Bermandikan Cahaya Pergunungan Irau |
Selawat Dan Salam keatas Nabi Junjungan, Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w, dengan selawat dan salam sebanyak bintang di langit dan sebanyak apa yang dilitupi oleh ilmu Allah s.w.t.
Baru-baru ini Geng Aura Gunung (Saya, Cikgu Zul, Redolf dan Aisyah) telah mendaki Gunung Irau Di Cameron Highland. Gunung Irau adalah Gunung yang ke sembilan tertinggi di Semenanjung Malaysia (6,924 kaki).
Pendakian pada hari tersebut dipermudahkan Allah s.w.t. Kami menjangkakan bahawa kami akan berdepan dengan hujan lebat dan trek yang sangat berlumpur. Namun, pada hari pendakian, cuaca sangat cerah, walaupun ada laluan trek yang berlumpur, ianya tidak sampai ke tahap yang melampau.
Keindahan pemandangan di Pergunungan Irau ini tidak dapat disamakan dengan foto, video mahupun kata2... Jika gambar2 yang saya kongsikan disini sudah dianggap cantik, pemandangan sebenar adalah jauh lebih cantik dari itu. Gambar2 di sepanjang pendakian di Gunung Irau ini diambil hanya dengan menggunakan kamera Smartphone, Samsung Galaxy S2.
Kami berkhemah di Anak Irau, iaitu pada ketinggian 6,666 kaki dari paras laut. Anak Irau adalah puncak pertama yang akan kita jumpa sebelum puncak sebenar. Kawasan Anak Irau ini agak luas dan sesuai untuk berkhemah. Setelah memasang khemah dan mengambil barang2 yang penting untuk dibawa ke puncak, kami meneruskan pendakian.
Gambar Di Puncak Gunung Irau |
Gambar Pendakian Gunung Irau pada Bulan Oktober 2012, menggunakan kamera digital. Dari kiri - Rayzza, Saya dan Enal. |