Wednesday, 21 November 2012

Mendaki Bukit Tabur West (18 Nov 2012)

Bismillahirrahmanirrahim.. syukur ke hadrat Allah s.w.t, saya masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman, walaupun dalam keterhadan masa kerana sibuk dengan tugas. Ini adalah kisah pendakian Geng Aura Gunung di Bukit Tabur West. Kali ini saya mendaki bersama Cikgu Zul. Bukit Tabur West terletak di Taman Melawati, dikenali sebagai Bukit Kapur oleh penduduk tempatan.

Bukit Tabur West ini digemari oleh para pendaki yang ingin mendaki secara "daypack", ini adalah kerana kawasan puncak adalah terhad dan tidak berapa selesa untuk berkhemah. Pendakian yang santai mengambil masa antara satu setengah jam ke dua setengah jam, ini bergantung kepada stamina dan cara pendakian masing2.

Anda dinasihatkan berhati2 ketika mendaki Bukit Tabur West, ini adalah kerana ada beberapa orang pendaki yang telah menemui ajalnya di sini kerana terjatuh, ramai juga pendaki yang telah mengalami kecederaan. Yang paling penting anda perlu sangat berhati2. Ini adalah kerana anda akan mendaki melalui permatang2 bukit yang hanya selebar satu hingga dua depa, di tepi2 anda adalah jurang yang sangat bahaya.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil ketika di sana.