latih disiplinkan diri kita.

"Errmmm... abis, mana cerita pendaki kena ganggu hantu tu?", tanya pembaca2 yang budiman sekelian...

Nanti den sambung laa cito tu... tajuk cito kono power sikit... biar ramai oghang nak baco... :-D

nanti den sambung lagi ya...

Sunday, 19 April 2015

Hanya 20 minit boleh sampai ke Puncak Bukit Tabur (East)..???


Apa khabar semua..? Korang tunggu sambungan cerita Gunung Semangkuk ya? Ehh.. Gunung Tambuyukon ya?... Ehh... sambungan cerita Legend Trail Chamah -  Ulu Sepat ya? Ehh... sambungan The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's route) ya?... :-D

Sabar.. Sabar.. nanti aku sambung insyaAllah... (mana2 kisah yang aku ingat lagi la)...

Ni aku nak bagitahu korang, tanpa niat, hajat, nada, perasaan riak dan takabbur... :-D

Dua kali aku menemukan satu penemuan dengan tidak sengaja... Apa dia?.. Apa dia?...

Minggu lepas aku naik Tabur East lagi... Apaaa !!! Tabur East???... Hehehe... A'ah Bukit Tabur East jerrr... dan, dengan tidak sengaja aku telah berjaya sampai ke puncak Bukit Tabur East  dalam masa 20 minit sahaja... aku ulang yer... tak sengaja... bukan aku sengaja... :-D

Haaa???? Biar betik !!!...

Betul laa.. aku tak main2, aku pun heran, 20 minit jer dari starting point kat paip besar tu....

Dan... pagi tadi aku try laa naik dari laluan keluar Tabur East, yang lalu ikut kebun tu, yang tembus kat rumah2 banglo tu... Memang penat laa, pasal kalau naik ikut situ treknya mencanak... kali ni memang aku niat nak test dan nak tengok berapa cepat aku boleh sampai puncak ikut situ... Errmmm.. tak lah laju mana pun, aku sampai puncak Bukit Tabur East dalam 15 minit jerrr :-P

Apa tujuan aku tiap2 minggu naik Bukit Tabur East?, Selain dari mendaki, aku sibuk buat sessi fotografi kat atas puncak tu, untuk projek video editing aku yang masih tahap amatur lagi tu...

Nanti korang klik laa kat link youtube atas tu ya  atau klik kat sini. Tengok tau, jangan tak tengok, video amatur jer... :-)  Seperti biasa, guna setting HD untuk kualiti video yang lebih baik ya..

Terima kasih semua, kerana sudi berkunjung ke blog pendakian Geng Aura Gunung ni... :-)

Wednesday, 8 April 2015

The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's Route - Gurkha Hut) - Part 2

 Sambungan...

Jika hari pertama kami sampai di Kem Garas pada jam 2.45 petang, hari ini kami sampai di kem Rhino Horn pada jam 2.00 petang. Kemsite ini sedikit terdedah dengan cahaya matahari. Dengan Ketinggian lebih kurang 10,900 kaki, sintom2 gangguan AMS sudah mula dirasai oleh beberapa orang dari kami.

Kemsite yang dikelilingi oleh batu2 gunung yang berceracak mempunyai keindahan sentimentalnya yang tersendiri.

Pada hari esoknya, perancangan asal kami adalah menuju ke kemsite Latingan dan seterusnya menuju kemsite Makadao untuk bermalam di situ. Panorama yang sangat indah dapat kita nikmati di sepanjang perjalanan dari kem Rhino Horn ini.

Di kawasan2 tertentu kita dapat melihat puncak gunung Tambuyukon dengan jelas, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia. Melihat pemandangan puncak gunung tersebut, menerbitkan rasa rindu dan nostalgia lamaku pendakian solo gunung Tambuyukon pada tahun lepas.

Dipendekkan cerita, kami sampai di kem Latingan pada jam 1 tengahari. Di sini ada punca air yang mengalir kecil, cukup untuk kita masak, minum dan membersihkan diri. Namun, perancangan asal kami adalah untuk meneruskan perjalanan dan bermalam di Kem Makadao, lebih kurang 4 jam perjalanan dari situ.

Guide mengingatkan kami, katanya; jika hendak meneruskan perjalanan ke kem Makadao maka kita perlu berjalan laju sedikit. Ini adalah kerana guide kami bimbang dan khuatir ada satu laluan yang sangat curam dan bahaya, jika kami lalu di kawasan tersebut apabila hari telah gelap/malam, berkemungkinan besar kita akan berhadapan dengan bahaya dan peluang untuk mendapat kemalangan adalah sangat tinggi.

Memikirkan tentang bahaya yang bakal di tempuh, kami teragak2 samada hendak meneruskan perjalanan atau bermalam saja di kem Latingan. Benar hari masih awal, baru jam 1.00 tengahari. Setelah menunaikan solat zohor, hasil dari perbincangan bersama, kami memutuskan untuk berkhemah saja di kem latingan dan meneruskan perjalanan ke kem Red Rock pada esok hari.

Keesokan harinya... Pemandangan yang sangat indah dalam perjalanan dari kem Latingan, melalui kem Makadao dan menuju ke kem Red Rock seumpama pemandangan "hijab2 yang tersingkap". Sangat indah, tidak dapat di zahirkan dan di samakan dengan gambar2 yang kami ambil dengan lensa kamera.

Pemandangan di Kem Makadao diumpamakan seperti dalam filem Avatar, dengan kabusnya, flora2 indah di celah batu2 gunung. Kem Makadao itu sendiri tidak lah besar, cukup untuk memuatkan lebih kurang 3-4 buah khemah, permukaan tanahnya di hiasi dengan rumput menghijau.

Ada satu perkara, satu persoalan, satu perasaan yang aku tak pasti dan tak pernah pula aku tanyakan rakan2 sependakian ku sehinggalah pada saat aku meluahkan perkara/penceritaan ini dalam tulisan kini.

Mungkin aku seorang yang merasakannya... atau mungkin rakan2 sependakian yang lain turut merasakan tetapi tidak meluahkannya...

Semasa kami di Kem Makadao, sebelum kami bergerak menuju ke kem Red Rock, Dr Ramli mencadangkan agar kami menunaikan solat jama' zohor dan asar di situ. Selesai menunaikan solat, semua para pendaki termasuk guide berada dalam mood diam.. tenang... tidak bersuara... sunyi sepi dan perkara ini berlarutan hampir satu jam. Yang aku perasan, alam dan penghuni di kawasan tersebut mengkagumi solat jemaah yang kami tunaikan di situ, mungkin kerana kawasan tersebut terlalu jarang di masuki orang. Wallahu'aq'lam.

...bersambung













































































































Tuesday, 7 April 2015

The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's Route - Gurkha Hut) - Part 1

Misi Rahsia Terindah atau The Hidden View of Mount Kinabalu melalui Koutal Route - Bowen Route - Gurkha Hut (Part 1)  7 - 12 Mac 2015.

Misi pendakian kali ini di jayakan oleh enam orang pendaki yang masing2 mempunyai pengalaman pendakian berpuluh2 tahun. Masing2 mempunyai pengalaman dan kelebihan tersendiri. Dr Ramli, Sham Castello, Arie Hassan, Mohd Nazry, Big dan aku.

Perancangan rapi diadakan selama hampir setahun, pelbagai cabaran yang rumit untuk memohon permit kebenaran mendaki, masih tidak dapat meyakinkan kami bahawa misi rahsia terindah ini akan berjaya kami zahirkan, sehinggalah pada hari kejadian (7 Mac 2015), sesampainya kami di Mesilau Trail Entrance kami melihat 2 orang guide yang menunggu, barulah kami dapat menarik nafas lega, menandakan bahawa misi ini "berjaya dimulakan".


Kami memulakan pendakian lebih kurang pada jam 11.30 pagi, matlamat kami pada hari pertama ini adalah Kem Garas. Laluan trail yang terlalu jarang di lalui oleh para pendaki, samar2, di meriahkan lagi dengan pokok2 berduri di kiri dan kanan yang sekali sekala tersangkut2 pada backpack kami, seolah2 menyapa dan bersalaman menyambut kehadiran kami.

Dipendekkan cerita kami sampai di Kem Garas pada jam 2.45 petang. Kelihatan wajah Mohd Nazry dan Sham Castello yang "kekagetan", kerana pada kebiasaannya kami hanya berhenti mendaki dan sampai di kem site pada jam 5 atau 6 petang. :-P


Khabarnya sudah sebulan kawasan pergunungan tersebut tidak menerima hujan, aneh pada hari itu, cuaca agak mendung, setibanya kami di kem garas, seusai kami memasang khemah, tiba2 hujan turun... Satu rahmat dari Allah dan satu sambutan mesra untuk kami dari "penghuni" dan "pergunungan2" di situ.

Chef Masakan untuk team kami ialah Mr Big, beliau memang pandai memasak, masakannya sodappp... (puji sikit.. thanks Big..)

Malam itu kami semua tidur awal... jam 9 malam masing2 dah senyap... dah tidur...
memang macam tu pun, kalau mendaki gunung memang tidur awal... kalau kat rumah tak reti2 nak tido awal.. :-D


Keesokan paginya, halatuju kami adalah kem Rhino Horn.. Kami terpaksa pikul air dari Kem Garas kerana di Kem Rhino Horn tiada sumber air...

Perjalanan hari ini adalah dalam "mode" mendaki dan terus mendaki... Jika di Kem Garas sahaja ketinggian nya mencecah ketinggian Gunung Tahan, di Kem Rhino Horn pula ketinggiannya mencecah 3385meter (10,900ft).

Cabaran utama dalam misi pendakian kali ini adalah ketinggian yang melebihi 8,000 kaki yang akan menyebabkan ramai orang terkena penyakit AMS jika melarat boleh menyebabkan penyakit SMS, PMS, dan lain2 SSS lagi... (SMS, PMS dan SSS tu aku tambah2 je... tak wujud di alam nyata)

Diantara sintom2 penyakit AMS ini adalah sakit kepala yang teramat sangat, muntah2, tidak dapat berfikir dengan betul, halusinasi dan boleh membawa maut. Syukurlah dalam team pendakian ini, kami ada Dr Ramli yang menjadi penasihat dan pemantau pada kesihatan kami.

Selain dari masalah AMS, Oksigen yang menipis (sehingga 65%... kebiasaannya adalah 99%) menyebabkan pernafasan kami selalu terganggu dan kami cepat letih... apatah lagi apabila di ganggu oleh gas2 "nitrogen peroksida" (kentut) yang di lepaskan bertalu2 oleh si polan dan si polan... :-P

Suhu yang sangat sejuk hingga adakalanya mencecah 3 darjah celcius menambahkan lagi cabaran dalam misi rahsia terindah ini...

bersambung...




































































Sunday, 5 April 2015

Pendakian Bukit Tabur (East) - World's Longest Quartz Ridge

Aku tahu korang mesti tertanya2 mana la sambungan kisah2 pendakian Gunung Semangkuk.. Chamah-Ulu Sepat Legend Trail.. Kinabalu Gurkha Hut... Pendakian Gunung Tambuyukon...

Pagi semalam (Ahad) aku mendaki Bukit Tabur East, terserempak dengan seorang pendaki yang tanya aku bila aku nak siapkan sambungan kisah pendakian Gunung Semangkuk... Aku cakap, aku malas nak sambung, saja nak bagi surprise.. korang pergi laa sendiri tengok apa ada kat Puncak Gunung Semangkuk tu... :-D   (aku gurau je)

Jangan marah haa... :-D insyaAllah pelan2 nanti aku sambung kisah pendakian semampu yang boleh ya..

Ni korang jangan terperanjat... Walaupun kisah Kinabalu Gurkha Hut pun dah lebih setahun aku tak habis sambung, untuk pengetahuan korang aku baru je balik dari "Misi Rahsia Terindah", The Hidden View of Kinabalu melalui Koutal's & Bowen's Route... macam zalim je kan... :-D

Nanti aku kongsikan kisah pendakian tu ya.. dah siap taip dah.. tinggal nak post je kat blog ni, insyaAllah...

Ok, sebelum tu... ni aku nak kongsi sikit video pendakian Bukit Tabur East yang aku daki semalam...

Apaaaa????? Bukit Tabur East jerrrr??? :-D

Korang jangan pandang rendah Bukit Tabur East tau... Bukit Tabur ni dah kira world heritage (warisan dunia)... Korang jangan tak tahu, Bukit Tabur adalah Rabung/Permatang batu kuartz yang terpanjang di dunia...

Yang penting, aku rasa video ni video yang terbaik pernah aku hasilkan... walaupun mungkin bagi sesetengah orang video ni biasa jer...

Aku naik Tabur East semalam pun semata2 sebab nak shooting video ni... So, harap2 korang dapat menghayati hasil nukilan aku yang tak seberapa ni...

InsyaAllah ada masa nanti aku post kisah2 pendakian lagi ya...

Untuk menonton dengan kualiti yang lebih cantik, gunakan setting HD ya...


Wednesday, 26 March 2014

Mountaineering in Malaysia / Pendakian Gunung di Malaysia


Ini adalah hasil nukilan saya, kompilasi gambar2 dari Ekspedisi2 pendakian gunung yang lalu.

Didalam video ini, terdapat gambar2 yang diambil semasa saya mendaki Gunung Kinabalu, Gunung Mulu, Gunung Pinnacle, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Tahan, Gunung Benum, Gunung Irau, Gunung Chabang, Gunung Kutu, Gunung Chemerong, Gunung Bunga Buah, Gunung Rajah, Gunung Semangkok, Gunung Kajang di Pulau Tioman, Gunung Yellow, Gunung Gerah, Bilah & Bieh, Gambar2 semasa Ekspedisi Gurkha Hut dan Aktiviti Via Ferrata di Gunung Kinabalu, Gunung Yong Belar semasa Ekspedisi Banjaran Titiwangsa, Ekspedisi pendakian Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat, Gunung 3 Boundarries, Gunung Tok Nenek, Bukit Tabur, Hutan Bekelah dan lain-lain lagi.

Ada banyak lagi gambar2 pendakian yang tidak saya sertakan, yang mungkin akan saya kongsikan pada masa akan datang jika keadaan mengizinkan.

Semoga video gambar berlagu ini dapat memberi manfaat, sumber inspirasi dan semangat kepada peminat2 aktiviti pendakian gunung.


*** Gunakan setting HD untuk kualiti gambar yang lebih cantik ***

wassalam

Sunday, 23 March 2014

Misi Pendakian Gunung Yong Belar, Gunung Challi & Gunung 3 Boundaries (11, 12 & 13 April 2014) - PENYERTAAN DI BUKA

Copy Paste dari Google - Terima kasih tuan punya gambar..
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Segala Puji bagi Allah dengan puji2an yang tidak terhingga dan tiada penghujungnya, Selawat dan Salam yang berkekalan untuk Baginda Rasulullah s.a.w, Nabi junjungan yang diharap2kan syafa'at-Nya pada setiap detik dan ketika.

Untuk makluman sahabat2 sekelian, Geng Aura Gunung akan menganjurkan satu "Misi Pendakian" yang agak rare, angker dan bakal melonjakkan tahap ke-otai-an anda (ayat mesti power..), Misi Pendakian Gunung Yong Belar (G7) - Gunung 3 Boundaries - Gunung Challi (Merentasi Sempadan Negeri Perak, Kelantan dan Pahang) pada 11, 12 dan 13 April 2014.

Berikut adalah tentatif misi pendakian tersebut :

10hb April (Khamis Malam) - (Car Pool) Bertolak menuju ke Masjid Kg Raja di Cameron Highland, bermalam di situ.

11hb April - Selepas Sarapan, Bersiap2, Parking kereta di Sekolah Kg Raja, menaiki 4wd menuju ke starting point.

- Bermalam di Puncak Gunung Yong Belar

12hb April - 9.00 pagi bergerak menuju ke Kem Gurkha
( Kem Misteri yang angker dan unik :-P )

13hb April - 9.00 pagi bergerak menuju ke Gunung Challi- melalui permatang gunung dan pemandangan yang sangat indah (insyaAllah) - Melalui Puncak Gunung 3 Boundaries (Inilah peluang anda untuk mempraktikkan ilmu kesaktian anda, berada di 3 Negeri dalam satu masa)

- menuju ke trail entrance (starting point)
- menaiki 4wd untuk ke Sekolah Kg Raja
- Membersihkan / Mensucikan diri - berjimba2 di Cameron Highland atau terus pulang ke tanah jajahan masing2.

____________________________________________

Sila Klik GOING pada mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti ini.

https://www.facebook.com/events/426856497448500/?ref_newsfeed_story_type=regular
Atau boleh hubungi saya di 013 3239822 (sms) atau email saya di Auragunung@gmail.com

KOS untuk bayaran guide, 4wd dan pengurusan adalah RM150 seorang.

Sila bank in di akaun :
Maybank 1621 8850 9112
atas nama Noorul Alida Binti Zakaria

Sila buat bayaran penuh sebelum 02 April 2014. (Sila pm di inbox saya untuk maklumkan berkenaan pembayaran)

SILA BERIKAN :

Nama Penuh :

IC :

No Tel

Nama Waris dan No Tel Waris


Wang pembayaran tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan penyertaan mereka.

Makan, minum & Khemah adalah tanggungjawab sendiri, anda boleh pilih untuk setting secara solo atau setting secara partner atau berkumpulan.

____________________________________________

APABILA ANDA MENYERTAI TRIP INI BERMAKNA ANDA TELAH BERSETUJU DENGAN TERMA & SYARAT2 YANG TELAH KAMI TETAPKAN SEPERTI DIBAWAH.

DISCLAIMER SATATEMENT / PENAFIAN

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa dengan menyertai aktiviti-aktiviti G.A.G, semua peserta dianggap telah bersetuju dengan syarat- syarat yang terkandung di dalam penafian ini, dan bersetuju untuk melepaskan pihak penganjur, dan mana-mana peserta lain dalam perjalanan dari mana-mana liabiliti, tuntutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti dan tuntutan akibat daripada apa-apa kecederaan atau kematian atau ganti rugi yang berbangkit daripadanya.

Penafian Terma Penyertaan seperti berikut:

1. Peserta hendaklah bertanggungjawab ke atas peserta kanak-kanak di bawah jagaan mereka. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas peserta kanak-kanak itu dalam apa cara sekalipun.

2. Penganjur dan krew tidak akan menunggu peserta yang tidak hadir di lokasi pertemuan pada tarikh dan masa yang telah yang dipersetujui.

3. Peserta bersetuju bahawa program ini adalah aktiviti kembara dan jadual perjalanan yang dipersetujui adalah berfungsi sebagai panduan sahaja. Jadual program adalah flexible dan boleh berubah tertakluk kepada faktor-faktor luaran seperti cuaca, penilaian risiko, kecederaan dan lain-lain.

4. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan /pembatalan / kelewatan yang disebabkan oleh syarikat penerbangan, kemalangan, mogok, peraturan kerajaan, keadaan cuaca atau bencana alam, dan lain-lain

5. Jika pembayaran diperlukan, pihak penganjur akan memaklumkan peserta dengan terperinci kos yang dikenakan. Contohnya khidmat guide, ration, sewa khemah, fly & ground, transportation 4wd, t-shirt.

6. Deposit yang dibayar tidak akan dipulangkan sekiranya peserta membatalkan penyertaan kecuali peserta dapat mencari peserta lain untuk menggantikan tempatnya. Sebarang penggantian adalah atas budi bicara tunggal dan ketersediaan penganjur.

7. Peserta memahami dan bersetuju bahawa semasa perjalanan program, mungkin akan berlakunya kemalangan atau penyakit , ketidakstabilan politik dan bencana alam. Peserta bersetuju untuk menerima semua risiko yang berkaitan dengan perjalanan program dan berjanji untuk melepaskan pihak penganjur daripada semua tuntutan yang timbul daripada penyertaan tersebut.

8. Ini adalah program kembara, penganjur mempunyai hak untuk tidak membenarkan penyertaan anda jika anda mengancam kami dengan apa yang kami fikirkan tidak sesuai atau bagi apa-apa jua sebab lain.

9. Jika anda adalah peserta yang beragama Islam, segala tanggungjawab kewajiban agama seperti solat 5 waktu adalah atas tanggungjawab sendiri. Peserta juga dilarang melakukan perkara2 yang diharamkan samada dari sudut tuntutan agama Islam mahupun undang2 Negara Malaysia semasa mengikuti aktiviti anjuran G.A.G

9. Apabila anda telah mengesahkan penyertaan anda dan / atau ditandatangani senarai kehadiran dan / atau membuat pembayaran , ia dianggap bahawa anda telah membaca , bersetuju dan menerima terma dan syarat di atas .

__________________________________________

Sekian Terima Kasih,
Wassalam