Sunday 18 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 4)

 Hari Keempat - "Kem Teku - Kem Pasir Panjang"

- Mula2, kami bercadang nak "daypack" je dari Kem Teku ke Air Terjun 4 step. Perjalanan pergi balik mungkin ambik masa dalam 10 - 12 jam... mungkin lah...

- Tapi guide kami menasihatkan agar kami tinggalkan sebahagian barang kami di Kem Teku dan bawa barang2 yang penting untuk bermalam satu malam di kem pasir panjang, kemudian esoknya kami akan daypack dari kem pasir panjang ke Air Terjun 4 Step - patah balik ke Kem Pasir Panjang dan seterusnya packing barang - balik semula dan bermalam di Kem Teku.

- Menurut guide kami yang dah berpengalaman banyak kali pergi ke Air Terjun 4 Step, tempat tersebut adalah agak istimewa dan misteri. Dalam banyak2 kali perjalanannya ke Air Terjun 4 Step hanya sekali saja dia pergi dan balik melalui trail yang sama. Ini bermakna hampir kesemua perjalanannya ke Air Terjun 4 Step ialah melalui jalan pergi dan balik yang berlainan.


- Pernah juga bila mereka sampai di sana tiba2 awan menjadi gelap seperti hendak hujan. Oleh kerana ada satu kawasan yang mereka perlu untuk melintas sungai dan meniti di atas batu2 besar di kaki air terjun, mereka khuatir akan fenomena kepala air yang akan menghanyutkan mereka jika mereka meneruskan perjalanan dalam cuaca hujan. Apabila mereka buat keputusan untuk patah balik, tiba2 saja cuaca menjadi cerah, awan gelap juga hilang. -misteri-

- Ada satu pantang larang yang guide beritahu kami ialah, jika ada pendaki wanita yang "datang bulan", di nasihatkan ia tinggal saja di kemsite dan tak payah pergi, menurut kepercayaan guide, jika wanita tersebut pergi juga, nescaya keseluruhan pendaki akan mengalami kegagalan untuk sampai ke Air Terjun 4 Step.

- Satu perkara lagi yang menjadi cabaran ialah, jika hujan lebat, air sungai di kawasan ini mudah sangat naik dalam keadaan paras yang agak tinggi, dan akan menyebabkan pendaki2 terkandas sehinggalah hujan berhenti dan air sungai surut, mungkin semalaman, mungkin dua malam... bergantung pada cuaca dan paras air sungai.

 - Ni semua guide yang bagitahu kat aku... aku cuma cerita balik kat korang je.. :-)

- Oleh kerana perancangan yang telah dipersetujui kami akan balik semula ke Kem Teku dan bermalam semula di sini pada esok hari, maka aku dengan bangga nya meninggalkan hampir 80% dari barang2 aku di Kem Teku, termasuk lah khemah yang aku biarkan saja terpasang, manakala makanan2 dan barang2 yang lain aku masukkan dalam backpack dan backpack aku masukkan dalam beg plastik sampah yang besar.

- Ada beberapa barang kecil lain yang aku biarkan saja dalam khemah tanpa ragu2, dan tanpa aku sedari perbuatan aku ni menjadi "tragedi" dalam pendakian ini yang akan aku ceritakan kemudian.

- Aku hanya bawa bag kecil, baju untuk tidur, toiletries, sedikit makanan - Roti tortilla, serunding dan coklat. Dan malam nanti aku akan tumpang tidur di khemah sahabat sependakian ku Amir.

- Menurut guide, perjalanan ke Kem Pasir Panjang mungkin mengambil masa 5 - 7 jam perjalanan, kami akan melintas banyak sungai.

- Seingat aku, kami tiba di Kem Pasir Panjang lebih kurang jam 6 petang.

- Aku terkena beberapa das gigitan pacat. Aku tak berapa kisah sangat pun gigitan pacat ni (tapi aku tak de la mintak2 pacat datang gigit), tapi perkara yang aku paling menyampah ialah bila darah tempat gigitan pacat ni mengalir/meleleh tak berhenti2. Aku tunggu berjam2 mengharapkan darah ni kering, menyusahkan aku nak tukar pakaian tidur, menyusahkan aku nak solat sebab darah meleleh2. Akhir nya aku tampal dengan tisu dan aku selotape dengan white tape. Barulah darah tu terhenti.

- cuaca di kawasan pergunungan ni memang tak boleh di jangka dan tak boleh kita leka, aku baru je nampak tadi langit malam cerah, bintang2 bergemerlapan, tiba2 hujan turun dengan agak lebat, kelam kabut aku betulkan fly khemah dan terus masuk khemah.

- malam tu aku banyak habiskan masa dengan amir je, bercerita tentang "kehidupan".

- jam dah menunjukkan pukul 12 tengah malam, orang lain semua dah mendengkur, mata aku terkebil2 tak boleh nak lelap, entah kenapa aku tak berapa dapat tidur malam ni... aku tidur2 anak ayam jer... agak2 aku dalam jam 3 pagi baru aku dapat lena...

bersambung...