Monday, 10 March 2014

Pendakian Gunung Trusmadi (Melalui Kg Sinua) - Gunung Kedua tertinggi di Malaysia (2 & 3 Mac 2014) - Part 1

Di Puncak Gunung TrusMadi
Begitu cepat masa berlalu... Betapa sisa-sisa umur ini semakin menuju kepada Penciptanya... Entahkan bila... esok.. lusa.. tidak ketahuan... yang pastinya, dunia ini hanyalah persinggahan...

Gunung Benom... Rajah... Tahan... Telapak Buruk.... Liang-Tumang Batak dan Semangkok bersama G.A.G... Gunung Suku.. Yellow-Pass... Mulu... Pinnacle... terlalu banyak lagi yang belum aku kisahkan di blog ini... banyak lagi yang ingin aku kongsikan cerita-cerita pendakianku.... Namun apakan daya, keterhadan masa dan kemampuan diri,  menangguhkan perkongsian kisah2 pendakianku di blog ini, apatah lagi sambungan2 kisah yang tergantung tidak bertali kerna tidak sempat aku sudahkan...

Malam semalam, aku baru pulang dari Sabah, dalam menyempurnakan Misi Pendakian Gunung Trusmadi, melalui trail Kampung Sinua. Ianya adalah gunung yang kedua tertinggi di Malaysia. Dan... sejurus turun dari Gunung Trusmadi, aku terus menuju ke Kampung Monggis untuk Misi Solo ku pula, mendaki Gunung Tambuyukon, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia.

Pendakian Gunung Trusmadi aku jayakan bersama pendaki-pendaki Gunung dari MPSJ, dengan dikelolakan oleh Kak Ana, wartawan dari utusan, pendakian ini berjaya disudahkan dalam tempoh 2 hari 1 malam. Dikatakan, Puncak Gunung TrusMadi ini dapat dilalui melalui tiga denai. 1. Melalui Tambunan, 2. Melalui Kg Sinua, 3. Melalui Apin-apin Keningau. Dan menurut kata penunjuk arah gunung, laluan denai Gunung Trusmadi melalui Kg Sinua adalah laluan yang paling sukar diantara ketiga2 laluan tersebut. Kebanyakan pendaki yang mendaki Trusmadi ini akan mengambil masa 3 hari 2 malam, manakala kami sepakat bersetuju untuk melakukannya dalam tempoh 2 hari 1 malam.

Pertemuan kali pertama di Terminal 1, Lapangan Terbang di Kota Kinabalu memberikan aku beberapa kejutan yang tidak disangka. Ada beberapa orang pendaki yang turut serta dalam misi ini, rupanya pernah bertemu dengan ku sebelum ini untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan beberapa masalah. Kali ini, kami bersama dalam satu pasukan untuk mendaki Gunung Trusmadi.

Pada tarikh yang sama ini juga, sahabat2 pendaki dari Geng Aura Gunung seramai hampir 40 orang menuju ke Kinabalu Park untuk menyempurnakan Misi Pendakian Gunung Kinabalu yang dikelolakan oleh En Ariff, admin di Geng Aura Gunung. Dengan tidak terduga, aku bertembung dengannya di Terminal 1 ini, sebelum kami berpisah menuju ke destinasi misi masing2. Bermakna, dalam bulan ini, Geng Aura Gunung berjaya menjejakkan kaki di Puncak Gunung Yang Pertama, Kedua dan Ketiga tertinggi di Malaysia, iaitu Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi dan Gunung Tambuyukon. Tahniah Geng Aura Gunung.
Bertemu Ariff di Terminal 1 Airport, K.K.

 Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kampung Sinua terasa begitu jauh, seingat aku kami bertolak dari lapangan terbang dalam jam 11.45 pagi dan kami sampai di Kampung Sinua dalam jam 6.15 petang.

Kelihatan pembinaan lebuhraya sedang dijalankan di kawasan yang berdekatan, asbab dari itu, laluan masuk ke kampung Sinua tidak lagi mewajibkan kenderaan 4wd. Van yang kami naiki pun sudah cukup berjaya meredah jalan tanah merah yang tidak rata untuk ke Rumah Penginapan kami pada malam pertama itu. Jangankan Van, kereta kelisa "Wak" (macik susanti) pun dengan selambanya meredah jalan tanah-tanah yang tidak rata itu.
Van masuk laluan berlumpur, terpaksa di tolak

Rumah penginapan yang sederhana besar itu mampu memuatkan kami seramai lebih kurang 20 orang, dilengkapi pula dengan dapur, peralatan memasak. Agak selesa sebagai rumah rehat untuk misi pendakian yang sebegini.

Malam itu kami bersiap2, packing barang untuk pendakian esok. Dijangka kami akan memulakan pendakian seawal jam 7.30 pagi.
Yang duduk tu namanya"Wak", penghibur dikala "pewai"

Diawal pagi keesokan harinya, masing-masing bersiap sedia dengan beg galas dan peralatan pendakian. Turut serta bersama kami, Beberapa orang "guide" dan "porter".

Pada hari biasa apabila tiada pendaki yang datang mendaki, mereka bekerja sebagai pesawah, iaitu menanam padi. Kalau dilihat dari pandangan zahir, susuk tubuh mereka tidak lah sebesar mana, tetapi mereka mampu memikul barang2 pendaki yang berat nya lebih 30kg menuju ke kemsite (rasa2nya lebih kurang 8-9km dari starting point).
Baru sampai...

Dipendekkan cerita, setelah selesai taklimat ringkas, senaman regangan ringkas, bacaan doa, kami pun memulakan perjalanan / pendakian.

Seperti biasa, aku berada di barisan hadapan... bukan apa.. nak teman kan guide.. takut guide pewai.. (kononnya laa...)

 Perkara pertama yang kami lalui ialah, pemandangan sawah padi di kiri dan kanan.
Makan malam

Sehinggalah kami bertemu dengan "Trail Entrance" yang sebenar... waahhh... kena cross sungai ni... untuk mengelakkan kasut basah, terpaksalah aku buka kasut dan setokin.
Porter... bersiap2 packing barang

Ada dua sungai yang perlu dilintasi, yang mana tidak dapat tidak, perlu juga kita buka kasut jika tidak mahu kasut basah.

Buat permulaan, kita akan menempuh trail balak yang lama... ada banyak pacat...apaaaaaa????? pacatttt???? :-) Nasib baik sekarang musim kering, jadi pacat2 tersebut tidaklah seganas macam hari2 biasa...

Dipendekkan cerita, setelah beberapa jam menempuh trail balak, akhirnya kami memasuki "pintu rimba sebenar"... keadaan hutan berubah secara drastik, pokok2 dilitupi lumut2 tebal yang kita kenali sebagai mossy forest.


Penanaman padi di Kampung Sinua
Rumah penginapan kami di Kampung Sinua
Mode pendakian juga berubah sedikit, lebih pacak dan curam dari trail balak tadi, menyebabkan adakalanya kita perlu berpaut pada akar2 kayu.

Lebih kurang satu jam meredah mossy forest, akhirnya kami tiba di satu kawasan lapang berbatuan. Itulah "Kem 2", kemsite kami untuk malam ini. Rupa2nya pihak guide di Kg Sinua telah menyiapkan "khemah" yang selesa yang boleh memuatkan kira-kira 16 orang, lengkap dengan "katil".

Beberapa orang pendaki lain yang membawa khemah memasang khemah sendiri, manakalah aku pula memasang "Khemah Ultralight" DIY.. Fly sheet yang telah diubah suai agar boleh ditutup seperti khemah.

Ada sumber air lebih kurang 800 meter dari kemsite. Oleh kerana kami dah upah porter, maka menjadi tugas mereka membantu mengambil air tersebut untuk kegunaan kami.

InsyaAllah, kami akan bangun tidur seawal 1.30 pagi untuk memulakan pendakian ke puncak gunung pada jam 2.00 pagi esok. Bersambung...

Bersiap sedia untuk memulakan pendakian
Sessi taklimat














Berbaris....Sedia..!!!! :-)

Guide merangkap porter





















Trail Entrance... pendakian bermula..

Perkara pertama... melintas sungai... :-)












Inilah hasil kreativiti "Khemah ultralight"

suasana di kemsite

"khemah" yang telah disediakan pihak guide
siap ada katil

memasak untuk makan malam

makan malam

pemandangan dari tepi permatang

Gaya nak bagi orang jeles.. :-)