Monday 7 January 2013

Cabaran Trek Lagenda Gunung Chamah & Ulu Sepat, 21-30 Dec 2012 (Part 2)

 


... Menaiki bot dari Pengkalan Trojan ke Fort Kemar mengambil masa kira2 dua jam. Didalam bot, saya, Bro Dan dan beberapa sahabat yang lain berborak2 kosong sambil mengambil beberapa keping gambar pemandangan yang sungguh indah...

Sampai di Fort Kemar kami menaiki 4wd menuju ke Perkampungan Orang Asli Kg Lerlar. Perjalanan menaiki 4wd hanya mengambil masa kira2 satu jam.

Kami sampai di starting point di Kg Lerlar lebih kurang jam 2.30 petang... Oleh kerana sibuk dengan "backpack setting" saya adalah orang yang terakhir sekali berjalan di belakang... ketika ini baru saya merasakan ada sesuatu yang tak kena pada muatan Deuter AirContact Pro saya...

Dalam hati saya tertanya2... mengapa saya merasakan beg saya terlalu berat seperti memikul sebuah peti sejuk... Ada jin ke dalam beg aku ni..??? Saya mula mencongak2 barang apakah yang membuatkan beg saya rasa terlalu berat.. hampir 30kg rasanya..

Merasakan diri ini agak terkebelakang, saya mempercepatkan langkah sambil termengah2... Namun ditenangkan oleh Guide merangkap Host Trip Trek Lagenda, Sham Castello... "kita rileks2 jer ustaz... tak perlu laju2... ni baru hari pertama...", katanya sambil tersenyum.

Mendengar kata2 tersebut saya kembali menyantaikan rentak perjalanan... tetapi masih termengah2... Setelah hampir 20 minit berjalan menyusuri laluan2 kebun orang asli, kami tiba di satu kawasan yang agak semak, penuh dengan nyamuk dan agas yang ganas2... Yes!!!... Welcome To The Gate of the Legend... Inilah pintu masuk trek lagenda kami... Pintu masuk bagi mereka2 yang Legend... hehehe.. puji diri sendiri...

Masing2 tengah fikir kat mana aku nak pacak khemah ni...
Oleh kerana kelihatan ramai yang masih keletihan akibat perjalanan dari Kuala Lumpur malam tadi, Sham Castello selaku nakhoda kapal membuat keputusan untuk "menurunkan sauh".. "kita berkhemah disini", kata Sham...

"Haaa??? sekejap je trekking dah nak pacak khemah...", Saya berkata dalam hati...

"ok... sekarang ni kat mana aku nak pacak khemah", saya mencari2 tempat yang sesuai untuk memacak kan khemah yang masih belum pernah saya guna sebelum ini.. Khemah baru tuuu... Vaude Hogan Ultralight... memang sayang laa nak guna... macam hampeh... beli mahal2 tapi sayang nak guna... :-)

Setelah puas memerhatikan keadaan sekeliling, saya masih tak dapat memilih tapak yang sesuai... Tiba2 penglihatan saya tertarik kepada satu "keajaiban".. "wow.. ada pondok buluh".. Kelihatan ada dua pondok buluh usang peninggalan orang asli... lantai2 buluhnya pun banyak yang dah reput... Sambil mengangkat batang2 buluh yang menutupi pintu masuk pondok, saya menjengah kedalam... "waahh.. bagus ni.. tak payah laa aku pasang khemah.. tidur dalam pondok je malam ni"...


Keadaan pondok yang berhabuk dan penuh dengan botol2 kosong boleh membuatkan mereka2 yang pembersih macam saya stress... :-) tapi oleh kerana telah banyak latihan2 yang saya lalui sebelum ini, maka sedikit kekotoran didalam pondok tersebut boleh saya abaikan... "Inikan trip Lagenda.. trip rambo".. saya berkata didalam hati memujuk diri...

Tanpa melengahkan masa, saya terus menghamparkan "Ground Sheet" di dalam pondok... "Customize Ground sheet" yang saya potong khas sebagai pelapik ground khemah yang juga kali pertama saya guna kelihatan bersih berkilat... :-)  Settle... apa lagi.. saya bukak dapur.. masak air... dan minuman panas saya yang pertama dalam trip Lagenda ini adalah "Instant Chrysanthemum Tea", dalam bahasa Perancis bermaksud "Teh Bunga"... :-) Saya yakin Muhammad Ariff Azk (Geng Aura Gunung) takkan lupakan kesedapan teh ni.. Teh Gunung hanya bersama Ustaz Azrin... :-)

Selesai minum, saya menghamparkan pula tubuh yang agak keletihan ini, dan tidur...

Bersambung...