Tuesday 20 November 2012

Ucapan Muqaddimah "Geng Aura Gunung"...



Bismillahirrahmanirrahim, Segala Puji Bagi Allah s.w.t, Tuhan Semesta Alam. Yang telah menjadikan yang awal dan yang akhir, sedangkan Dia tidak tertakluk oleh masa. Dan Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar2 didalam kerugian...

Selawat dan Salam yang penuh takzim keatas junjungan yang dimuliakan Baginda Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga2 kita semua sentiasa didalam petunjuk dan hidayah Allah s.w.t dan tergolong didalam golongan yang diterima sebagai golongan umat Baginda Muhammad Rasullah s.a.w.

Selamat datang saya ucapkan kepada sekelian pengunjung blog. Ini adalah blog terbaru saya, yang saya khususkan berkenaan dengan kisah2 aktiviti outdoor.

Blog ini diwujudkan rentetan dari Kelab Outdoor yang saya tubuhkan, yang telah saya namakan sebagai "Geng Aura Gunung" (Geng AG). Blog ini akan diisi dengan kisah-kisah, gambar2 dan video2 aktiviti outdoor "Geng Aura Gunung".

Untuk makluman pembaca sekelian, Geng AG ini terbuka kepada sesiapa sahaja... samada dia turut serta secara rasmi (join aktiviti outdoor Geng AG), atau berminat sahaja, atau menyokong sahaja...

Diantara aktiviti2 "Geng AG" adalah aktiviti2 outdoor / rekreasi seperti mendaki bukit, gunung, trekking hutan, photography, camping, dan macam2 lagi termasuk "ngeteh" di kedai mamak... semua aktiviti akan diselitkan dengan perkongsian ILMU dengan tujuan membina jati diri untuk dunia dan akhirat.. insyaAllah...

Akhir penangguhan kata2...  saya berharap agar blog ini dapat memberi banyak manfaat dan informasi kepada pembaca2 sekelian.. wassalam