Pagi semalam (Ahad) aku mendaki Bukit Tabur East, terserempak dengan seorang pendaki yang tanya aku bila aku nak siapkan sambungan kisah pendakian Gunung Semangkuk... Aku cakap, aku malas nak sambung, saja nak bagi surprise.. korang pergi laa sendiri tengok apa ada kat Puncak Gunung Semangkuk tu... :-D (aku gurau je)
Jangan marah haa... :-D insyaAllah pelan2 nanti aku sambung kisah pendakian semampu yang boleh ya..
Ni korang jangan terperanjat... Walaupun kisah Kinabalu Gurkha Hut pun dah lebih setahun aku tak habis sambung, untuk pengetahuan korang aku baru je balik dari "Misi Rahsia Terindah", The Hidden View of Kinabalu melalui Koutal's & Bowen's Route... macam zalim je kan... :-D
Nanti aku kongsikan kisah pendakian tu ya.. dah siap taip dah.. tinggal nak post je kat blog ni, insyaAllah...
Ok, sebelum tu... ni aku nak kongsi sikit video pendakian Bukit Tabur East yang aku daki semalam...
Apaaaa????? Bukit Tabur East jerrrr??? :-D
Korang jangan pandang rendah Bukit Tabur East tau... Bukit Tabur ni dah kira world heritage (warisan dunia)... Korang jangan tak tahu, Bukit Tabur adalah Rabung/Permatang batu kuartz yang terpanjang di dunia...
Yang penting, aku rasa video ni video yang terbaik pernah aku hasilkan... walaupun mungkin bagi sesetengah orang video ni biasa jer...
Aku naik Tabur East semalam pun semata2 sebab nak shooting video ni... So, harap2 korang dapat menghayati hasil nukilan aku yang tak seberapa ni...
InsyaAllah ada masa nanti aku post kisah2 pendakian lagi ya...
Untuk menonton dengan kualiti yang lebih cantik, gunakan setting HD ya...