Wednesday, 12 February 2014

Pendakian Gunung Tahan - Jun 2014

Bismillahirrahmanirrahim. Kepada sahabat pendaki gunung sekelian.

Saya mencari rakan2 pendaki yang berminat untuk menyertai Misi Pendakian Geng Aura Gunung Mendaki GUNUNG TAHAN (tarikh pendakian antara akhir bulan Mei - bulan Jun 2014 - akan diputuskan kemudian dengan perbincangan bersama)

Laluan adalah dari Merapoh - Kuala Tahan. Pendakian Santai - (7 - 9 hari - cadangan 9 hari termasuk Air terjun 4 tingkat)

Kos seorang sekitar RM300-RM400,   Setting makan/minum/khemah - bebas (solo atau partner). Peserta adalah terhad maksimum 6 orang sahaja. (Jika lebih dari 6 orang, mungkin kita akan pertimbangkan dan kita buat perbincangan semula)

Tarikh akhir untuk pengesahan penyertaan adalah pada 25 Mac 2014. Selepas itu Deposit perlu dibank in sebelum 30 Mac 2014.

Kepada rakan2 yang berminat, sila message saya di ruangan komen di bawah, atau boleh email saya di Auragunung@gmail.com

Perbincangan lanjut akan diadakan kemudian.

Terima kasih
wassalam