Wednesday, 12 February 2014
Pendakian Gunung Tahan - Jun 2014
Saya mencari rakan2 pendaki yang berminat untuk menyertai Misi Pendakian Geng Aura Gunung Mendaki GUNUNG TAHAN (tarikh pendakian antara akhir bulan Mei - bulan Jun 2014 - akan diputuskan kemudian dengan perbincangan bersama)
Laluan adalah dari Merapoh - Kuala Tahan. Pendakian Santai - (7 - 9 hari - cadangan 9 hari termasuk Air terjun 4 tingkat)
Kos seorang sekitar RM300-RM400, Setting makan/minum/khemah - bebas (solo atau partner). Peserta adalah terhad maksimum 6 orang sahaja. (Jika lebih dari 6 orang, mungkin kita akan pertimbangkan dan kita buat perbincangan semula)
Tarikh akhir untuk pengesahan penyertaan adalah pada 25 Mac 2014. Selepas itu Deposit perlu dibank in sebelum 30 Mac 2014.
Kepada rakan2 yang berminat, sila message saya di ruangan komen di bawah, atau boleh email saya di Auragunung@gmail.com
Perbincangan lanjut akan diadakan kemudian.
Terima kasih
wassalam
Monday, 20 January 2014
Pengalaman Misteri Mendaki Gunung Hitam & Tazkirah G.A.G
Dengan trek yang tertutup, dihendap oleh harimau, mendengar beruk ketawa mengilai2, terlihat Nenek Kebayan sekilas melintas mengutip bunga, diugut oleh penghuni hutan di kalangan makhluk ghaib, semua itu sudah cukup menggerunkan bagi sesiapa yang hanya gemar duduk dalam "zon selesa kehidupan".
"Jika kau tak keluar sebelum maghrib, aku tak benarkan kau keluar dari sini", ugut makhluk ghaib itu.
Fuhhh... samseng pulak makhluk2 ni. Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 6.45 petang, aku masih berada di puncak Gunung Hitam dalam perjalanan turun ke "starting point".
Aku tunduk sebentar, memejamkan mata, sambil cuba meninjau-ninjau situasi sebenar. Makhluk2 ni nak cari pasal sungguh, aku masuk cara baik dan aku nak keluar dengan cara baik.
"Kalau kamu tak bagi kami keluar, aku "mandul"kan korang semua", aku pula memberi amaran mengugut makhluk tersebut.
Bukan cara aku untuk mengganggu penghuni2 hutan, mereka juga makhluk Allah. Tetapi jika mereka main kasar, cari pasal dan melampaui batas, aku tidak teragak2 untuk bertempur kerana mempertahankan diri. Alhamdulillah, Selepas aku beri amaran pada makhluk2 tersebut, mereka hanya mendiamkan diri, tidak lagi bersuara atau mengganggu.
Aku teruskan perjalanan untuk balik ke "starting point". Masalah sakit lutut yang agak kronik, menyebabkan pergerakan pendakian agak perlahan, dan hampir2 saja aku membatalkan hasrat untuk ke puncak. Namun kerana minat dan semangat jati diri, aku gagahkan juga diri untuk menyempurnakan misi ini.
Syukur ke hadrat Allah, akhirnya aku sampai semula ke starting point dalam jam 10 malam, satu pengalaman yang sangat berharga dalam dunia pendakian.
Aku nak cerita sikit pasal slogan GAG - Aku Datang, Aku Daki, Aku Takluk...
Dari awal aku dah cakap dengan semua orang, aku aktif mendaki gunung bukan sebab nak jadi guide gunung, bukan nak cari glamour, bukan nak bermegah-megah. Dan aku tubuhkan group Geng Aura Gunung (GAG) ni, dengan tujuan supaya kawan2 mendaki yang mengikuti trip GAG ni sedikit sebanyak dapat ilmu dan pengalaman yang dapat mendekatkan diri mereka pada Allah. Tuhan pencipta alam. Dan bila kita semakin dekat dengan Allah, sepatutnya adab dan akhlak kita semakin indah pada sesama manusia.
Alam semesta ni umpama sebuah kitab, kita baca dan kita lalui lembarannya sehelai demi sehelai, dan sepatutnya bila melalui lembaran-lembaran tersebut, akan bertambah pengalaman kita, dan yang penting sepatutnya makin bertambah-tambah ilmu, iman dan amal kita kepada Allah s.w.t.Sepatutnya kita makin kenal diri sendiri, sepatutnya kita makin faham apa itu nilai-nilai kemanusiaan, sepatutnya perasaan kita semakin halus, semakin teliti dan semakin sensitif terhadap apa jua urusan samada Hablumminallah (hubungan dengan Allah) dan Hablumminannas (hubungan dengan manusia).
Pada hakikatnya, barangan yang baik tidak memerlukan kata-kata yang indah. Tak perlu ayat-ayat power atau tak perlu ayat-ayat "poyo" untuk menjadi seorang "otai gunung".
Salah satu sifat orang-orang munafiq adalah selalu memungkiri janji atau selalu berbohong dalam bicara, apakah sikap-sikap sebegini masih kekal pada seorang pendaki gunung yang kononnya tegar dan otai? Dimana letaknya kesan-kesan keinsafan dan ketakjuban menyaksikan keagungan ciptaan Allah di dalam hutan dan puncak-puncak gunung, jika perkara asas macam ni pun kita tak reti nak jaga? Susah sangat ke nak jadi seorang yang jujur?
Kalau dulu mungkin kita suka buang sampah merata-rata, sepatutnya setelah berkali-kali mendaki gunung, kita dah boleh sensitif tetang soal kebersihan, apa2 yang kita bawa masuk dalam hutan, itulah yang kita bawa keluar, jangan suka-suka buang sampah kat dalam hutan, siapa nak kutip balik sampah2 tu? Alam flora? DBKL? Siapa yang masuk Gunung Liang 2-3 hari lepas? Siapa yang melonggok-longgok sampah kat kem Lubuk Antu tu? Ngkorang nak suruh siapa bersihkan sampah2 tu? Hantu?
![]() |
| Kem Lubuk Antu |
Sepatutnya aktiviti sebegini mengajar kita erti berdikari, meningkatkan jati diri, mengajar kita menghargai masa, mengajar kita merindui orang-orang yang kita tinggalkan, menambahkan lagi nilai-nilai positif setiakawan, mengajar kita lebih mengenal siapa diri kita yang sebenar dan siapa kawan-kawan kita yang sebenar.
Kita nak bina atau capai satu-satu kejayaan tu bukannya senang, ngkorang fikirlah sendiri, kita ambil contoh mendaki gunung... penat-lelah, sakit lutut, sakit kaki, memikul beg dan barang-barang yang berat, bila dah terlalu penat ada diantara pendaki yang tidak dapat mengawal emosi, marah-marah, menyumpah-nyumpah, ada yang tak mau teruskan pendakian, ada yang sampai muntah-muntah, adakalanya setelah berhari-hari mendaki barulah dapat menjejakkan kaki di puncak gunung.
Bukan senang nak mencapai puncak, bukan senang nak capai kejayaan. Ingatlah... Puncak Gunung hanya satu destinasi, Pengalaman disepanjang pendakian itulah tujuan sebenar seorang pendaki.
Kesimpulannya, Slogan GAG - "We Came, We Climbed, We Conquered". Conquered atau takluk tu sebenarnya bukan bermaksud menakluk gunung. Gunung itu sahabat kita, seorang sahabat tidak akan menakluk sahabatnya. "Menakluk" itu sebenarnya bermaksud, menakluk diri sendiri, menakluk keegoan diri, menakluk fizikal, mental, emosional dan spiritual diri sendiri. Bila mendaki kita penat dan kita bersabar, bila kena hujan barang-barang habis basah kita bersabar, bila jatuh atau luka kita bersabar, kita semakin sedar bahawa kita ni sebenarnya hanyalah insan yang kerdil yang tidak ada nilai apa-apa melainkan redha Allah terhadap kita.
wassalam.
Wednesday, 1 January 2014
Pendakian Gunung Kinabalu - Ekspedisi Gurkha Hut - September 2013
![]() |
| Gurkha Hut |
Jadi.. dengan kesempatan masa yang telah diberi Allah s.w.t kepada aku, maka insyaAllah.. aku akan mengemaskini, kisah-kisah pendakian gunung yang telah aku lalui satu demi satu.
Kali ini, aku nak berkongsi kisah pendakian Gunung Kinabalu, tetapi pendakian yang lain dari yang lain, misi pendakian yang istimewa yang jarang-jarang dilakukan oleh pendaki-pendaki yang pernah mendaki Gunung Kinabalu, iaitu Ekspedisi Gurkha Hut.
Gurkha Hut adalah satu pondok yang terletak, boleh dikatakan berhampiran dengan Puncak Low (Low's peak), iaitu puncak yang telah diwartakan sebagai puncak yang tertinggi di Pergunungan Kinabalu. Sebenarnya, jika kita membuat sedikit pembacaan berkenaan dengan pergunungan Kinabalu, kita akan dapati bahawa di pergunungan Kinabalu terdapat banyak juga puncak-puncak gunung yang lain, seperti Puncak Oyayubi, Puncak St John, Puncak King Edward, Puncak Donkey Ears, Puncak Tunku Abdul Rahman, Puncak Duit Seringgit dan lain-lain lagi.
Ekspedisi pendakian kali ini adalah selama 4 hari 3 malam. Hari pertama aku sampai di Sabah, aku bermalam di sebuah resthouse seperti bilik asrama, aku pun dah tak ingat dah apa nama resthouse tu. Tapi, memang murah. Dari Kinabalu Park, kita turun ke arah jalan raya, menghala ke kiri, lebih kurang 8 minit berjalan, maka kita akan berjumpa dengan resthouse tersebut di sebelah kiri.
![]() |
| Berlatarbelakangkan Kinabalu Park |
Timpohon Gate????? ye.. Laluan kami adalah melalui Timpohon Gate... Entah kali yang keberapa aku dah melalui laluan ini... namun, resmi pendaki, tidak boleh memandang rendah pada setiap pendakian, walaupun sudah beratus kali atau beribu kali pendakian yang sama telah dilalui, tidak boleh sama sekali pendaki memandang remeh atau ringan terhadap pendakian tersebut.
Maka aku pun dengan sabar melalui, satu persatu pondok2 rehat yang ada disepanjang pendakian, menuju ke Laban Rata, kami dah pakat untuk berkumpul di RestHouse Laban Rata, sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Sayat-Sayat untuk berkhemah di sana.
Di sepanjang pendakian beberapa kali aku berselisih dengan satu kumpulan pendaki yang juga melakukan satu misi yang jarang-jarang dilakukan oleh pendaki gunung Kinabalu, iaitu Ekspedisi Kotal Road... mereka adalah terdiri dari Ngai, Nabil (Allahyarham) dan beberapa pendaki wanita yang aku tak ingat nama mereka.
![]() |
| Di Laban Rata RestHouse |
Tak lama kemudian, guide dan ketua kumpulan kami datang, dan memberitahu bahawa kami boleh tumpang bermalam di sebuah kabin, lengkap dengan katil 2 tingkat. Aku tak pasti kabin ni untuk apa.. rasa-rasa aku, ini mungkin kabin penginapan untuk guide-guide gunung Kinabalu.
![]() |
| Dalam Kabin |
Malam itu, kami tidur lena, walaupun cuaca agak sejuk. Suhu mencecah 4 darjah celsius. Alhamdulillah, kabin yang tertutup, tilam dan sleeping bag yang tebal, membantu aku dari "meroyan" kesejukan... takut sejuk???.. tak takut.. seram je... :-)
Pagi esok kami bersiap-siap untuk meneruskan pendakian, setelah sarapan, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gurkha Hut. Satu kebanggaan bagi sesiapa yang pernah sampai ke Gurkha Hut ini, kerana tempat ni tidak boleh di datangi sebarang pendaki, perlu ada permit khas.
Tiada kata secantik bahasa... Tiada gambar secantik gambaran yang dilihat dengan mata kepala sendiri... jadi... walaupun aku upload kat blog ni macam-macam gambar pendakian, ianya tak sama dengan kita lihat dan alami sendiri. Kami sampai di Gurkha Hut sebelah petang, oleh kerana pondok Gurkha Hut ni cuma boleh muatkan 5 orang maksimum untuk bermalam, maka aku dengan baik hatinya telah meng-offer-kan diri untuk tidur diluar sahaja, di dalam khemah. Satu pengalaman yang agak membekukan tubuh badan... :-) nasib baik malam tu hujan dah berhenti.

Aku cukup seriau... atau risau.. atau khuatir jika bergantung/berkongsi khemah dengan orang lain... kenapa? Prinsip aku dalam pendakian adalah "persediaan rapi". Dan sekiranya aku dah lakukan persediaan rapi, jika apa-apa perkara diluar jangkaan berlaku, aku dah cukup redha dah...
Dalam ekspedisi ni aku tak bawak khemah, aku bersetuju untuk berkongsi khemah dengan kawan-kawan sependakian. Jadi aku tak pasti bagaimana kondisi khemah tersebut, dan aku tak pasti bilakah kali terakhir kawan kesayangan aku ni menguji khemah tersebut, samada ianya dalam kondisi yang baik atau ada mengalami kebocoran di mana-mana.
Pada malam itu, terbuktilah keseriauan atau kekhuatiran atau kerisauan yang aku fikir-fikir tersebut, walaupun hujan tidak beberapa lebat, tetapi aku dapati khemah tempat aku nak bermalam tu dimasuki air hujan. Nasib menyebelahi aku, ditakdirkan Allah hujan berhenti, maka tiada lagi masalah kebocoran khemah pada malam tersebut.
Tetapi satu perkara yang tidak aku sangka telah berlaku, kesejukan di kawasan pergunungan Kinabalu tersebut (Gurkha Hut) telah menewaskan sleeping bag ku yang selama ini belum pernah dikalahkan lagi oleh mana-mana kesejukan pergunungan. Sleeping bag ku tewas.. aku tidur dalam keadaan yang tidak lena, atau tidur-tidur ayam kfc, kerana menggigil kesejukan. Tak mengapa.. aku bersabar dan menempuh segala ujian yang aku sendiri cari pasal.... siapa suruh naik gunung.. kan..kan..kan.. :-)
Kesengsaraan "pembekuan diri" tersebut berakhir pada jam 4 pagi. Kedengaran dua orang rakan sependakian yang tidur dalam pondok Gurkha Hut, keluar dari pondok untuk menuju ke Puncak Low, iaitu puncak yang diwartakan tertinggi di pergunungan Kinabalu. Aku keluar dari khemah, dan mereka mengajak aku untuk turut serta.
Perancangan mereka ini tiada didalam tentatif, kalau ikut jadual kami akan menaiki Puncak Low pada siang hari nanti, lagipun aku dah pernah jejakkan kaki ke puncak tu sebelum ni, ngkorang pergilah, aku nak tidur.
Oleh kerana dua orang telah keluar dari pondok Gurkha Hut, maka adalah tempat tidur yang kosong di situ. Dengan tidak berlengah lagi, aku capai karrimate dan sleeping bag dalam khemah, lalu berpindah tidur didalam pondok. Fuhhh... lega.. baru lah rasa macam "mamalia"... berdarah panas... kalau tak... rasa macam makhluk reptilia atau amfibia je... berdarah sejuk... menggigil-gigil dalam khemah.. :-)
Panjang pulak kisah ni.. ngkorang tak boring ke baca kisah ni? taakkk kan..? taakkk kan...? Ni Ekspedisi "rare" ni.. bukan semua orang pernah ikut ekspedisi macam ni... aku cerita sikit lagi laa ye...
Dipendekkan cerita yang tak berapa nak pendek ni, hari pun dah siang, lepas sarapan, kami berkemas-kemas untuk menjelajah di persekitaran kawasan pergunungan di situ. Kawan kami yang dua orang tadi pun dah turun dari puncak, guide kami membebel la jugak pasal khuatir apa-apa hal berlaku terhadap mereka. Maklumlah mereka pergi berdua tanpa guide... takpe laa.. janji semua dah selamat...
Selesai berkemas kami pun memulakan penjelajahan kami.... ok.. ngkorang tengok-tengok laa gambar-gambar yang aku upload kat bawah ni ye.. nanti aku sambung lagi cerita ni di posting yang lain insyaAllah...
BERSAMBUNG DI POSTING AKAN DATANG....
Sunday, 29 December 2013
Menjejak Puncak Gunung K2 - Misi Geng Aura Gunung 28 Dec 2013
Gunung K2 adalah gunung kedua tertinggi di dunia selepas Gunung Everest. Tetapi ianya sangat dikenali sebagai Gunung yang paling bahaya di dunia untuk di daki, lebih bahaya dari pendakian Gunung Everest.
Terletak antara negara Pakistan dan negara Republik China. Ketinggiannya mencapai 8,611 meter (26, 251 kaki), lebih dua kali ganda tinggi berbanding dengan Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Malaysia.
Dengan ketinggian yang hanya kurang 237 meter dari Gunung Everest, dikatakan secara purata, setiap 100 pendaki Gunung K2, 29 orang mengalami kemalangan maut, berbanding dengan purata pendakian Gunung Everest, setiap 100 pendaki yang mendakinya, hanya 4 orang yang mati.
Jumlah kematian pendaki yang mendaki yang mendaki Gunung K2 adalah lebih dari 7 kali ganda berbanding kematian pendaki yang mendaki Gunung Everest.
Inilah impian saya sejak sekian lama, menjejakkan kaki ke puncak Gunung K2, Gunung kedua tertinggi di dunia, tetapi Gunung yang paling merbahaya didunia untuk didaki.
Pendakian "Geng Aura Gunung" bersama "Group Penjejak Gunung" mendaki Gunung K2 pada 28 Dec 2013 baru-baru ini, bukanlah saya maksudkan pendakian Gunung K2 seperti yang diatas. Tetapi ianya adalah Misi Pendakian Extreme mendaki dua gunung dalam sehari iaitu Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang terletak di Grik, Perak. Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai ini, mempunyai tarikan "rare"nya yang tersendiri. Ianya dapat dilihat tesergam indah dengan jelas dari jalanraya kira-kira 3 kilometer dari Pekan Grik.
Pendakian extreme ini disahut oleh lima orang pendaki tegar, saya dan shafarin dari "Geng Aura Gunung", manakala Hanizamal selaku Ketua Misi Extreme, Fisol dan Johnny, mereka bertiga adalah dari Group "Penjejak Gunung"
![]() |
| Gunung Kenderong-kiri, Gunung Kerunai-Kanan (K2) |
Manakala, kanan dan kiri trek adalah jurang yang sangat bahaya, jika tidak berhati-hati, kemalangan maut boleh meragut nyawa pendaki. Ditambah pula dengan treknya yang agak terdedah dengan panas terik matahari, membuatkan pendaki cepat mengalami dehidrasi, dahaga dan letih yang melampau. Begitu lah juga dengan pendakian Gunung Kerunai, trek yang lebih kurang hampir sama, kerana kedudukannya yang sebelah menyebelah.Tiada punca air di sepanjang pendakian ke atas. Punca air terakhir adalah di kaki Gunung Kenderong.
Apa yang membuatkan misi pendakian kali ini lebih tiga kali ganda extreme dan mencabar adalah kerana kami melakukan pendakian ke kedua-dua puncak gunung dalam masa sehari. Ditambah pula, trek yang telah sangat tertutup, dirimbuni oleh buluh-buluh dan pokok-pokok tumbang, belukar yang sangat extreme semaknya, hinggakan sekiranya sesiapa yang tidak pernah ke sini, pasti tidak akan menjumpai laluan trek pendakian ke puncak gunung.
Luka-luka akibat terkena duri, ranting dan daun-daun tajam menjadi "teman setia" sepanjang menyusuri trek pendakian dari bawah hingga ke puncak. Bayangkan, keluasan kemsite di punca air terakhir yang dikatakan boleh memuatkan dua buah helikopter, hanya tinggal tujuh peratus dari keluasan asal, kerana semak samun dan pokok-pokok yang telah menutupi kawasan sekitarnya.
![]() |
| Kemsite di punca air terakhir yang hampir hapus |
Pendakian kami bermula dengan mendaki Gunung Kerunai terlebih dahulu. Setelah sampai ke puncak, kami berehat seketika, kemudian turun semula ke persimpangan antara dua kaki gunung. Kami berehat seketika di punca air terakhir, sebelum meneruskan pendakian Gunung Kenderong.
Kami bermalam di puncak Gunung Kenderong dan turun semula pada jam 11.30 pagi keesokan harinya untuk kembali ke starting point.
Saya bersama rakan-rakan yang melakukan misi pendakian ini adalah pendaki2 gunung yang tegar, pendaki2 gunung yang berpengalaman. Pandangan peribadi saya terhadap misi pendakian kali ini adalah, ianya sangat extreme, mencabar fizikal dan mental pendaki-pendaki gunung yang berpengalaman, sangat merbahaya, perlu sangat berhati-hati sewaktu mendaki. Oleh itu sekiranya anda berminat untuk menjejakkan kaki ke sini, buatlah persediaan rapi, dan jangan memandang rendah kuasa alam.
Boleh saya katakan, ini adalah Misi Pendakian Gunung penutup untuk tahun 2013 bagi Geng Aura Gunung. Jutaan terima kasih saya ucapkan buat pengasas group "Penjejak Gunung", En Hanizamal, dan semua rakan-rakan pendaki yang terlibat dalam misi extreme ini. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di misi pendakian yang mencabar untuk tahun 2014.
Sila klik link di bawah untuk menyaksikan video2 pendakian :
Part 1 - Pendakian Extreme Gunung Kerunai & Kenderong
Part 2 - Pendakian Extreme Gunung Kerunai & Kenderong
![]() |
| Hanizamal, Fisol, Saya, Shafarin dan Johnny |
![]() |
| Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai (K2) |
![]() |
| Di Puncak Gunung Kerunai |
![]() |
| Di Puncak Gunung Kenderong |
Thursday, 25 July 2013
Tidur Bersendirian di Puncak Gunung Yong Belar (ketinggian 7,156 kaki)
Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur dan Kelantan Darul Naim, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Yong Belar mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Pengalaman manis ketika melakukan xpdc TransTitiwangsa V2 (mendaki puncak2 gunung di Banjaran Titiwangsa selama 8 hari) pada bulan Februari 2013 yang lalu. Meng"Khatam"kan pendakian gunung2 G7 (ketinggian lebih 7,000 kaki) dengan pengalaman yang unik.
Saksikan video di puncak Gunung Yong Belar. Video Di Puncak Gunung Yong Belar (sila klik pada link)
Thursday, 11 July 2013
Mendaki Gunung Tumang Batak - 7 Julai 2013
![]() |
| Puncak Gunung Tumang Batak |
Segala Puji Bagi Allah Yang Memiliki dan Mengatur Setiap zarah kewujudan. Selawat dan Salam yang Berkekalan untuk Baginda Rasulullah s.a.w cahaya sekelian alam.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah s.w.t dan dikhususkan untuk umat Baginda Rasulullah s.a.w.
Betapa sibuknya saya, sehingga tidak sempat untuk mengemaskini blog berkenaan dengan misi2 pendakian saya. Boleh dikatakan setiap minggu ada sahaja gunung2 yang saya daki.
Sedangkan kisah pendakian Gunung Semangkok yang lalu pun belum habis saya sudahkan, inikan pula misi2 pendakian Gunung2 yang lain. Kesimpulannya, misi2 pendakian gunung saya lebih kerap dan pantas berbanding dengan kerja2 mengemaskini blog. Ini adalah kerana saya ingin mengambil kesempatan dengan keadaan cuaca yang kering sekarang, maklumlah... jika tiba musim hujan nanti, misi2 pendakian mungkin terpaksa dikurangkan ataupun "Setting mode" pendakian terpaksa diubah untuk disesuaikan dengan musim hujan pula.
![]() |
| Puncak Gunung Liang Barat |
Gunung Tumang Batak ini sangat jarang di masuki oleh para pendaki, menyebabkan treknya hampir2 tiada atau terputus2, kerana telah ditutupi oleh pokok2 hutan, pokok2 buluh, pokok2 berduri dan juga banyak pokok2 tumbang. Laluan treknya bermula dari puncak Gunung Liang Timur, dan ada juga info yang mengatakan ada laluan lain yang dimasuki pendaki melalui Ulu Slim.
Dikatakan ianya adalah kawasan Hulu Sungai Merah, berada di utara dari garis sempadan tersebut. Di sini ada banyak gua kecil tempat persembunyian komunis. Kawasan ini adalah Kubu terakhir komunis yang terakhir menyerah diri pada tahun 1984, ianya antara base camp terbesar komunis di Tanah melayu.
Pada asalnya saya bercadang untuk mendaki Gunung Tumang Batak ini bersama sahabat saya En Khirman Khalid, tetapi beliau terpaksa membatalkan perancangannya kerana sebab2 yang tidak dapat dielakkan.
![]() |
| Puncak Gunung Liang East |
Untuk mendaki Gunung Tumang Batak ini, terlebih dahulu saya perlu mendaki ke puncak Gunung Liang Barat dan puncak Gunung Liang Timur, dari puncak gunung tersebut barulah saya memasuki trek pendakian ke Gunung Tumang Batak.
Secara peribadinya saya merasakan ini adalah satu pengalaman pendakian yang sangat Eksklusif dan bertaraf Elit serta kategori "rare". Terlalu sedikit info yang kita boleh perolehi berkenaan dengan Gunung Tumang Batak ini dan tidak ramai yang pernah menjejakkan kaki ke sini.
Bagi saya, pendakian kali ini, jika hendak di"rate" kan dengan berapa bintang, maka tiada bintang yang dapat saya nilaikan, kerana ianya terlalu bersifat "sentimental value"
Disebabkan oleh kerana terlalu jarang pendaki mendaki Gunung Tumang Batak ini, maka treknya sangat samar, habis tertutup dengan rimbunan pokok2 hutan serta berduri. Ditambah pula banyak pokok2 besar yang tumbang menyebabkan trek laluan ke puncak HAMPIR2 TIADA dan treknya TERPUTUS2.
![]() |
| Puncak Gunung Pertama (Batu Sempadan Besar) |
Oleh kerana masa terlalu suntuk, saya tidak berada lama di puncak. Beberapa ketika saya menikmati pemandangan di kawasan puncak seperti taman yang dijaga, indah dan mendamaikan jiwa. Setengah jam kemudian saya berpatah kembali dan selamat sampai di Puncak Gunung Liang Timur pada jam 9.00 malam.
Sekali lagi syukur ke hadrat Allah s.w.t, bagi saya ini adalah hadiah muqaddimah untuk menyambut dan meraikan kedatangan Bulan Ramadhan, yang mana saya akan merehatkan diri dari misi2 pendakian selama sebulan, insyaAllah.
![]() |
| Di Puncak Gunung Tumang Batak (Samsung Galaxy Note II -Timer Mode) |
![]() |
| Suasana Berkabus |
![]() |
| Sarang Semut |
![]() |
| Kumbang Malam |
(Oleh kerana terlalu sibuk mencari2 trek, menebas dan menempuh segala macam "kegabanan" dalam pendakian, sedikit benar video yang dapat saya ambil dalam misi pendakian Gunung Tumang Batak ini..
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
















































