Wednesday, 6 February 2013

Kasut Hiking Untuk Hutan Khatulistiwa Di Malaysia


Bismillahirrahmanirrahim… Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua warga Geng Aura Gunung. Ni saya nak cerita sedikit berkenaan dengan kasut hiking saya, Brooks Cascadia 7.
Sebenarnya kasut ini dikenali sebagai kasut “trail running”, yakni kasut yang sesuai digunakan untuk larian di trek2 yang tidak rata, berlumpur, hutan, berbatu2 , sungai dan sebagainya. Jika tuan2 baca review di internet berkenaan dengan kasut ini, kebanyakan komen2 pengguna adalah sangat positif dan meyakinkan.
Brooks Cascadia 7 sangat popular bagi ahli2 sukan di barat. Dan, saya sendiri memilih untuk membeli kasut ini setelah saya direkomenkan oleh sekumpulan sahabat2 pendaki gunung dan setelah berbulan2  membuat kajian berkenaan dengan kasut yang sesuai untuk digunakan di Hutan Hujan Khatulistiwa seperti Malaysia ini dalam aktiviti trekking, mendaki gunung dan lain2 aktiviti outdoor.

Puas saya mencari di sekitar Kuala Lumpur size kasut yang sesuai dengan saya, hampir2 saya berputus asa akhirnya saya bertemu jodoh membeli kasut tersebut di Jusco Taman Maluri, Cheras. Itupun warna pilihan saya tiada stok, saya pilih je laa warna apa2 yang ada. Akhirnya saya dapat warna hijau kuning… J
Kasut Brooks Cascadia 7 ini secara rasminya saya gunakan ketika program mendaki Gunung Tahan melalui Merapoh – Kuala Tahan pada akhir Januari yang lalu. Ternyata prestasi kasut ini tidak menghampakan saya, perlindungannya terhadap kaki terutamanya bahagian jari2 kaki dan tapak kaki sangat bagus, saya melanyak kasut ini secukup2nya dengan melalui pelbagai permukaan trek, dari trek yang berbatu2 tajam, berlopak, berlumpur, meredah sungai, hujan, meniti diatas akar2 kayu dan macam2 lagi.

Kalau nak diikutkan hukum akal, harus hancur kasut ni… Namun ianya tidak berlaku. Cuma kasut ini agak licin apabila melalui trek2 batu berlumut dan akar2 kayu yang licin. Beberapa kali saya tergelincir di sepanjang pendakian, namun tapaknya seolah2 sedaya upaya akan cuba mencengkam permukaan2 trek seboleh mungkin. Jika nak diumpamakan dengan sistem brek kereta, umpamalah ia seperti sistem ABS… J

Cerita saya kali ini bukanlah untuk memberi review berkenaan dengan kasut tersebut, tetapi ada cerita yang lebih menarik di sebaliknya.

Sekembalinya saya dari trip mendaki Gunung Tahan, saya mencuci kasut tersebut, namun apakan daya, lumpur2 di trek Gunung Tahan lebih “angker”, menyebabkan kesan2 lumpur pada kasut tidak dapat dibersihkan 100%. Dalam erti kata lain, kasut saya sudah comot. Tak mengapa laa.. saya redha.. nama pun kasut “trail running”, kalau nak berkilat beli kasut pejabat laa kan..kan..kan..

Dua minggu selepas saya balik dari Gunung Tahan, saya akan menyertai program mendaki pergunungan Banjaran Titiwangsa pula yang dikenali sebagai Trans V2. Sewaktu saya berkemas2 untuk menyiapkan barang2 ke Trans V2, saya membelek2 kasut Brooks Cascadia 7 saya.
Tiba2…. Jeng!!! Jeng!!! Jeng!!!!... di bahagian hujung kasut tersebut, kelihatan tanda2 seperti gam telah tertanggal.. dan ada sedikit ruang lompong di bahagian hujung kasut tersebut.. walaupun sedikit, ianya amat merisaukan saya, kerana trip Trans V2 selama 8 hari ini memerlukan peralatan yang lengkap, saya tidak sanggup mengambil risiko kasut terkoyak sewaktu pendakian nanti…
Apa lagi, dengan semangat Rambo yang membara2 untuk membuat komplen, saya bersiap2 menuju ke Jusco Taman Maluri, Cheras dan terus menuju ke bahagian kasut2 sukan.
Dipendekkan cerita, setelah bertarung mulut dan mengeluarkan skill2 ayat power saya, akhirnya mereka bersetuju nak tukarkan kasut tersebut dengan yang baru. Namun, nasib tidak menyebelahi saya, size pulak takde. Pada mulanya wakil kasut Brooks di situ mengatakan stok hanya ada selepas Tahun Baru Cina, setelah di “ayat” oleh “Rambo” akhirnya dia bersetuju dan berjanji untuk menghubungi saya semula esok.

“Esok???? Kenapa bukan hari ni? Kenapa bukan sekarang? Hanya dengan satu panggilan telefon perkara boleh selesai”, rungut saya didalam hati. Namun saya beri peluang kepada wakil penjual tersebut walaupun “scanner” saya menunjukkan penanda aras merah, menandakan kemungkinan wakil penjual tersebut nak “buying time” dan nak lepas tangan..
Ok..tak pe.. tengok Rambo bertindak.. Saya balik rumah dulu, saya dapatkan info dimana outlet Brooks yang masih ada stok size kasut saya. Dan saya juga berjaya mendapatkan nombor telefon Pengurus Wakil pengedar kasut Brooks di Malaysia.

Hanya dengan menggunakan ayat2 simple, dia bersetuju untuk menggantikan kasut Brooks saya dan saya akan mendapatkannya pada petang ini juga.
Syukur Alhamdulillah, tepat jam 3.30 petang tadi saya dah dapat gantian kasut yang baru. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada staff AEON Jusco Taman Maluri dan kepada Mr Patrick, Pengurus Brooks yang mengendalikan masalah ini.
Besar sangat ke gam yang terbukak pada kasut tu?? Tak laa, sikit jer… tapi kata kasut international, so.. apadehal… Yang penting saya tak mau ada risiko masalah kasut dalam trip Trans V2 nanti...  J