Saturday 28 April 2018

Wisport Sparrow Egg - Atacs ix




Wisport Sparrow Egg (a-tacs ix)

- Satu perjalanan yang sangat panjang, menempuh pelbagai dugaan dan cabaran, dari Poland ke Malaysia.

Nantikan ia beraksi...


Update : 07th May 2018

- Kisahnya...
aku upload gambar2 dulu... ada masa nanti aku cerita panjang...

Engkorang mesti tertanya2 kan, apa lah special sangat backpack ni...

Aku cerita ringkas2 je lah dulu... aku suka corak camouflage backpack ni... susah nak dapat "serious backpack" dengan corak camouflage yang ni...

Apa nama corak camo ni?

Corak camo yang ini kita kenali sebagai A-tacs ix.


Selalunya Rambo2 tahap tegar saja yang dapat menghargai corak camo atacs ix ni.. :-D

Dan.... buat masa ni, aku tak pernah lagi tengok di Malaysia ni ada orang pakai backpack corak camouflage atacs ix ni...

Backpack Wisport ni pun aku tak pernah lagi tengok orang pakai/guna di Malaysia.

Kiranya, backpack ni tergolong dalam spesis yang sangat rare dan ajaib di Malaysia buat masa ini..

Tambahan pula, model Wisport Sparrow Egg ni adalah model baru, tahun 2018. Sehingga pada artikel ini di tulis, aku belum pernah nampak lagi ada orang upload gambar atau review pasal "Wisport Sparrow Egg Atacs iX" ni.

Wisport Sparrow Egg corak biasa2 ada lah.. tapi corak atacs ix ni aku tak pernah jumpa lagi orang upload gambarnya atau reviewnya, kecuali dari blog auragunung ni. Jadi, aku ada sikit bangga lah.. :-D



Update : 14 Mei 2018

Aku sebenarnya menyampah dengan company Wisport ni, aku rasa diorang ni macam kerek gilerr.... bila aku hubungi mereka melalui messenger atau email, jawab soalan aku macam nak, tak nak... kalau depan2, mesti dah kena sound tepat punya... mungkin pasal aku perkenalkan diri aku dengan nama Islamic... dan aku bagitahu aku dari Malaysia (sebelum pilihan raya ke 14)... Jadi dia ingat orang2 Malaysia ni cikai sangat agaknya... maklum lah, mungkin disebabkan banyak isu2 yang menjatuhkan air muka rakyat Malaysia di mata dunia luar sebelum2 ni...

Aku tak beli direct dengan company Wisport ni, pasal staff2 mereka macam tak membantu, dan seolah2 macam tak mahu aku beli backpack ni dari mereka... Hampir mustahil aku nak dapat backpack ni... Tapi, aku kan Rambo tegar..., berbekalkan skill yang ada, akhirnya aku dapat juga beli backpack ni dari satu company lain (kedai online) yang membantu aku... sehingga tarikh hari ni (14 mei), korang pergi lah surf internet, cari "Wisport Sparrow Egg corak Atacs ix", korang takkan jumpa punya, kecuali kat blog auragunung ni... :-)

Siapa2 yang kenal aku sebagai pendaki gunung, mesti korang tahu aku biasa dengan backpack2 yang tahap elite seperti Arc'teryx, dan juga backpack2 yang terkenal di U.S, seperti Osprey, dan juga banyak backpack2 yang agak rare yang susah nak dapat, yang aku ada... Jadi, apalah sangat teknologi Wisport ni (nada geram, sebab customer service mereka teruk)...

Aku beli backpack ni semata2 pasal corak dia.. dan sizenya yang comel..., comel + atacs ix = rare :-)

So far, aku guna backpack ni masa naik bukit tabur tempohari, bahagian belakang yang bersentuh dengan badan takde system pengaliran udara yang bagus. Jadi, jika berpeluh, belakang backpack tu boleh nampak basah kesan peluh. Beg ni lebih kurang 10 liter. Kepada sesiapa yang biasa guna backpack, boleh bayangkan apa yang kita boleh isi dengan backpack 10 liter.

Kalau untuk misi2 pendakian daypack, setakat nak masukkan air botol 1.5 liter tu, boleh lah korang masukkan dalam 2 botol, makanan2 ringan, headlamp, pisau, lighter, gps, mobile phone, powerbank, portable Bluetooth speaker, dan masih ada lagi sikit ruang untuk korang letak apa2 lagi yang korang nak. di luar backpack sebelah kanan dan kiri, ada mesh pocket untuk korang letak apa2 barang, mesh pocket tu boleh muat botol air 500ml atau 700ml.


Pada aku, backpack ni sesuai juga, kalau korang bawa pergi shopping complex, pergi jalan2, bersukan, pergi surau atau masjid, kolej atau pergi mana2 tempat yang korang nak lah, pasal size nya tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. Tapi kalau semata2 kerana size korang nak beli backpack ni, aku nasihatkan tak payah lah.. berlambak lagi backpack lain yang korang senang nak beli kat Malaysia ni, tak payah nak order dari jauh2, dan mengadap customer service wisport yang sengal dan kerek gilerrr....

Kesimpulannya, aku suka backpack ni sebab ianya "comel + atacs ix = rare". Tapi aku menyampah dengan customer service atau staff2 company Wisport yang reply messenger atau email macam nak, tak nak, dan lembab.