Dipuncak Gunung Tambuyukon |
Salah satu pemandangan dari kawasan puncak |
Hampir 2 Jam setengah aku menunggu, akhirnya tiba juga jam 12 tengahari dan van bergerak menuju ke Ranau sebagaimana yang telah dijadualkan. Setiba di Ranau, aku hubungi sahabatku En Sabilin, sebagaimana yang telah diaturkan oleh sahabat baikku En Jupirin, Sabilin akan membantu menghantarku ke Kinabalu Park dan juga Pos Monggis. Sampai di Kinabalu Park aku ke menuju ke Jabatan penguatkuasaan, bertemu dengan staff di sana, mengisi beberapa borang pendakian, membayar duit permit dan insurans, akhir sekali aku perlu menghadap boss mereka... rupanya itu adalah salah satu procedure di sana
Oleh kerana Misi pendakian Tambuyukon ini di kategorikan sebagai hardcore dan Ekspedisi, maka mereka perlu melihat dan menilai pendaki2 yang ingin menyertai misi ini. Menurut mereka, ini adalah kali pertama, pendakian solo / seorang, dilakukan di Gunung Tambuyukon. Aku telah memecahkan record Kinabalu Park... Aku takdelah bangga pun, aku mendaki seorang diri kerana kawan2 yang lain tak dapat nak ikut aku sebab mereka tak boleh nak cuti lama2...
Aku di panggil masuk ke pejabat En XXXXXXX... namanya sengaja aku rahsiakan.. .mengapa? suka hati aku lah.. ini kan blog aku... :-D
Sambil2 beliau meneliti borang2 pendakian yang aku isi dia seperti mengamati wajahku... Jangan main2 bro... aku boleh scan... dan aku merasakan / terlihat... @#$%&*> ... biarlah ia menjadi rahsia... Oleh kerana aku memang macho dan handsome, bertubuh sasa dan bersuara jantan yang asli, maka aku dikira layak untuk meneruskan pendakian ini. :-P
SubStation Pos Monggis |
Laluan masuk ke Sub Station Pos Monggis sekarang ini dalam pembinaan lebuhraya, jalan yang berbatuan agak sesuai di lalui oleh pacuan 4 roda. Kami perlu mengharungi satu sungai, jambatan untuk kenderaan masih dalam pembinaan, sekiranya hujan lebat maka air akan penuh dan kenderaan pasti tidak dapat melepasi sungai tersebut.
Aku sampai di SubStation Pos Monggis lebih kurang jam 6.20 petang, dah nak masuk maghrib dah. Kelihatan 3 orang pekerja berada di sana, mereka menjadi kawan baik aku di sana. Pok, Lan, dan Norbi... rupa2nya mereka ini staff dari SubStation Poring, mereka ke sini kerana ada tugas. Menurut mereka staff Pos Monggis semua dah balik. Dan yang paling membuatkan aku gempar ialah, menurut mereka Pos Monggis tidak mendapat sebarang maklumat berkenaan dengan pendakianku pada esok hari. Guide pun takde, sekarang ni mereka sedang sibuk dengan kerja peribadi masing2. Ada satu kumpulan pendaki masih didalam hutan Gunung Tambuyukon, dan menurut perkiraan, mereka akan turun ke SubStation Pos Monggis pada keesokan tengahari. Mungkin itu geng2 "Amri WildJunction"... aku ada berhubung dengan amri sebelum ini ketika di Kuala Lumpur dan dia ada beritahu aku berkenaan dengan misi beliau untuk mendaki Gunung Tambuyukon dan Trusmadi.
Tak mengapa lah.. esok.. esok punya cerita, malam ni aku tidur sini, lengkap dengan katil 2 tingkat, aku tidur sorang2. Kat sini elektrik guna generator, jam 12 tengahmalam mereka tutup. Kebetulan masa aku sampai, generator ada masalah, dan ketika itulah Sabilin menjadi penyelamat keadaan. Sabilin yang memang mahir berkenaan hal2 kejuruteraan, "merawat" generator yang telah berusia dan semput tersebut. Beliau berjaya, elektrik berjaya disalurkan ke substation Pos Monggis. Muqaddimah yang baik antara aku dan pihak Substation Pos Monggis... Semuanya telah diatur dan telah ditentukan Allah s.w.t.
Entah macamana mereka boleh tahu aku ni ustaz.. mungkin mereka tengok kat raincover backpack aku kut.. ada tertulis ustaz azrin... dari situ bermulalah jalinan silaturrahim yang lebih erat, salah seorang dari mereka ada masalah gangguan, dan dengan izin Allah aku merawatnya sekadar yang termampu.
Errmmmm... kenapa aku nampak macam2 kelibat kat dalam pos monggis ni? adakah kerana aku terlalu penat.. adakah imaginasi... atau... errmmmm... ok lah... aku pagar bilik ni lebih kurang... jangan kacau aku laa.. aku nak tidur.. esok nak bangun pagi...
Sungai di SubStation Pos Monggis |
Hari mula terang, aku dari tadi dah bersiap sedia untuk memulakan pendakian... guide masih tidak timbul2 lagi, staff pos monggis pun belum sampai lagi... Aku berkira2 untuk bermalam di Kem Musang pada malam ini, 10km dari starting point... kalau ikut logik akal, mungkin antara 8-10 jam perjalanan untuk aku sampai ke Kem Musang... aku tak sanggup nak bermalam di kemsite yang lebih dekat dari itu kerana aku target untuk ke Puncak Tambuyukon pada awal2 pagi esok, kiranya aku dapat menikmati pemandangan matahari terbit dari kawasan puncak nanti.
Periuk Kera |
Aku masih mantain cool.. maklumlah handsome, macho dan bergaya... mesti kena cool.. otai mana boleh panik... :-P
Aku berborak dengan En Awang... menurut beliau, geng2 amri wildjunction yang dijadualkan turun dari gunung hari ni pun mengalami masalah yang sama, informasi berkenaan pendakian mereka tidak sampai di Pos Monggis. Sudahnya mereka memulakan pendakian pada tengahari.
Menurut En Awang lagi, record dari starting point ke Kem Musang yang mereka buat adalah 7 jam... itu adalah kelajuan mereka.. kelajuan guide2 yang otai... Aku dah mula goyang... tapi masih bertenang... kalau mereka buat 7 jam, setidak2nya mungkin aku boleh buat dalam 9-10 jam untuk sampai ke kem musang. Jadi selewat2nya aku mesti memulakan pendakian pada jam 11 pagi dan itupun aku mungkin akan sampai di kem musang pada jam 8-9 malam. Teruk aku kena ragging dengan Tambuyukon kali ni...
Dari kisah-kisah pendakian, kami beralih kepada kisah-kisah politik.. dan entah macamana terbuka juga cerita berkenaan dengan kisah diri aku... En Awang memerlukan bantuan nasihat berkenaan masalah yang dihadapinya, oleh kerana masa tidak mengizinkan, aku ajarkan padanya beberapa kaedah rawatan yang boleh dipraktikkan untuk membantu mengatasi masalah beliau. Kiranya diizin Allah kita bertemu lagi, insyaAllah aku akan bantu merawat kamu, tapi sekiranya tidak.. kamu boleh berhubung dengan sahabatku yang juga perawat di Ranau.. siapa lagi kalau bukan en Jupirin.. :-)
Jam menunjukkan pukul 12.10 tengahari... barulah kelihatan susuk tubuh guide memasuki kawasan substation pos monggis.. waahhh.. inikah abang guide yang akan menemankan aku... namanya Lassius... sepanjang bermulanya aku bertemu dengan Lassius sampai lah hari aku turun semula ke starting point... aku asik terlupa namanya... susah betul nak lekat namanya kat kepala aku ni... terbelit2 lidah aku menyebutnya... dah balik KL ni baru aku dapat menyebut namanya dengan betul.
Aku dan Lassius |
InsyaAllah.. menurut tenungan ma'rifat ku yang paling dalam, setelah ku sepadankan dengan langkah pendakian ku pada tepat jam 12.15 tengahari pada hari Rabu bersamaan dengan 3 Jamadilawwal, semua peralatan / makanan yang aku bawa untuk pendakian Tambuyukon ini mencukupi.
Starting Point |
Aku berdua dengan guide, memulakan pendakian... Lassius di depan dan aku mengekor dan mencucuk rapat di belakang... sambil berborak-borak mesra kerana tidak mahu menunjukkan kerakusan nafsuku untuk mengejar kem musang, Lassius hairan kerana aku datang mendaki Gunung Tambuyukon bersendirian. Aku teringatkan pesan orang tua2 agar sentiasa merendah diri di tempat orang... lalu aku hanya memberi alasan bahawa kawan2 yang lain tidak dapat cuti... walhal.. aku memang suka masuk hutan sorang2 pasal tak suka berebut kemsite... kuang..kuang..kuang... :-D
Tak sampai pun 10 minit pendakian, tiba2 aku terserempak dengan Amri WildJunction... "ustaz!!!...", sapa beliau... sambil bersalam2an dan mengadu perihal masalah ketiadaan guide yang menimpa mereka.. Setelah mengucapkan kata2 semangat kami pun membawa haluan masing2. Guide masih di depan, dan aku masih mengekor rapat... Lassius termengah2... menurutnya, kali terakhir beliau mendaki Tambuyukon adalah pada September tahun lepas... dan baru aku tahu, rupa2nya malam tadi Lassius tidur lewat, jam 3 pagi baru tidur, tiba2 pagi tadi ada staff pos monggis datang ke rumahnya minta agar dia menjadi guide pendakianku.
Kami berbincang, dan dia membenarkan aku untuk jalan dahulu... pucuk dicita ulam mendatang... bagai mengantuk disorongkan bantal... aku setuju dan akan menunggu beliau di pondok perhentian yang pertama, iaitu pondok Kulat. Setelah lima minit trekking kelibat Lassius mula hilang dari pandanganku. Pondok Kulat terletak lebih kurang hampir 2km dari starting point. Dan aku berjaya sampai di Pondok Kulat pada jam 1.15 tengahari... waaahhhh... lajunyaaaaa.. bisik hatiku kehairanan... mungkin sebab nak kejar Kem Musang punya pasal.. tu yang agak laju tu...
Pondok Kulat |
Dipendekkan cerita, aku jalan dulu.. menuju ke kem Kepuakan, lebih kurang 6km lagi... tinggalkan Lassius di kem kulat. Dia nak setting backpack nya semula, nampak macam berat sangat, mungkin dia akan tinggalkan barang2 yang dia rasa tidak perlu.. gantung dalam beg plastik di pondok kulat.
Aku trekking berseorangan... berbekalkan pengalaman pendakian2ku yang sudah, aku mengamat-amati trail tambuyukon yang kadang2 agak samar... tambahan pula dengan ada beberapa trail lama... hampir 1 jam trekking, aku sampai di Pondok Kera... waaahhhh... lebih kurang hampir 1 jam = 2km, satu perkembangan yang baik... kalau berterusan macam ni, insyaAllah aku boleh sampai Kem Musang sebelum maghrib...
Pondok Kera ni macam Pondok Kulat juga.. ada macam pondok rehat, kemudian ada tangki air yang mengandungi air bersih yang dialirkan dari sungai... jernih dan bersih airnya... ada tandas... aku rehat dalam 5 minit dan teruskan perjalanan... selepas ini Kem Wuluh... trail semakin samar... ada satu kawasan yang memang sangat mengelirukan... peluang untuk tersasar di kawasan ini adalah sangat tinggi.. namun syukur Alhamdulillah akhirnya aku sampai di Kem Wuluh... Tidak ada pondok di kawasan ini, tetapi masih ada tangki air bersih, ada petak kemsite...
Kem Wuluh |
Di Kem Wuluh ni ada sungai yang dinamakan sungai Wuluh. Menurut ceritanya, sungai Wuluh ni airnya tidak bagus untuk dibuat minum sebagai minuman harian. Ini adalah kerana air Sungai Wuluh ini mengandungi kandungan besi yang tinggi. Kalau nak minum puas2 boleh minum air di Sungai Kepuakan... minumlah sampai kering sungai tu pun tak mengapa.. :-D
Selesai mengambil gambar dan berehat seketika, aku teruskan lagi perjalanan ke Kem Kepuakan... korang pernah mendaki gunung kan.. biasalah.. macam2 yang aku tempuh... lintas sungai.. meniti atas kayu balak untuk menyeberang sungai.. naik turun bukit... dalam kepala otak aku ni tak de lain... kem musang.. kem musang.. kem musang... aku pun pelik... aku rasa macam ada paru-paru spare je masa pendakian ni... memang laa penat.. tapi aku dah tak fikir apa.. jalan terussss.... akhirnya, aku sampai di Kem Kepuakan... Alhamdulillah... aku sampai di sini tepat jam 3.50 minit petang... bermakna lebih kurang 3 jam 35 minit dari starting point... Waahhhh... kalau aku boleh henjut lagi 1 - 2 jam ke kem musang ni, mesti aku dah pecahkan record awang.... mereka pun buat 7 jam... macam tak percaya je....
Sungai Wuluh |
Di kem Kepuakan, aku menunaikan solat, dan membentangkan ground sheet ku menunggu Lassius... aku mundar mandir di sekitar kem kepuakan, menikmati pemandangan semulajadi di sekelilingnya... bosan berjalan2 aku duduk semula... semangatku begitu membara untuk ke kem musang dengan segera... namun, oleh kerana dah berjanji dengan Lassius, maka aku terpaksa tunggu juga dia di sini... tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, dah lebih satu jam aku menunggu di kem kepuakan... ni tak boleh jadi ni... kalau macam ni sudah tentu aku akan sampai malam di kem musang....
Hati ku dah mula risau.. apa jadi dengan Lassius... dia injured ke... dia memang jalan perlahan ke.. dia sangat kepenatan ke.. dia pewai ke... takkan aku nak pergi rescue pulak... kemudian baru aku terfikir... ehhhh... siapa guide ni... aku guide ke, dia guide.... hehehe... ok..ok... rileksss... aku bercadang nak susun batu2 kecil nak bentuk tulisan yang menyatakan aku dah bergerak ke kem musang... aku tak nak sampai malam... setidak2nya, kalau Lassius sampai lambat pun kalau dia baca mesej batu2 yang aku susun tu, takde laa dia risau...
Baru je aku nak bangun nak kutip batu2 kecil, tiba2 kelihatan susuk tubuh Lassius dari jauh... aku melambai2 kan tangan kepadanya... lega rasa hati... masih sempat lagi ni... jam dah menunjukkan hampir jam 5.20 petang...Rupa2nya Lassius mengalami kekejangan otot... dia terpaksa memperlahankan pendakiannya... takpe Lassius.. aku faham... aku tak kan paksa kau... kau kena ikut rentak pendakian kau sendiri.. jangan ikut aku.. aku otai... kuang..kuang..kuang... ("otai" tu aku tipu je.. aku tak cakap macam tu)...
Kami meneruskan pendakian, kali ni aku kena buka kasut, nak kena redah sungai kepuakan.. tak laa besar dan dalam mana sungai tu... tapi memang kena buka kasut kalau tak nak kasut basah...
Sekali lagi aku mendahului di depan (tanpa rasa riya' dan bangga), kali ni aku rasa macam ada sesuatu yang tidak kena... pendakian dari kem kepuakan ke kem musang lebih mencabar dari tadi... pacak..pacak..pacak dan terus pacak... bila nak habis pacak ni... susuk tubuh Lassius sudah tidak kelihatan... bunyi tapak kaki dia pun dah tak kedengaran... aku dah tak fikir apa dah... matlamat aku seboleh2nya tak nak sampai Kem Musang waktu malam... waktu Maghrib masuk dalam jam 6.30 petang... aku paling malas nak ambik headlamp dalam beg... walhal bukan susah benar pun... aku sanggup lagi mendaki dalam gelap dari ambil headlamp dalam beg...
Menurut Lassius, nanti aku akan bertemu dengan satu simpang yang ada papan tanda menunjukkan arah substation serinsim, iaitu trail yang menuju ke arah Gunung Nambuyukong... Bukan Tambuyukon tau...
Jadi aku hanya perlu terus sahaja, jangan belok ke kanan... Aku sampai di simpang tersebut lebih kurang jam 6.20 petang... hari dah hampir gelap... aku mempercepatkan langkahku... tiba2 kelihatan papan tanda yang menunjukkan KM10.... waaahhh.. dah 10km aku trekking... mana kem musang ni... mana kem musang ni.. bisik hatiku... aku berjalan lagi.. turun naik bukit... turun naik bukit... akhirnya, aku sampai di Kem Musang tepat jam 6.50 petang... kira dah agak gelap laa tu... aku pun pasang khemah ultralight ku... kali ni aku bawa khemah Big Agnes Flycreek... kenapa pasang khemah pula? kenapa tak pakai flysheet je? aku lupa nak cerita dari awal tadi... Gunung Tambuyukon ni memang terkenal dengan populasi pacat yang agak meriah.. Dari starting point sampai lah ke Kem Musang ni (5,000kaki dari paras laut) masih ada pacat yang mencuba nasib untuk menghirup darah pendaki... cuma kali ni nasib aku agak baik... pacat agak kurang... mungkin musim kering... atau mungkin mereka dah kenyang hisap darah geng2 amri wildjunction beberapa hari lepas... kih..kih..kih...
Big Agnes FlyCreek |
Lebih kurang 45 minit berlalu akhirnya Lassius pun tiba... syukur ke hadrat Allah... dengan izin dan limpah kurniaNya, sampai juga kami di Kem Musang... berjaya juga kami untuk bermalam di sini... walaupun ikut hukum akal macam mustahil je... total masa trekking yang aku ambil untuk ke Kem Musang ialah 5 jam... Awang... aku dah pecahkan record kau dengan tidak sengaja.... ni semua lambat dapat guide punya pasal...
Ok.. dipendekkan cerita, kat Kem Musang ni ada water point.. kena jalan lebih kurang dalam 5-7 minit... air nya mengalir kecil, tetapi memang cukup kalau nak mandi (kena tadah laa)... apatah lagi nak buat minum.. nak buat memasak memang cukup....
Malam tu kami tidur awal... Lassius awal2 lagi tak sedar yang dirinya dah tertidur... lepas makan ubat untuk muscle yang aku bagi padanya, lepas dia makan terus senyap sunyi dalam khemahnya... dia dah tertidur...
Aku merendahkan semula frequensi adrenaline ku supaya segala enjin2 organ dan urat sarafku lebih tenang dan aku boleh tidur. Kami dah janji nak start trekking ke puncak Tambuyukon esok seawal jam 3 pagi. Kalau boleh nak tengok matahari terbit sewaktu di puncak gunung.. insyaAllah...
Bersambung...