Kelihatan azam, sedang meniup bara api... macam nak "menurun" je.. |
Gambar kat sebelah ni, kelihatan azam sedang meniup bara api, kononnya nak nyalakan api, kat sini nyamuk dan agas banyak sangat, semuanya tahap2 dracula belaka...
Tapi yang hairannya, dah banyak kali azam dan hafiz cuba menghidupkan unggun api, namun tidak berjaya... Setelah beberapa ketika, ternampak lah oleh saya segerombolan bala tentera semut keluar dari celah2 kayu yang hendak dibuat unggun api itu... Maha Suci Allah yang telah melindungi semut2 tersebut... patut lah unggun api tak nak terbakar... Rupa2nya ada makhluk Allah dalam kayu2 tu..
ok... dah sudah makan.. time to sleep... esok pagi kami nak mulakan pendakian Lagenda... :-)
Serasa saya, bila mendaki gunung lah saya akan masuk tidur awal... kalau kat rumah tu memang tido lambat je memanjang... jadi malam itu saya tido awal, bertemankan secret weapon saya untuk menentang serangan nyamuk dan agas... ubat nyamuk dan juga menyalakan bara api dalam pondok..
Esok pagi setelah bersarapan kami bersiap sedia untuk memulakan perjalanan... ini adalah hari kedua kami..
Jam menunjukkan pukul 9 pagi... "Angkat sauh!!!"... kedengaran jeritan dari nakhoda Sham Castello... satu perkataan yang boleh membuatkan mereka yang pancit boleh terkena penyakit darah tinggi... hanya mereka yang merasai sahaja yang akan memahami... hahaha...
Sempat lagi bergambar di teratak buluh sebelum memulakan pendakian.. |
ok... maka bermula lah perjalanan kami menyusuri trek lagenda yang sudah lebih enam tahun tidak dilalui oleh pendaki... Setengah jam yang pertama pada saya agak memeritkan, pendakian mencanak... lutut bertemu dagu.. melalui trek yang semak, penuh dengan pokok2 berduri dan buluh...
perghhh.... kenapa saya rasa macam nak pitam ni... tak rambo langsung mendaki macam ni... :-) Baru saya perasan... oooo.. beg berat... haaa... mana tak berat.. bawak powerbank untuk charge hp sampai dua ketul, itu je dah hampir sekilo beratnya... beg deuter aircontact pro je dah 3.2kg, coklat + kurma + kismis + roti + air je dah dekat 6kg, barang2 company hampir 5kg, pakaian + sleeping bag + headlamp, battery, torchlight, pisau + first aid kit dah dekat 4kg + khemah dan ground sheet dah hampir 2 kilo + belum kira dapur + gas + pek2 minuman hot chocolate, kopi, nescafe, gula dan lain2 barang... kurang2 pun total dalam 28-30kg...
alaahhhh... lebih kurang 30kg je... mana ada berat... Kalau angkat dalam 30 saat memang laa tak berat... tapi itulah yang saya pikul purata 11 jam perjalanan setiap hari... dalam keadaan trek yang mencanak, licin dan tidak stabil... hanya legend saja yang boleh buat macam tu... :-)
Ni Gambar saya di Kawasan Kem Pemburu... |
Sambil menunggu sahabat2 yang lain sampai di kem pemburu, saya merebahkan beg deuter saya ke tanah... fuhhh.. baru lah terasa ringan bahu ni...
errmmmm.... errmmmm... macam biasa laaa... bersambung... :-) nantikan sambungannya di episod akan datang..