Sambungan...
Jika hari pertama kami sampai di Kem Garas pada jam 2.45 petang, hari ini kami sampai di kem Rhino Horn pada jam 2.00 petang. Kemsite ini sedikit terdedah dengan cahaya matahari. Dengan Ketinggian lebih kurang 10,900 kaki, sintom2 gangguan AMS sudah mula dirasai oleh beberapa orang dari kami.
Kemsite yang dikelilingi oleh batu2 gunung yang berceracak mempunyai keindahan sentimentalnya yang tersendiri.
Pada hari esoknya, perancangan asal kami adalah menuju ke kemsite Latingan dan seterusnya menuju kemsite Makadao untuk bermalam di situ. Panorama yang sangat indah dapat kita nikmati di sepanjang perjalanan dari kem Rhino Horn ini.
Di kawasan2 tertentu kita dapat melihat puncak gunung Tambuyukon dengan jelas, Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia. Melihat pemandangan puncak gunung tersebut, menerbitkan rasa rindu dan nostalgia lamaku pendakian solo gunung Tambuyukon pada tahun lepas.
Dipendekkan cerita, kami sampai di kem Latingan pada jam 1 tengahari. Di sini ada punca air yang mengalir kecil, cukup untuk kita masak, minum dan membersihkan diri. Namun, perancangan asal kami adalah untuk meneruskan perjalanan dan bermalam di Kem Makadao, lebih kurang 4 jam perjalanan dari situ.
Guide mengingatkan kami, katanya; jika hendak meneruskan perjalanan ke kem Makadao maka kita perlu berjalan laju sedikit. Ini adalah kerana guide kami bimbang dan khuatir ada satu laluan yang sangat curam dan bahaya, jika kami lalu di kawasan tersebut apabila hari telah gelap/malam, berkemungkinan besar kita akan berhadapan dengan bahaya dan peluang untuk mendapat kemalangan adalah sangat tinggi.
Memikirkan tentang bahaya yang bakal di tempuh, kami teragak2 samada hendak meneruskan perjalanan atau bermalam saja di kem Latingan. Benar hari masih awal, baru jam 1.00 tengahari. Setelah menunaikan solat zohor, hasil dari perbincangan bersama, kami memutuskan untuk berkhemah saja di kem latingan dan meneruskan perjalanan ke kem Red Rock pada esok hari.
Keesokan harinya... Pemandangan yang sangat indah dalam perjalanan dari kem Latingan, melalui kem Makadao dan menuju ke kem Red Rock seumpama pemandangan "hijab2 yang tersingkap". Sangat indah, tidak dapat di zahirkan dan di samakan dengan gambar2 yang kami ambil dengan lensa kamera.
Pemandangan di Kem Makadao diumpamakan seperti dalam filem Avatar, dengan kabusnya, flora2 indah di celah batu2 gunung. Kem Makadao itu sendiri tidak lah besar, cukup untuk memuatkan lebih kurang 3-4 buah khemah, permukaan tanahnya di hiasi dengan rumput menghijau.
Ada satu perkara, satu persoalan, satu perasaan yang aku tak pasti dan tak pernah pula aku tanyakan rakan2 sependakian ku sehinggalah pada saat aku meluahkan perkara/penceritaan ini dalam tulisan kini.
Mungkin aku seorang yang merasakannya... atau mungkin rakan2 sependakian yang lain turut merasakan tetapi tidak meluahkannya...
Semasa kami di Kem Makadao, sebelum kami bergerak menuju ke kem Red Rock, Dr Ramli mencadangkan agar kami menunaikan solat jama' zohor dan asar di situ. Selesai menunaikan solat, semua para pendaki termasuk guide berada dalam mood diam.. tenang... tidak bersuara... sunyi sepi dan perkara ini berlarutan hampir satu jam. Yang aku perasan, alam dan penghuni di kawasan tersebut mengkagumi solat jemaah yang kami tunaikan di situ, mungkin kerana kawasan tersebut terlalu jarang di masuki orang. Wallahu'aq'lam.
...bersambung