Friday, 6 September 2019

Geng Aura Gunung = Geng Jabal Qof

Nama group Geng Aura Gunung telah saya jenama kan semula (Rebranding) dengan nama Geng Jabal Qof.

Sekian.

Saturday, 28 April 2018

Wisport Sparrow Egg - Atacs ix




Wisport Sparrow Egg (a-tacs ix)

- Satu perjalanan yang sangat panjang, menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, dari Poland ke Malaysia.

Nantikan ia beraksi...


Update : 07th May 2018

- Kisahnya...
aku upload gambar2 dulu... ada masa nanti aku cerita panjang...

Engkorang mesti tertanya2 kan, apa lah special sangat backpack ni...

Aku cerita ringkas2 je lah dulu... aku suka corak camouflage backpack ni... susah nak dapat "serious backpack" dengan corak camouflage yang ni...

Apa nama corak camo ni?

Corak camo yang ini kita kenali sebagai A-tacs ix.


Selalunya Rambo2 tahap tegar saja yang dapat menghargai corak camo atacs ix ni.. :-D

Dan.... buat masa ni, aku tak pernah lagi tengok di Malaysia ni ada orang pakai backpack corak camouflage atacs ix ni...

Backpack Wisport ni pun aku tak pernah lagi tengok orang pakai/guna di Malaysia.

Kiranya, backpack ni tergolong dalam spesis yang sangat rare dan ajaib di Malaysia buat masa ini..

Tambahan pula, model Wisport Sparrow Egg ni adalah model baru, tahun 2018. Sehingga pada artikel ini di tulis, aku belum pernah nampak lagi ada orang upload gambar atau review pasal "Wisport Sparrow Egg Atacs iX" ni.

Wisport Sparrow Egg corak biasa2 ada lah.. tapi corak atacs ix ni aku tak pernah jumpa lagi orang upload gambarnya atau reviewnya, kecuali dari blog auragunung ni. Jadi, aku ada sikit bangga lah.. :-D



Update : 14 Mei 2018

Aku sebenarnya menyampah dengan company Wisport ni, aku rasa diorang ni macam kerek gilerr.... bila aku hubungi mereka melalui messenger atau email, jawab soalan aku macam nak, tak nak... kalau depan2, mesti dah kena sound tepat punya... mungkin pasal aku perkenalkan diri aku dengan nama Islamic... dan aku bagitahu aku dari Malaysia (sebelum pilihan raya ke 14)... Jadi dia ingat orang2 Malaysia ni cikai sangat agaknya... maklum lah, mungkin disebabkan banyak isu2 yang menjatuhkan air muka rakyat Malaysia di mata dunia luar sebelum2 ni...

Aku tak beli direct dengan company Wisport ni, pasal staff2 mereka macam tak membantu, dan seolah2 macam tak mahu aku beli backpack ni dari mereka... Hampir mustahil aku nak dapat backpack ni... Tapi, aku kan Rambo tegar..., berbekalkan skill yang ada, akhirnya aku dapat juga beli backpack ni dari satu company lain (kedai online) yang membantu aku... sehingga tarikh hari ni (14 mei), korang pergi lah surf internet, cari "Wisport Sparrow Egg corak Atacs ix", korang takkan jumpa punya, kecuali kat blog auragunung ni... :-)

Siapa2 yang kenal aku sebagai pendaki gunung, mesti korang tahu aku biasa dengan backpack2 yang tahap elite seperti Arc'teryx, dan juga backpack2 yang terkenal di U.S, seperti Osprey, dan juga banyak backpack2 yang agak rare yang susah nak dapat, yang aku ada... Jadi, apalah sangat teknologi Wisport ni (nada geram, sebab customer service mereka teruk)...

Aku beli backpack ni semata2 pasal corak dia.. dan sizenya yang comel..., comel + atacs ix = rare :-)

So far, aku guna backpack ni masa naik bukit tabur tempohari, bahagian belakang yang bersentuh dengan badan takde system pengaliran udara yang bagus. Jadi, jika berpeluh, belakang backpack tu boleh nampak basah kesan peluh. Beg ni lebih kurang 10 liter. Kepada sesiapa yang biasa guna backpack, boleh bayangkan apa yang kita boleh isi dengan backpack 10 liter.

Kalau untuk misi2 pendakian daypack, setakat nak masukkan air botol 1.5 liter tu, boleh lah korang masukkan dalam 2 botol, makanan2 ringan, headlamp, pisau, lighter, gps, mobile phone, powerbank, portable Bluetooth speaker, dan masih ada lagi sikit ruang untuk korang letak apa2 lagi yang korang nak. di luar backpack sebelah kanan dan kiri, ada mesh pocket untuk korang letak apa2 barang, mesh pocket tu boleh muat botol air 500ml atau 700ml.


Pada aku, backpack ni sesuai juga, kalau korang bawa pergi shopping complex, pergi jalan2, bersukan, pergi surau atau masjid, kolej atau pergi mana2 tempat yang korang nak lah, pasal size nya tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Tapi kalau semata2 kerana size korang nak beli backpack ni, aku nasihatkan tak payah lah.. berlambak lagi backpack lain yang korang senang nak beli kat Malaysia ni, tak payah nak order dari jauh2, dan mengadap customer service wisport yang sengal dan kerek gilerrr....

Kesimpulannya, aku suka backpack ni sebab ianya "comel + atacs ix = rare". Tapi aku menyampah dengan customer service atau staff2 company Wisport yang reply messenger atau email macam nak, tak nak, dan lembab.

























Monday, 19 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 5)

 Hari Kelima - "Kem Pasir Panjang - Air Terjun 4 Step"
- Ini adalah hari yang aku tunggu2 dalam misi pendakian ini, kami merancang untuk memulakan pendakian ke Air Terjun 4 Step seawal 6.15 pagi, iaitu setelah selesai menunaikan solat subuh.

- Tetapi, oleh kerana beberapa pendaki lain yang masih belum selesai menguruskan diri masing2, seingat aku, kami hanya memulakan perjalanan lebih kurang jam 8 pagi.

- Aku rasa aku dah terlupa nak cerita satu perkara... aku pergi trip ni dengan kelolaan Group Ohana, aku ucapkan banyak2 terima kasih kepada organizer atas kelolaan event tersebut. Nak tunggu pergi dengan kawan2 aku tak tahu bila yang boleh pasal masing2 semua sibuk...

- Dalam pendakian ini aku buat setting sendiri saja, khemah bawa sendiri, dapur, makanan semua bawa sendiri, walaupun aku sado, tapi aku tak mampu nak mendaki dengan pikul backpack berat2.
Dan yang paling penting, walaupun aku bawak khemah, ration, peralatan sendiri, ini tidak mengurangkan sikap "kerjasama" dalam group pendakian kami ini. Bukan bermakna bila bawak ration sendiri, kita buat hal sendiri2 semata2...

Jadi setiap barang yang aku bawa aku timbang beratnya dulu, aku teliti habis2an apa barang yang perlu aku bawa dan tak perlu aku bawa... aku rasa aku dah buat "tapisan tahap raksaksa" tentang barang2 yang aku nak bawa, tapi pada aku masih lagi berat...
Purata berat sehari aku pikul dari hari pertama dalam 14-16kg, bagi korang yang gagah perkasa mungkin 14-16kg ni ringan, tapi bagi aku ni dah kira berat lah... korang tak boleh samakan "kegagahan", "kelajuan" korang dengan pendaki lain terutama yang otai tapi boleh pewai macam aku.. :-D

Aku bukan membebel, yang aku cerita kat korang ni semua ilmu dan pengalaman tau, moga2 bermanfaat tulisan2 aku ni... :-)

 - Ok, berbalik pada kisah pendakian hari kelima menuju ke Air Terjun 4 Step... dipendekkan cerita pada awalnya trek ke sana aku rasa macam biasa je, redah sungai, masuk hutan, elak sarang penyengat, naik bukit turun bukit.

- Antara yang luar biasanya ialah aku rasa macam penat sangat... maklum lah malam tadi aku tak berapa lena nak tidur... jadi badan tak cukup rehat. Dan di tambah pula apabila kita hampir sampai, trek nya mencanak menaik curam tahap cipan. Tanah yang dipijak agak lembut menyebabkan sekali sekala aku tergelincir jatuh.

- Akhirnya, setelah berhempas pulas mendaki, seingat aku lebih kurang jam 11 lebih, Air Terjun 4 Step kelihatan tersergam di hadapan mata ku... indah, cantik, rare, misteri, hanya mereka yang benar2 bersungguh saja yang akan sampai ke sini...

- Aku nak gambar kan melalui perkataan pun payah, korang tengok lah gambar2 yang aku share tu, tapi tak sama tengok gambar dengan tengok depan mata, nanti korang pergi lah sendiri. :-D

- Air kat sini sejuk... dan ada setengah2 tempat yang agak dalam, setelah puas aku mandi manda kat sini, lebih kurang menghampiri jam 1.30 tengahari kami bergerak balik semula ke Kem Permatang Pasir untuk mengambil barang2 dan seterusnya menuju ke Kem Teku untuk bermalam di sana.

- Kalau tak silap aku, kami sampai semula di Kem Permatang Pasir dalam jam 3 lebih menghampiri jam 4...

Ni sahabat sependakian aku.. Amir namanya..


- Setelah bersiap2 ambil barang kami semua bergerak balik ke Kem Teku, kalau tak silap aku dalam jam 5 petang...

- Semua dalam keadaan gembira, tanpa menyangka ada "dugaan besar" yang menanti kami di hadapan....

- Bersambung -

Sunday, 18 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 4)

 Hari Keempat - "Kem Teku - Kem Pasir Panjang"

- Mula2, kami bercadang nak "daypack" je dari Kem Teku ke Air Terjun 4 step. Perjalanan pergi balik mungkin ambik masa dalam 10 - 12 jam... mungkin lah...

- Tapi guide kami menasihatkan agar kami tinggalkan sebahagian barang kami di Kem Teku dan bawa barang2 yang penting untuk bermalam satu malam di kem pasir panjang, kemudian esoknya kami akan daypack dari kem pasir panjang ke Air Terjun 4 Step - patah balik ke Kem Pasir Panjang dan seterusnya packing barang - balik semula dan bermalam di Kem Teku.

- Menurut guide kami yang dah berpengalaman banyak kali pergi ke Air Terjun 4 Step, tempat tersebut adalah agak istimewa dan misteri. Dalam banyak2 kali perjalanannya ke Air Terjun 4 Step hanya sekali saja dia pergi dan balik melalui trail yang sama. Ini bermakna hampir kesemua perjalanannya ke Air Terjun 4 Step ialah melalui jalan pergi dan balik yang berlainan.


- Pernah juga bila mereka sampai di sana tiba2 awan menjadi gelap seperti hendak hujan. Oleh kerana ada satu kawasan yang mereka perlu untuk melintas sungai dan meniti di atas batu2 besar di kaki air terjun, mereka khuatir akan fenomena kepala air yang akan menghanyutkan mereka jika mereka meneruskan perjalanan dalam cuaca hujan. Apabila mereka buat keputusan untuk patah balik, tiba2 saja cuaca menjadi cerah, awan gelap juga hilang. -misteri-

- Ada satu pantang larang yang guide beritahu kami ialah, jika ada pendaki wanita yang "datang bulan", di nasihatkan ia tinggal saja di kemsite dan tak payah pergi, menurut kepercayaan guide, jika wanita tersebut pergi juga, nescaya keseluruhan pendaki akan mengalami kegagalan untuk sampai ke Air Terjun 4 Step.

- Satu perkara lagi yang menjadi cabaran ialah, jika hujan lebat, air sungai di kawasan ini mudah sangat naik dalam keadaan paras yang agak tinggi, dan akan menyebabkan pendaki2 terkandas sehinggalah hujan berhenti dan air sungai surut, mungkin semalaman, mungkin dua malam... bergantung pada cuaca dan paras air sungai.

 - Ni semua guide yang bagitahu kat aku... aku cuma cerita balik kat korang je.. :-)

- Oleh kerana perancangan yang telah dipersetujui kami akan balik semula ke Kem Teku dan bermalam semula di sini pada esok hari, maka aku dengan bangga nya meninggalkan hampir 80% dari barang2 aku di Kem Teku, termasuk lah khemah yang aku biarkan saja terpasang, manakala makanan2 dan barang2 yang lain aku masukkan dalam backpack dan backpack aku masukkan dalam beg plastik sampah yang besar.

- Ada beberapa barang kecil lain yang aku biarkan saja dalam khemah tanpa ragu2, dan tanpa aku sedari perbuatan aku ni menjadi "tragedi" dalam pendakian ini yang akan aku ceritakan kemudian.

- Aku hanya bawa bag kecil, baju untuk tidur, toiletries, sedikit makanan - Roti tortilla, serunding dan coklat. Dan malam nanti aku akan tumpang tidur di khemah sahabat sependakian ku Amir.

- Menurut guide, perjalanan ke Kem Pasir Panjang mungkin mengambil masa 5 - 7 jam perjalanan, kami akan melintas banyak sungai.

- Seingat aku, kami tiba di Kem Pasir Panjang lebih kurang jam 6 petang.

- Aku terkena beberapa das gigitan pacat. Aku tak berapa kisah sangat pun gigitan pacat ni (tapi aku tak de la mintak2 pacat datang gigit), tapi perkara yang aku paling menyampah ialah bila darah tempat gigitan pacat ni mengalir/meleleh tak berhenti2. Aku tunggu berjam2 mengharapkan darah ni kering, menyusahkan aku nak tukar pakaian tidur, menyusahkan aku nak solat sebab darah meleleh2. Akhir nya aku tampal dengan tisu dan aku selotape dengan white tape. Barulah darah tu terhenti.

- cuaca di kawasan pergunungan ni memang tak boleh di jangka dan tak boleh kita leka, aku baru je nampak tadi langit malam cerah, bintang2 bergemerlapan, tiba2 hujan turun dengan agak lebat, kelam kabut aku betulkan fly khemah dan terus masuk khemah.

- malam tu aku banyak habiskan masa dengan amir je, bercerita tentang "kehidupan".

- jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam, orang lain semua dah mendengkur, mata aku terkebil2 tak boleh nak lelap, entah kenapa aku tak berapa dapat tidur malam ni... aku tidur2 anak ayam jer... agak2 aku dalam jam 3 pagi baru aku dapat lena...

bersambung...

Tuesday, 13 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 3)


Pendakian Hari Ketiga - Kem Putih --> Kem Teku

- Ok, hari ketiga destinasi kami adalah bermalam di kem teku. Hari ni kami akan banyak main air, kami banyak melintas sungai, dari paras betis sampai paras pinggang.



- Macam biasa, setiap kali jumpa sungai aku mesti mandi. Tu kira menyempurnakan perjalanan ke kem teku.. ingat pesan aku... puncak gunung tu tak kira destinasi... destinasi sebenar adalah perjalanan/pendakian/journey kita dalam ekspedisi ni.. jadi hayatilah sebaik2nya...
- aku rasa, perjalanan dari kem putih ke kem teku kali ni singkat je... kami banyak rehat... rupa2nya guide ada ikut jalan lain... dan baru aku tahu ada banyak jalan sebenarnya... jalan paling singkat pun ada...

- sampai di kem teku aku setup khemah, mandi2, masak2.. solat.. dll..

- malam tu dalam jam 12.30 tengah malam, suasana dah senyap sunyi, semua orang dah tidur rasanya...

tiba2 kedengaran satu hentaman kuat di atas khemah aku, bunyi macam dahan jatuh pun ada... musibah apa kah ini...

hujan renyai2 pula di luar tu... nak tak nak aku keluar dari khemah nak tengok apa benda tu..

 
Astaghfirullah... rupa2nya besi khemah aku patah... errmm.. bertenang.. bertenang.. aku cuba mengawal keadaan dengan khemah yang dah senget sebelah tu..

aku teringat aku ada bawa emergency kit (besi khemah dalam panjang sejengkal) jika besi khemah patah, syukur lah aku gunakan emergency kit tu untuk sambungkan dua besi yang patah tu.
selesai masalah.. aku masuk tidur.. zzz..zzz..zzz..

..bersambung...






Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 2)


- Perjalanan hari kedua adalah dari kem melantai ke kem putih. Aku ingat2 lupa macamana lah rupa kem putih ni, rasa2 macam dekat, rasa2 macam jauh... tak pe lah layan je lah..

- Hari kedua ni trek banyak mendaki.. mendaki.. mendaki... ya lah, nama pun mendaki gunung, kalau nak jalan landai pergi shopping complex la kan... :-D

 - aku sampai kem tengah... teringat aku bermalam kat sini dulu, pastu terkena ulat bulu.. so apa aku buat.. aku ada bawa ubat selsema, makan ubat tu sebiji gatal2 reda... (jangan tiru aksi ini, sila dapatkan nasihat doktor)

- pastu teruskan pendakian ke puncak Gunung Rajah... ni bukan Gunung Rajah di Bentong, dalam pendakian Gunung Tahan jika kita dari Kuala Tahan ke Kem Putih kita akan jumpa puncak gunung yang dinamakan Gunung Rajah juga.

 - Nak menyampai ke puncak gunung rajah tu saja pun mencungap tahap gajah.. lepas ambik2 gambar, perjalanan ke kem putih adalah menurun... aku ingatkan dekat... jauh juga... rasa macam dah dekat sampai tapi tak sampai2...

- akhirnya lebih kurang jam 6.30 petang aku sampai di satu kawasan lapang sebelah sungai, itulah kem putih...


 - pasang khemah - mandi - bersiap - hujan - solat - masak - makan - tidur - dah dua malam aku tidur tak payah pakai sleeping bag.. sleeping bag tu pun aku buat alas tidur je.. panas... takde angin..

- Pagi esok lepas solat subuh - aku masak - makan - pastu aku packing barang - pastu aku mandi sungai - Kalau mendaki gunung tahan, masuk ikut kuala tahan kita akan jumpa banyak sungai.. kalau tak mandi sungai memang rugi.. airnya bersih, asli...
Bersambung....









Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 1)


Aku harap tulisan aku kali ni tak separuh jalan, aku banyak kerja lain, tapi kadang2 rasa nak menulis, kadang2 bosan nak menulis, macam lagu Apokalips M Nasir tu....

- Sebelum ni aku mendaki Gunung Tahan melalui trek Merapoh --> Kuala Tahan....

Kali ni kira aku reverse, dari Kuala Tahan --> ++Air Terjun 4 Step --> Merapoh.

- Ogos 2016 - 8 hari 7 malam

 - Kalau dulu aku mendaki 6 hari 5 malam, kali ni tempoh masa pendakian dirancang 8 hari 7 malam (+ air terjun 4 step), sebelum2 ni kalau orang pergi air terjun 4 step, biasanya ambik masa 9 hari 8 malam...

aku kaget sekejap bila diberitahu rancangan tempoh pendakian adalah 8 hari 7 malam... bukan apa.. walaupun aku sado tapi aku tak suka trip2 compress... malu aku kalau pewai.. :-)


 

- Ada sesuatu yang pelik tentang cuaca pendakian kali ini, hari nampak redup, tetapi kami rasa panas dan berpeluh2 yang melampau, habis baju basah dengan peluh. Jadi, setiap kali jumpa sungai je aku akan terjun dan mandi... aku rasa akulah pemenang pendaki paling banyak mandi dalam trip ni..

 - Satu perkara lagi, dalam pendakian kali ini banyak juga laluan2 baru yang aku tak pernah lalu sebelum ni, guide bawak kami ntah ke mana2 ntah... tapi layan lah pasal banyak sungai. Aku tengok lubuk2 ikan kelah pun banyak, tapi boleh tengok je lah..

- Semasa kami hampir sampai ke kem melantai, ada seorang pendaki terpijak pokok tumbang yang agak reput, pokok besar itu tiba2 patah dan menghimpap pendaki tersebut, nasib baik pendaki2 yang lain cepat bertindak sama2 membantu mengangkat pokok kayu yang besar itu.

- Aku sentiasa mengharapkan pendakian gunung tahan dirahmati dengan cuaca yang baik dan tidak hujan, tapi apakan daya... hari pertama lagi aku dah kena dugaan hujan lebat, lagi 5 minit nak sampai kemsite melantai, hujan lebat selebat2nya, air sungai jadi keruh.

- Apa lah yang buat aku bernafsu sangat nak dirikan khemah dalam hujan... walaupun aku bawak backpack yang waterproof, khemah aku setup outer (bahagian fly luar) dulu, bermakna risiko barang2 aku nak basah agak kurang...

tapi leceh pasang khemah dalam hujan, rasa macam kurang sado je susah payah pasang khemah dalam basah2 macam tu...

patutnya dah alang2 hujan, tunggu je lah hujan berhenti atau reda untuk dirikan khemah kan...kan..kan..

- malam tu aku makan roti tortilla dengan serunding je, aku tak masak apa2, pasal air sungai keruh, aku tahanlah sikit...

- lepas solat subuh aku masak nasi.. makan nasi dengan "lauk pauk yang sangat enak apabila anda berada di dalam hutan", kemudian aku buat lagi air milo makan dengan oat campur lagi kismis... memang bestttt...

- aku makan banyak pagi2 ni pasal malam tadi kan aku tak makan sangat, pastu ni kira cover sekali makan tengahari, pasal nanti tengahari on trek aku makan simple2 je.

- Perjalanan hari kedua pula adalah dari Kem Melantai ke Kem Putih..

Bersambung...