Tuesday, 13 September 2016

Kuala Tahan - Air Terjun 4 Step - Puncak Gunung Tahan - Merapoh (Part 1)


Aku harap tulisan aku kali ni tak separuh jalan, aku banyak kerja lain, tapi kadang2 rasa nak menulis, kadang2 bosan nak menulis, macam lagu Apokalips M Nasir tu....

- Sebelum ni aku mendaki Gunung Tahan melalui trek Merapoh --> Kuala Tahan....

Kali ni kira aku reverse, dari Kuala Tahan --> ++Air Terjun 4 Step --> Merapoh.

- Ogos 2016 - 8 hari 7 malam

 - Kalau dulu aku mendaki 6 hari 5 malam, kali ni tempoh masa pendakian dirancang 8 hari 7 malam (+ air terjun 4 step), sebelum2 ni kalau orang pergi air terjun 4 step, biasanya ambik masa 9 hari 8 malam...

aku kaget sekejap bila diberitahu rancangan tempoh pendakian adalah 8 hari 7 malam... bukan apa.. walaupun aku sado tapi aku tak suka trip2 compress... malu aku kalau pewai.. :-)


 

- Ada sesuatu yang pelik tentang cuaca pendakian kali ini, hari nampak redup, tetapi kami rasa panas dan berpeluh2 yang melampau, habis baju basah dengan peluh. Jadi, setiap kali jumpa sungai je aku akan terjun dan mandi... aku rasa akulah pemenang pendaki paling banyak mandi dalam trip ni..

 - Satu perkara lagi, dalam pendakian kali ini banyak juga laluan2 baru yang aku tak pernah lalu sebelum ni, guide bawak kami ntah ke mana2 ntah... tapi layan lah pasal banyak sungai. Aku tengok lubuk2 ikan kelah pun banyak, tapi boleh tengok je lah..

- Semasa kami hampir sampai ke kem melantai, ada seorang pendaki terpijak pokok tumbang yang agak reput, pokok besar itu tiba2 patah dan menghimpap pendaki tersebut, nasib baik pendaki2 yang lain cepat bertindak sama2 membantu mengangkat pokok kayu yang besar itu.

- Aku sentiasa mengharapkan pendakian gunung tahan dirahmati dengan cuaca yang baik dan tidak hujan, tapi apakan daya... hari pertama lagi aku dah kena dugaan hujan lebat, lagi 5 minit nak sampai kemsite melantai, hujan lebat selebat2nya, air sungai jadi keruh.

- Apa lah yang buat aku bernafsu sangat nak dirikan khemah dalam hujan... walaupun aku bawak backpack yang waterproof, khemah aku setup outer (bahagian fly luar) dulu, bermakna risiko barang2 aku nak basah agak kurang...

tapi leceh pasang khemah dalam hujan, rasa macam kurang sado je susah payah pasang khemah dalam basah2 macam tu...

patutnya dah alang2 hujan, tunggu je lah hujan berhenti atau reda untuk dirikan khemah kan...kan..kan..

- malam tu aku makan roti tortilla dengan serunding je, aku tak masak apa2, pasal air sungai keruh, aku tahanlah sikit...

- lepas solat subuh aku masak nasi.. makan nasi dengan "lauk pauk yang sangat enak apabila anda berada di dalam hutan", kemudian aku buat lagi air milo makan dengan oat campur lagi kismis... memang bestttt...

- aku makan banyak pagi2 ni pasal malam tadi kan aku tak makan sangat, pastu ni kira cover sekali makan tengahari, pasal nanti tengahari on trek aku makan simple2 je.

- Perjalanan hari kedua pula adalah dari Kem Melantai ke Kem Putih..

Bersambung...