Monday 19 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 5)

 Hari Kelima - "Kem Pasir Panjang - Air Terjun 4 Step"
- Ini adalah hari yang aku tunggu2 dalam misi pendakian ini, kami merancang untuk memulakan pendakian ke Air Terjun 4 Step seawal 6.15 pagi, iaitu setelah selesai menunaikan solat subuh.

- Tetapi, oleh kerana beberapa pendaki lain yang masih belum selesai menguruskan diri masing2, seingat aku, kami hanya memulakan perjalanan lebih kurang jam 8 pagi.

- Aku rasa aku dah terlupa nak cerita satu perkara... aku pergi trip ni dengan kelolaan Group Ohana, aku ucapkan banyak2 terima kasih kepada organizer atas kelolaan event tersebut. Nak tunggu pergi dengan kawan2 aku tak tahu bila yang boleh pasal masing2 semua sibuk...

- Dalam pendakian ini aku buat setting sendiri saja, khemah bawa sendiri, dapur, makanan semua bawa sendiri, walaupun aku sado, tapi aku tak mampu nak mendaki dengan pikul backpack berat2.
Dan yang paling penting, walaupun aku bawak khemah, ration, peralatan sendiri, ini tidak mengurangkan sikap "kerjasama" dalam group pendakian kami ini. Bukan bermakna bila bawak ration sendiri, kita buat hal sendiri2 semata2...

Jadi setiap barang yang aku bawa aku timbang beratnya dulu, aku teliti habis2an apa barang yang perlu aku bawa dan tak perlu aku bawa... aku rasa aku dah buat "tapisan tahap raksaksa" tentang barang2 yang aku nak bawa, tapi pada aku masih lagi berat...
Purata berat sehari aku pikul dari hari pertama dalam 14-16kg, bagi korang yang gagah perkasa mungkin 14-16kg ni ringan, tapi bagi aku ni dah kira berat lah... korang tak boleh samakan "kegagahan", "kelajuan" korang dengan pendaki lain terutama yang otai tapi boleh pewai macam aku.. :-D

Aku bukan membebel, yang aku cerita kat korang ni semua ilmu dan pengalaman tau, moga2 bermanfaat tulisan2 aku ni... :-)

 - Ok, berbalik pada kisah pendakian hari kelima menuju ke Air Terjun 4 Step... dipendekkan cerita pada awalnya trek ke sana aku rasa macam biasa je, redah sungai, masuk hutan, elak sarang penyengat, naik bukit turun bukit.

- Antara yang luar biasanya ialah aku rasa macam penat sangat... maklum lah malam tadi aku tak berapa lena nak tidur... jadi badan tak cukup rehat. Dan di tambah pula apabila kita hampir sampai, trek nya mencanak menaik curam tahap cipan. Tanah yang dipijak agak lembut menyebabkan sekali sekala aku tergelincir jatuh.

- Akhirnya, setelah berhempas pulas mendaki, seingat aku lebih kurang jam 11 lebih, Air Terjun 4 Step kelihatan tersergam di hadapan mata ku... indah, cantik, rare, misteri, hanya mereka yang benar2 bersungguh saja yang akan sampai ke sini...

- Aku nak gambar kan melalui perkataan pun payah, korang tengok lah gambar2 yang aku share tu, tapi tak sama tengok gambar dengan tengok depan mata, nanti korang pergi lah sendiri. :-D

- Air kat sini sejuk... dan ada setengah2 tempat yang agak dalam, setelah puas aku mandi manda kat sini, lebih kurang menghampiri jam 1.30 tengahari kami bergerak balik semula ke Kem Permatang Pasir untuk mengambil barang2 dan seterusnya menuju ke Kem Teku untuk bermalam di sana.

- Kalau tak silap aku, kami sampai semula di Kem Permatang Pasir dalam jam 3 lebih menghampiri jam 4...

Ni sahabat sependakian aku.. Amir namanya..


- Setelah bersiap2 ambil barang kami semua bergerak balik ke Kem Teku, kalau tak silap aku dalam jam 5 petang...

- Semua dalam keadaan gembira, tanpa menyangka ada "dugaan besar" yang menanti kami di hadapan....

- Bersambung -