Apa khabar semua..? Korang tunggu sambungan cerita Gunung Semangkuk ya? Ehh.. Gunung Tambuyukon ya?... Ehh... sambungan cerita Legend Trail Chamah - Ulu Sepat ya? Ehh... sambungan The Hidden View Of Mount Kinabalu (Koutal's - Bowen's route) ya?... :-D
Sabar.. Sabar.. nanti aku sambung insyaAllah... (mana2 kisah yang aku ingat lagi la)...
Ni aku nak bagitahu korang, tanpa niat, hajat, nada, perasaan riak dan takabbur... :-D
Dua kali aku menemukan satu penemuan dengan tidak sengaja... Apa dia?.. Apa dia?...
Minggu lepas aku naik Tabur East lagi... Apaaa !!! Tabur East???... Hehehe... A'ah Bukit Tabur East jerrr... dan, dengan tidak sengaja aku telah berjaya sampai ke puncak Bukit Tabur East dalam masa 20 minit sahaja... aku ulang yer... tak sengaja... bukan aku sengaja... :-D
Haaa???? Biar betik !!!...
Betul laa.. aku tak main2, aku pun heran, 20 minit jer dari starting point kat paip besar tu....
Dan... pagi tadi aku try laa naik dari laluan keluar Tabur East, yang lalu ikut kebun tu, yang tembus kat rumah2 banglo tu... Memang penat laa, pasal kalau naik ikut situ treknya mencanak... kali ni memang aku niat nak test dan nak tengok berapa cepat aku boleh sampai puncak ikut situ... Errmmm.. tak lah laju mana pun, aku sampai puncak Bukit Tabur East dalam 15 minit jerrr :-P
Apa tujuan aku tiap2 minggu naik Bukit Tabur East?, Selain dari mendaki, aku sibuk buat sessi fotografi kat atas puncak tu, untuk projek video editing aku yang masih tahap amatur lagi tu...
Nanti korang klik laa kat link youtube atas tu ya atau klik kat sini. Tengok tau, jangan tak tengok, video amatur jer... :-) Seperti biasa, guna setting HD untuk kualiti video yang lebih baik ya..
Terima kasih semua, kerana sudi berkunjung ke blog pendakian Geng Aura Gunung ni... :-)